K A W A N

Friday, July 29, 2011

Duit Siling Malaysia Siri Ke-3

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Oh rupa-rupanya kita dah ada duit siling baru rupanya. Duit siling ini akan mula digunakan bermula pada tahun depan iaitu pada tahun 2012. Duit siling ini telah dilancarkan pada 25 Julai 2011 yang lepas oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk maklumat lanjut mengenai duit siling baru ini, anda semua boleh klik pada link ini untuk info lanjut ~ Issuance of Commemorative Coins for Malaysia's New Third Coins Series.

Dibawah ini adalah rupa bentuk duit siling yang bakal kita gunakan pada tahun hadapan. BNM cuba menerapkan nilai-nilai adat dan budaya serta flora dan fauna yang sinonim dengan negara kita Malaysia. Cantik jugakan? Mesti rasa kekok dengan penggunaan duit siling baru ni kan.



p/s: Aku rindu duit siling RM1 yang warna keemasan.. Kalau call kat public boleh gayut lama-lama.. Hehehe.. 
p/s/s: Cakap pasal call kat public, rasanya dah lama gila tak pakai public phone.. Heee ^_^

Is Okay Malaysia!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Desa Dairy Farm | Mesilau 
Is okay Malaysia..
We still have a long journey ~ Don't give up!!

Thanks Apek for the wonderful saves..
You're the man, Apek!!
You're the man of the match for the big game..

Tahniah kepada pasukan Malaysia..
Ini bukan kekalahan yang membinasakan..
Ini juga bukan penamat kepada segala-galanya..
Ini adalah suatu petanda agar kita kena berusaha lebih gigih lagi..

Memang kita tak suka dan tak mahu kalah..
Dan sememangnya kekalahan itu agak sukar diterima..
Tapi macam Apek kata,
"Kali ni bukan rezeki kita.. Kita sudah mencuba sedaya upaya.."

Kita sudah berdoa dan berserah kepada Allah..
Dan ini adalah takdir dari-Nya..
Jadi kita kena terima ketentuan dari-Nya..
Jangan sampai kita menyalahkan Tuhan!!

I'm still proud to be Malaysian!!!

Thursday, July 28, 2011

Syukran Cik Nico!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Alhamdulillah punya kesempatan lagi untuk mengupdate entri baru untuk blog ini. Ok entri ini mungkin baru tapi mungkin kisahnya sudah agak lama dan lapuk. Lama tak lama, lapuk tak lapuk, aku harus juga buat entri ini sebagai ucapan terima kasih dan juga sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang ikhlas memberi.

Ok kisah ini bermula pada awal Januari dan berakhir pada hujung Februari. Mungkin sudah agak lama tapi hadiah ataupun habuannya masih baru lagi.. Hehehe.. Jikalau anda semua masih ingat lagi, aku pernah mengikuti sebuah segmen yang diberi nama "Tangan Bertuah Cik Nico".. Haaa korang masih ingat tak pasal segmen ini. Rasanya ramai yang masih ingat memandangkan entri ini antara entri yang hits. 

Ok untuk memudahkan flashback, aku tempekkan 2 link ini untuk anda semua klik dan baca untuk memudahkan anda mengingat kembali apakah sebenarnya yang aku nak sampaikan disini. Anda boleh baca entri ini ~ "Tangan Bertuah Cik Nico" dan "EB-Hang Bertuah". 

Maka pada 07/07/2011, hadiah daripada segmen Cik Nico ini telah selamat aku terima. Walaupun agak lambat untuk menerima hadiah ini namun aku amat memahami akan kesibukan Cik Nico sebagai seorang student. Don't worry Cik Nico, no hard feeling but then I'm really honored to be the luckiest person from you wonderful style of selecting the winner. Thanks so much again and again.. ♥ ^_^

Ini adalah hadiah yang telah aku menangi..

Tangan Bertuah Cik Nico
Syukran for the wonderful present Miss Nico

Alhamdulillah, berbanyak-banyak terima kasih atas rezeki ini.. Juga mohon sejuta kemaafan kerana ucapan terima kasih ini amat-amat lewat saya berikan.. Maafkan saya atas kealpaan ini.. Apa pun saya amat berterima kasih atas pemberian ini.. Semoga Cik Nico sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Semoga dipermudahkan urusan Cik Nico sehari-hari, semoga lulus dengan jayanya dalam pengajian Cik Nico.. Alhamdulillah, syukran for all of this Cik Nico.. Semoga cita-cita mu untuk menjadi pendidik anak bangsa akan tercapai suatu hari nanti.. Amin.. 


p/s: Tangan ini untuk letak cincinkan? Correct me if I was wrong....

Wednesday, July 27, 2011

#WW4 | Wordless Wednesday #4

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

“Our choices in life are made according to our sense of our own worth”

#WW3 | Wordless Wednesday #3

Tuesday, July 26, 2011

Bridal Outing | Iman ♥ Amar

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok hari ini aku ingin menunaikan janji. Sebuah janji yang aku pernah janjikan pada entri ini ~ Bridal Outing | Taman Botani, Putrajaya. Alhamdulillah aku punya masa untuk melangsaikan janji aku untuk anda semua. Walaupun sebentar lagi ada bacaan Yasin dan Tahlil di aras aku ini. Namun aku hendak juga menunaikan janji, aku takut terlupa lagi. So hari ini aku akan paparkan gambar-gambar semasa outing tersebut. Mungkin tak semua tapi ini adalah antara sebilangan gambar yang menarik untuk dilihat. Moga-moga kepada yang belum berkahwin seperti aku mempunyai semangat yang jitu untuk berumahtangga selepas ini. Insha'Allah. Jom layan gambar..

