K A W A N

Saturday, April 30, 2011

Contest | Gambar Desktop Lappy!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Terima kasih, Cik MOon kerna sudi tag EB dalam contest "Gambar Desktop Lappy" anjuran Cik Gugu ni. Maaf ye Cik MOon sebab ambik masa yang agak lama untuk siapkan entri untuk contest ni. Actually nak buat hari Jumaat semalam, tapi semalam tak bawa lappy ke office so tak dapatlah print screen, nak print screen desktop kat office boleh tapi skemalah sesangat. Hehehe.. So kepada sesiapa yang berminat nak join contest ni, macam biasa, cara yang mudah, klik saja pada header tuan blog kat bawah ni. Segala syarat-syarat boleh diketahui di sana. Klik jangan tak klik. 

Okay sebelum EB tunjukkan apa gambar desktop lappy EB, EB nak bagitahu kat Cik Gugu, Cik Moon dan kepada semua, gambar dekstop EB sentiasa berubah-ubah setiap 5 minit. Untuk gambar desktop EB lebih prefer guna gambar-gambar kartun. Kartun yang warna-warni dan terang benderang. Tapi ada masanya juga EB akan gunakan gambar-gambar yang EB tangkap dan edit sebagai wallpaper. 

So untuk contest ini gambar desktop lappy EB adalah ini:-


Gambar desktop lappy EB simple je. Untuk kali ini EB guna gambar lembu comel ni je.
EB tak suka gambar yang crowded, dan EB suka gambar-gambar yang nampak lucu tapi menarik! Oh sebelum tu, nampak macam tak banyak icon-icon kat desktop EB kan? Itu bukan bermaksud EB dah sembunyikan icon-icon, folder-folder, shortcuts, EB tau. Tapi EB memang tak suka desktop EB ada banyak shortcut or folder. Shortcut tu ada tapi tersembunyi kat bawah. 

Macam ni:-


Okaylah rasanya itu sahaja, tak ada yang special sangat dengan gambar desktop lappy EB. Semua biasa-biasa je. Mesti yang lain lagi gempak-gempakkan. Bagi EB yang penting kemas dan mudah nak cari. Itu sahaja. Sendiri punya lappy sendiri mahu ingat!!

Ok nak tengok gambar dekstop lappy 2 orang ni:

Expired Date:
14 Mei 2011

Friday, April 29, 2011

Laparnye...

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai korang semua. Terasa amat penat sekarang ini, aku baru balik dari Pasar Tani, Presint 2. Menghabiskan masa lapang, meng'candid' orang kat sana. Sekarang merasa amat-amat lapar dan letih. Asyik tangkap gambar punya pasal, aku terlupa nak beli makanan. Gelagat-gelagat orang yang membeli belah kat situ sudah mengenyangkan aku. Hehehe. Tapi hari ini orang tak berapa nak ramai, mungkin disebabkan cuti pada 1 Mei, jadi ramai yang mengambil peluang untuk kembali ke kampung halaman.

Buat sahabat-sahabat bloggers yang ada teriak-teriak kat "Kotak Teriak" aku, Insha'Allah aku teriak balik kat blog korang semua jap lagi okay. Aku dah teramat lapar dah sekarang ni. So aku nak masak dulu lepas ni aku terjah kat blog korang. Sementara tu aku sajikan korang dengan beberapa keping gambar lagi sambil-sambil korang tunggu aku. Hahaha.. 

Jom layan...

Kau tersenyum Ku tersenyum
Muka mereka laki bini, anak-beranak lebih kurang je kan..
Mereka bukan tawar menawar, mereka menyanyi..

p/s: Hohoho.. Jangan marah nanti kena jual.. 
Dah.. dah.. dah.. Aku dah mengigil dah ni.. Lapar wei..
.Adei.. Cik Dil tak masak ke malam ni??
Aku makan dulu ye kawan-kawan ku.. 

Thursday, April 28, 2011

Selamat Ulang Tahun Az-Zahirah

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Hari ini 28 April 2011, hari Khamis merupakan Ulang Tahun Kelahiran anak buahku Khadijah Az-Zahirah @ Kakak. Maka genaplah 3 tahun umur anak buahku ini. Anak-anak kecil sememangnya cepat membesar. Pejam celik pejam celik, dah besar dah. Lihat sahaja gambar di atas, sungguh bergaya dengan beg tangannya. Hehehe.. 

Di ulang tahun kelahiran mu ini sayang, uncle berdoa semoga kamu akan menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tua mu. Semoga kamu membesar dengan sihatnya dan diberi kesihatan yang berpanjangan dari Allah SWT. Semoga Kakak akan menjadi kebanggaan kepada kedua orang tua kakak. Uncle juga doakan agar Ummi Kakak dipermudahkan urusannya untuk melahirkan adik kakak nanti. Semoga Ummi Kakak diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Selamat Hari Lahir sayang.. Maafkan Uncle tak dapat balik celebrate Hari Lahir Kakak. Insha'Allah Uncle bawakan hadiah bila Uncle balik nanti ya. I miss you so much.. Kakak dah besar dah, Uncle rindu nak tengok Kakak bubbling. Hehehe.. Insha'Allah panjang umur, murah rezeki Uncle balik bulan Jun ni. Tunggu Uncle ah..


p/s: Laparnya..

Candid | Pasar Tani

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Aku nak kongsikan dengan korang semua beberapa keping gambar candid yang aku tangkap pada hari Selasa yang lepas di Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya. Aku tak merancang nak tangkap gambar hari tu kat Pasar Tani, tapi memandangkan aku ingin mencari minyak gamat maka aku teruskanlah niat suciku. Mak aku bising sebab aku tak beli gamat lagi. Bila aku bagitahu yang aku kena minyak panas masa aku masak baru ni, bukan main bising lagi mak aku suruh beli minyak gamat. Mak aku kata, kulit aku ni sensitif so bila luka lambat nak baik. Huu.. 

Ya Mama, EB dah ada minyak gamat dah tapi bukan EB beli kat Pasar Tani. EB minta kat akak office ni sebab dia ada minyak gamat yang ori dari Langkawi. Sebenarnya aku dah terlupa nak beli minyak gamat, sebab dah terlalu asyik mengambil gambar, sampai terlupa apa tujuan asal aku ke Pasar Tani. Hahaha.. Nasib baik Akak PA ni ada gamat lebih kat umah.. Hehe thanks Akak.. 

Ok jom layan koleksi Candid Pasar Tani.

Rasa-rasanya korang lapar tak tengok gambar ni?
Adik ni berpeluh-peluh tawaf kat Pasar Tani ni.
Ada feel macam kat negara Arab tak?
Si Baju Biru memandangku
Mmm.. Nak beli apa ek?
Okay setakat ni cukup 5 keping dulu ok. Nanti korang muntah tengok gambar-gambar aku yang tak berapa nak lawa ni. So korang bolehlah komen kalau nak ok, nanti bolehlah aku perbaiki apa yang patut. Kalau ada orang dalam gambar ni korang kenal, korang taglah bagi pihak mereka kat FB aku. Hehehe.. Okaylah aku nak p buat milo panas makan dengan slice cake dulu. Hehehe.. Nyum nyum.. 

Oh sebelum terlupa korang juga boleh tengok gambar ni kat flickr aku untuk gambar yang lebih jelas. Flickr aku ada kat sidebar, tahukan logo flickr caner?? Hehehe.. Kalau nak tengoklah.. Kalau tak nak pun takper.. Okay.. 

p/s: Aku nak tembak orang lagi hari Jumaat ni.. Hehehe...

Cinta Yang Saya Agungkan


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sejak kebelakangan ini, ketika blogwalking, saya sering terserempak dengan cerita-cerita cinta dunia. Bukan nak memerli tapi kebanyakan entri yang saya baca sememangnya berkenaan cintan cintun. Saya membangkitkan isu ini bukan kerna saya menolak cinta. Itu adalah hak masing-masing, saya bukan orang yang layak untuk menghalang seseorang itu bercinta ataupun meluahkan perasaan cinta mereka, lagi-lagi di blog mereka sendiri. 

Ya! Saya juga bercinta. Tapi saya amat-amat takut untuk mengagung-agungkan kisah cinta saya sendiri. Bukan saya tidak percaya pada pasangan saya, dan bukan juga saya tidak percaya pada diri saya sendiri. Tapi saya lebih suka bersikap sederhana dalam bab ini. Sebab saya ada cinta lain yang lebih saya agungkan dalam bab cinta antara manusia. Cinta yang saya panggil "Cinta Tanpa Syarat".

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.


Adik-adikku, sahabat-sahabatku, janganlah terlalu diagungkan cinta antara dua insan ini. Sesungguhnya ianya tidak seindah seperti di telenovela, drama-drama, mahupun wayang-wayang yang anda tonton. Cinta itu bukan sepertimana fantasi anda, ianya sangat-sangat berbeza apabila ianya muncul di dunia realiti anda sendiri. Tapi jangan salah faham saya bukan menolak cinta tapi saya minta agar kita semua lebih berhati-hati dalam bercinta. Dan dahulukan cinta yang sepatutnya daripada cinta monyet ini.

p/s: Bagi sesiapa yang sedang bercinta ataupun ingin bercinta, aku syorkan kamu bacalah buku "Aku Terima Nikahnya" dan "Bercinta Sampai Ke Syurga" untuk lebih memahami apa itu cinta dan apa persediaan yang perlu sebelum kamu serius bercinta. Buku ini sangat-sangat bagus dan sangat-sangat membuka minda kita mengenai apa itu CINTA.

Credit to Ustaz Hasrizal Abdul Jalil - www.saifulislam.com

Bayar Bil!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai selamat pagi semua. Alhamdulillah sudah selesai bersarapan pagi ini. Tapi agak kesunyian kerana ramai staf yang perlu berkursus dan bercuti. So memang terasa kesunyian ini. Namun tidak menjadi masalah dengan adanya blog ini sebagai peneman dikala duka. Tapi sebelum ke agenda yang ke seterusnya aku perlu menyelesaikan dahulu beberapa perkara yang telah menjadi kewajipan bagi setiap orang makan gaji seperti aku.

Aku perlu menyelesaikan dahulu bil-bil terkini agar tiada tunggakan yang akan menyusahkan aku di kemudian hari. So aku nak bayar bil Api dulu. Tapi sebelum itu aku nak tanya korang, korang nak tengok gambar candid kat Pasar Tani atau gambar sewaktu Ceramah? Buat pilihan anda, aku cuba untuk penuhi. Hehehe..


p/s: Aku bayar bil thru online je.. hehehe.. Maybank2u kan ada...

Wednesday, April 27, 2011

Nasib Baik Tak Berdarah!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Fuhh! Nasib baik tak berdarah. Apa yang nasib baik? Apa yang tak berdarah? Okay ni aku nak cite dengan korang pasal apa yang berlaku di hari Jummat lepas. Seperti yang korang semua tahu, hari Jumaat merupakan hari dimana tiada solat Zuhur bagi mereka yang berjantina lelaki, kerna pada hari Jumaat pada sesiapa yang berjantina lelaki akan sama-sama berjemaah di Masjid-masjid untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah..


Masjid Putra, Putrajaya telah menjadi masjid tetap aku setiap kali Jumaat memandangkan jarak yang tak jauh untuk berjalan kaki ke masjid. Banyak pahala oo0o0.. Maka mendengar khutbah dan bersembahyang Jumaatlah aku disana. Selesai solat, kebetulan aku bawa kamera, so aku plan untuk snap beberapa keping gambar. Snap punya snap, kelihatan di penjuru Masjid Putra ni ada Program Derma Darah. Memandangkan aku dah cukup bulan untuk derma darah (cukup 3 bulan tak derma darah) maka tanpa berlengah aku menuju ke sana untuk meneruskan niat suci ku.


So mendermalah aku. Akukan penderma universal, jadi darah aku memang diperlukan. Hehehe. Ya aku berdarah O. Setelah dibius dan urat telah dikenalpasti, seraya itu jarum besar di cucuk ke lengan kiri ku dan aku pam selaju mungkin. Sedang sedap aku mempam darah ku keluar tiba-tiba ada objek jatuh tepat ke dadaku. "Aduh!" perkataan itu terkeluar dari mulutku. "Siapalah yang buat dajal dengan aku ni??" Hatiku berkata tak tenteram.


Rupa-rupanya ada skru yang terjatuh dari atas siling. Boleh tahan besar juga skrunya. Tapi syukur Alhamdulillah skru tu tak jatuh tepat ke kepalaku, kalau tak? Aku yang sedang menderma darah terpaksa meminta kembali darah yang aku dermakan. Huhuhu.. Nasib baik tak berdarah! Hehehe...

p/s: Aku memang suka menderma darah. Untuk rekod peribadi, aku sudah menderma darah sebanyak 11 kali. Hehehe.. Korang suka tak derma darah??

Bolehkah Solat Pakai Kasut?


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Isu ini sudah diberi jawapannya oleh Imam Muda Asyraf. Mari kita baca ceritanya untuk menambah ilmu kita yang agak sedikit ini. Situasinya seperti ini:-

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ada seorang jemaah masjid baru-baru ini mengadu kepada saya tentang satu kem solat yang mengajar peserta solat di atas padang dan memakai kasut. Juga difesyenkan dengan jersi berpeluh dan seluar berlumpur.

“Kalau tak dapat tempat yang sesuai nak buat program, janganlah pandai-pandai buat mazhab baru” kata lelaki tersebut.

Imam Muda Asyraf tersenyum dan cuba menenangkan lelaki yang kuat beragama dan bersemangat itu. Benar ianya suatu yang baru bagi yang jarang melihatnya. Namun yang baru dan jarang dibuat orang itu bukan semestinya haram.

Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.

Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus “Fasl Istihbab Salah fi Ni’al” (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut), lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.

Ada hadis berkenaan bab ini daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid radhiyallahu ‘anhukatanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396)

Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.

Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan salat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya: Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengoklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.

Beberapa ulama Hadis ada menerangkan berkenaan isu ini.
Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hadis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud, Abdillah bin Habibah, Abdillah bin Amr, Amr Bin Huraits, Syaddad bin Ans, Ats Tsaqafi, Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah. Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu. 
Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab, Uthman Ibnu Affan, Abdullah Ibnu Abbas, Anas bin Malik, Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA) 

Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka” (Hadis dari Syaddan bin Aus dari Ayahnya, Sunan Abu Daud no:622). Hadis ini diucapkan oleh Nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.

Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu dengan sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti daripada pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu. al-Imam Ibnu Qoyyim menyatakan dalam hal ini “Antara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ia adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat.” Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar”.

Kenyataan saya ini bukanlah ingin mempromosi solat dengan memakai kasut. Bukan juga tidak lama lagi saya ingin mengeluarkan produk ‘kasut untuk solat’. Tidak sama sekali. Apatah lagi hendak menyeru orang ramai masuk kedalam masjid dengan memakai kasut memijak marmar, karpet, kayu yang indah-indah semata-mata mahu mengamalkan sunnah. Kalau saya jadi Tok Imam Masjid pun marah masuk pakai kasut. Kasihankan tok siak masjid. Namun ianya sekadar jawapan yang ditanya oleh beberapa pihak yang menolak dengan keras perilaku solat dengan memakai kasut walaupun di atas padang, dan di tempat yang sukar dihamparkan sejadah seperti adat kebiasaan kita turun temurun.

Saranan saya, kalau boleh buka kasut, buka sahaja untuk mengelakkan fitnah dari tersebar di kalangan masyarakat. Namun sekali sekala proses mempromosikan sunnah yang ditinggalkan ini juga perlu dilakukan dengan hikmah. Ini kerana, takut-takut, kita mengeji, menghina, mengutuk sesuatu yang bukan atas dasar ilmu. Sedangkan ianya merupakan sunnah dan petunjuk dari Nabi SAW.

Ayuh kita tenang dalam meletakkan hukum kepada manusia…


p/s: Saya pernah solat Subuh di puncak Gunung Kinabalu. Dalam keadaan seperti itu, kalau nak buka kasut juga memang keraslah kat atas puncak gunung tu. 

“My Life’s Story Blog First Giveaway”

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ummu Alisha memang suka menyusahkan EB nampaknya hehehe. Tak adalah sesusah mana pun.. Buat kesekian (actually baru 2 kali) kalinya Ummu Alisha tag EB lagi.. Tengok sayangkan Ummu Alisha kat EB.  Korang tak nak kena sayang macam Ummu Alisha sayang kat EB, dengan selalu tag EB dalam apa jua segmen.. Haaa apa lagi terjah blog Ummu Alisha ni. Klik SINI untuk terjah kalau nak kena sayang. hehehe..

So untuk kali ini EB ditag dalam satu segmen atau lebih tepat lagi GiveAway. G|A ini dianjurkan oleh Cik My yang mana G|A ini merupakan G|A yang pertama daripada beliau. G|A ini bernama My Life’s Story Blog First Giveawaydan apa yang menarik daripada G|A ini adalah hadiah G|A ini sendiri. Hadiah yang dilahirkan dari Ho Chi Minh, Vietnam tau!! Wow!! siapa yang tak join rugilah nampaknya.. So pada sesiapa yang berminat anda bolehlah klik banner atau lebih tepat lagi header baru Cik My kat bawah ni.. Comelkan? Pelangi-pelangi lagi.. Hehehe...


Okaylah tak nak korang buang masa baca entri aku ni, apa yang penting sekarang korang join G|A ni. Dengan memendekkan entri aku ni maka akan mempercepatkan lagi masa korang yang membaca entri ini untuk membuat persiapan kreatif untuk G|A Cik My ni. So apa tunggu lagi join jangan tak join. Yang aku bakal tag siap siaga.. Hehehe... I'm sorry naik lorry..


Aku sayang kawan aku:-

Expired Date:
10 Mei 2011

Semalaman Bersama Adira!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Huuu penat.. Baru je balik dari main futsal. Sorry ye kengkawan semua.. Barulah ada masa nak menghadap laptop dan buka blog kesayangan aku ni. So aku pun tak tahu nak cerita apa dengan korang ni, tapi demi tak menghampakan hangpa-hangpa semua yang telah singgah ke blog aku ini. Aku nak share beberapa keping gambar semasa Pertandingan Bintang Khazanah '11 pada hari Jumaat yang lepas (22 April 2011) di MOF (Ministry of Finance).

Cerita pasal pertandingan ini aku tak berapa teruja nak kongsi tapi apa yang aku teruja nak kongsikan adalah beberapa keping gambar yang akan buat korang jeles dengan aku. Tapi jangan risau Insha'Allah di entri yang seterusnya aku akan ceritakan serba serbi pasal Pertandingan Bintang Khazanah ni. Okay anda semua nak tahu gambar apakah itu? Jom kita tengok sesama kat bawah ni. Kemari kemon!!

©EB | Adira - Ku Ada Kamu
Yeah! Aku bertemu dengan orang kampung aku Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi. Baru berusia 19 tahun, perwatakan dan fizikal Adira sangat-sangat comel, cantik dan kecik saja orangnya. Adira juga sangat sporting orangnya, tidak sombong dan suka melemparkan senyuman kepada siapa sahaja. Setiap ajak untuk bergambar bersama tidak pernah ditolaknya. Rasa terharus kerna lensa kameraku turut menjadi pilihannya. Thanks Adira.. Dia wangi.. Huuu...

©EB | Emcee (Nancy) with Adira
Emcee ni kawan EB, thanks sebab bagi chance kat EB untuk masuk kat VIP Room. Kalau tak mesti melepas nak shoot Adira. Hehehe.. She give me a lot of space and time to shoot Adira. Thanks so much Nancy! "Boleh Bah Kalau Kau!".

©EB | Adira posed with her fans
Last but not least, thanks to my friend Izzi because give me a ride for that night..
Thanks so much Izzi! Thanks for the ride and thanks for the satay..

©EB | Adira with Izzi
So buat setakat ini, ini adalah beberapa keping gambar yang ingin aku kongsikan dengan korang semua. Semoga terhibur!! Hehehe.. Komen-komen serta kritikan anda semua amat dialu-alukan dan digalakkan.

p/s: Aku dah ngantuk dah.. Nanti aku story lagi esok hari k... Daaa...

Tuesday, April 26, 2011

Vespa Degil Friends!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua, EB baru sahaja balik dari ceramah mengenai Cyber Crime, so hari ini agak lambat untuk update entri baru. Ceramah yang banyak memberikan info-info berguna kepada kita sebagai pengguna tegar Internet. Banyak kekurangan dan kelebihan dalam kita merentasi kecanggihan teknologi dari masa ke masa. Insha'Allah aku akan ceritakan dalam entri yang lain.



So pada malam semalam, EB telah ditag oleh Ummi Alisha, jadi nampaknya EB kenalah menyiapkan tugasan yang diberi. Tag yang diberi ni bertajuk "Vespa Degil Friends" anjuran En. Azizul Hakim kita.  So pada sesiapa yang nak berkahwin berkawan dengan Si Azizul Hakim ni bolehlah klik banner kat tepi ni ye. Bila anda join, anda akan dimasukkan dalam bloglist Vespa Degil dan secara tak langsung akan jadi peserta GiveAway Blog Vespa Degil. Menarikkan? So apa tunggu lagi? Jom!

Jom! Saya nak jadi kawan Vespa Degil!!

Dekat Blog Vespa Degil ni anda boleh baca banyak cerita pasal Vespa-Vespa yang Degil.
Hehehe.. Anda juga boleh dapat info-info menarik dan terkini daripada blog beliau. Dan untuk rekod terbaik beliau, dalam masa 4 bulan follower beliau sudah mencecah 400 orang. Hebat bukan? So pada sesiapa yang ingin mendapatkan tips-tips bagaimana nak dapat follower seperti itu, anda bolehlah terjah ke blog beliau. Tapi ada baiknya anda join "Vespa Degil Friends" ini kemudian anda terjah. Lagi best! Dapat join bloglist, dapat jadi peserta G|A dan dapat berkenalan dengan beliau. Yeah!

Ok EB nak Sahsa Ghaff join "Vespa Degil Friends" ni.

Expired Date:-
11 Mei 2011


Monday, April 25, 2011

Happy Birthday to My Dear Sister

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

©EB | Happy Birthday to you My Dear
Hari ini 25 April 2011 (Isnin), maka genaplah umur satu-satunya adik perempuan kami ke 21 tahun. Adik perempuan aku yang bernama Nurul Shafika Fitrianna atau kami adik-beradik panggil P-ka ini juga merupakan adik bungsu kami dalam 5 orang adik-beradik. Dia mempunyai 4 orang abang yang perlu dilepasi bagi jejaka-jejaka di luar sana yang nak ngorat. Hehehe... 

Di hari ulang tahun kelahiranmu ini, Abang EB berdoa.. "Semoga Allah berikan kesihatan yang berpanjangan buat adikku ini. Semoga adikku berjaya dalam apa jua bidang yang dia ceburi. Semoga diberikan kekuatan serta ketabahan sekiranya dia diuji dengan dugaan dan rintangan yang Allah berikan. Semoga dia sentiasa menjaga maruah diri dan nama baik keluarga. Abang EB juga doakan agar adik abang ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Allah sekiranya berada dalam kesulitan. Amin.."

Abang EB harap P-ka jagalah diri baik-baik ditempat orang. Jangan buat benda yang tak baik. Abang EB jauh diperantauan tak boleh nak tengok-tengokkan P-ka dah. Tapi adik abang ni bukan budak kecil lagikan, dah pandai bezakan baik dan buruk. So pandai-pandai fikir okay. Abang percaya dengan adik abang.

Abang EB dah tak boleh ajar masak dah, tapi sekarang adik abang lagi terer masak dari abangkan. Insha'Allah kalau abang EB balik, abang masak kita makan ramai-ramai okay. Belajar rajin-rajin. Jangan asyik SMS ja. Jaga makan, jangan makan banyak sangat, nanti gemuk macam abang EB. Nanti menyesal. Hehehe..

Hadiah yang P-ka minta, Insha'Allah abang EB usahakan, Okay!.
Selamat Ulang Tahun adikku sayang.. I love you.. 

Contest Candid dari Blog SueMuncet

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Haa.. korang nampak tak banner kat atas ni. Tu banner contest tau.
Muncet bukan sebarang Muncet tau. Muncet ni anjurkan Contest kalau korang nak tahu. Haa.. Contest apa? Contest ni memang aku suka sebab pasal gambar candid. Contest ini Cik Muncet kita namakan sebagai "Contest Candid dari Blog SUEMUNCET". Aku kalau bab-bab candid ni memang aku sukalah. So korang kalau nak cuba-cuba nasib atau memang berminat, joinlah contest ni. Klik saja banner kat atas tu.

So gambar candid yang aku nak guna kali ni adalah gambar ini:-

©EB | Candid | Mommy I want my milk!
Okay gambar ni aku tangkap tahun lepas dekat Palm Square, Center Point, Sabah. Time ni aku tengah menikmati aiskrim Sundae Cone, M'cD bersama-sama Cik Awek. Sedang lazat-lazat menjilat aiskrim M'cD, tetiba nampak sweet moment ni. Tanpa berlengah aku snaplah gambar ni dan aku abadikan dalam hardisk aku. 

Inilah lumrah ketika kita kecil dahulu, kita ditatang bagai minyak yang penuh.
Apa sahaja kemahuan kita pasti akan dituruti, pasti akan diusahakan oleh kedua orang tua kita. 
"Seorang ibu mampu untuk menjaga 10 orang anaknya tapi 10 orang anak ada yang tidak mampu untuk menjaga seorang IBU."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Cik SueMuncet suruh buat tagline:-
"Saya follow blog SueMuncet kerana dia buat contest tidak wajib untuk follow tapi kalau tak follow seganlah wei. Hehehe.. Saya juga follow blog SueMuncet kerna saya nak tengok betulkah dia ni muncet? Tapi jauh panggang dari api, tak muncet pun. Atau muncet tu ada maksud lain lagi selain dari muncet pemahaman saya? Selain itu, saya follow blog SueMuncet juga sebagai tanda sokongan saya terhadap Contest beliau dan juga tanda sokongan bertubi-tubi saya terhadap blog beliau. Di samping itu, bolehlah tambah-tambah kenalan dan melihat gambar-gambar kreatif dari rakan-rakan bloggers yang lain."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Tag untuk 5 orang rakan:-

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hadiah SURPRISE!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Expired Date:
She said 1 month from now. 


p/s: Good luck you all.

I'm Sorry My Lovely Friends

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Bukan sehari.. Bukan juga 2 hari.. dan bukan juga 3 hari kawan.. Tapi 4 hari dah aku tak boleh nak online dengan P1Wimax Home Modem aku. Ini memang bikin gua panas.. Tapi nak marah-marah pun tak guna kalau masih tak boleh nak online kan. 

Semenjak hujan lebat dan kilat sabung menyabung petang hari khamis tu, P1 Home Modem aku dah mulai buat hal dah. Status pada laptop menunjukkan internet connected tapi bila buka Google Chrome/Mozilla/Safari semua error connection. Deng!

So kengkawan semua, mohon sejuta kemaafan atas kesulitan ini. Terlalu banyak benda yang nak kongsi sebenarnya tapi masalah ini membantutkan semuanya. Nak kongsi pasal waktu derma darah aku kena baling skru, nak bagi korang tengok gambar aku dan Adira AF8, futsal dan macam-macam lagi. 

Buat sesiapa yang ada tag aku apa-apa Contest/GA/Segmen atau apa sahaja, sila inform aku di ruangan komen sebab "Kotak Teriak" tak boleh nak tengok time office hour. Sorry tau menyusahkan korang. Minta maaf bebanyak.

Okaylah aku nak draf entri yang seterusnya dulu.. Daaa... Sorry tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...