Oh sebelum itu, pasangan yang dipertanggungjawabkan kepada aku untuk menghasilkan potret mereka ini adalah saudari Iman Nurdian dan saudara Amarruddin Khalid dan mereka telah dicantikkan dan dihensemkan oleh Jurusolek aka MUA, Kak Masliana. Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. I ♥ you all...







So guys, what you words??
Ada sesiapa yang nak tempah saya untuk majlis perkahwinan anda? Hehehe...

Ok FYI, saudara Amar bukanlah talent yang sepatutnya digandingkan dengan saudari Iman. Oleh kerana, talent yang sepatutnya digandingkan dengan beliau tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan makanya saudara Amar (BF) beliau terpaksa mengantikan tempat talent tersebut. So sila abaikan kasut pahlawan moden yang dipakai beliau jika anda semua perasaan ada sesuatu yang ganjil dalam beberapa keping gambar yang saya paparkan disini (rasanya sekeping je kot..). Harap maaf atas kesulitan tersebut. (Dah namanya bidan terjunkan.. hehehe..)

So sebelum mengundur diri untuk ke Majlis Tahli tersebut, ampun maaf dipinta andai ada sesiapa yang pernah tersinggung atau disinggung sepanjang saya berkarya dan berblogging disini. Ampun maaf seikhlas hati, andai ada kekasaran bahasa mahupun terlanjur tingkahlaku yang tidak sopan daripada saya. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabat-sahabat bloggers... 

p/s: Tak sabar nak puasa....

Monday, July 25, 2011

Cintaku Umpama Memberus Gigi

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Jesselton Point, Kota Kinabalu

Dulu.. Kita saling memerlukan..
Dulu.. Kita pernah berkongsi kasih.. 
Dulu.. Kita sentiasa ingin disayangi..
Dulu.. Kita saling memendam rindu..
Dulu.. Kita saling risau antara satu sama lain..
Dulu.. Kita saling mencinta.. Cinta yang sebenar-benar cinta.



Aku relakan pemergian mu... Semoga kau beroleh kebahagian yang kau impikan..

Kini, semua itu sudah tiada..
Hilang berlalu ditelan masa..
Mungkin kita tidak pernah lupa..
Mungkin juga kita ingin melupakan.

Maafkan aku atas pengalaman yang melukakan ini..
Maafkan aku kerna aku juga tidak ingin ini berlaku..
Maafkan aku kerna akhirnya aku menjadi sebahagian daripada kamu..
Sebahagian kenangan yang sedih buat kamu..
Maafkan aku untuk kenangan yang tidak menyeronokkan ini.


Tapi..


Walaupun aku tahu semua ini sudah berakhir..
Aku akan tetap terus menyayangi dan mencintai..
Tiada siapa yang perlu menang dan tiada perlu ada yang kalah..
Bukan kekalahan yang perlu ditangisi dan bukan juga kemenangan yang ingin diraih.

Semua ini tidak harus dilupakan..
Semua ini harus dihargai dan dipelajari..
Semua ini sungguh berharga walaupun sungguh menyakitkan..
Kita harus bersyukur punya pengalaman "seindah" ini.

Makanya..

Aku akan tetap begini,
Akan tetap cinta..
Akan tetap sayang..
Cinta dan sayang kamu seperti memberus gigi..

p/s: Kenapa "Cintaku seperti Memberus Gigi"??
p/s/s: Harus membuatkan cerita ini lebih sedih tapi aku khuatir aku tidak mampu menconteng lagi...


Hidup Tanpa Jalur Lebar!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

"I must learn to love the fool in me, the one who feels too much, talks too much, takes too many chances, wins sometimes and loses often, lacks self-control, loves and hates, hurts and gets hurt, promises and breaks promises, laughs and cries."
Location: Treasury | MOF

Hai apa khabar semua? Alhamdulillah akhirnya di pagi Isnin ini, aku punya peluang untuk menconteng kembali dinding kesayangan aku ini. Masih banyak ruang-ruang kosong yang harus aku penuhkan, masih banyak idea-idea, ilmu-ilmu, info-info, luahan perasan yang ingin dikongsikan. Mohon sejuta kemaafan andai ada yang merindui diri ini atau lebih tepat lagi entri terbaru daripada blog ini. Harus menyedarkan diri, mana mungkin ada yang merindui diri ini. Ok.. Ok.. Sebelum menyimpang lebih jauh, ingin aku memperjelaskan kenapa ada kesunyian melanda beberapa hari ini.

Dek kerana terlupa membayar perkhidmatan interent yang aku "sewa" daripada P1wimax, maka mereka pihak yang berwajib telah memutuskan perkhidmatan tersebut untuk sementara waktu. Pengajaran bagi diri ini, jangan memperlambat-lambatkan pembayaran. Wajib dibayar apabila sampai waktunya. Akhirnya aku telah terputus hubungan dengan dunia selama 3 hari. Masa yang singkat namun memberi impak yang cukup besar kepada diri sendiri.

Hidup bagaikan nak gila tanpa kemudahan akses internet. Ditambah lagi dengan rumah yang tidak mempunyai Televisyen. Ingin sahaja diusung laptop mahal ini ke Mc'D. Aku mention laptop mahal sebab ianya memang mahal dan disebabkan ianya terlalu mahal maka aku terlalu malu untuk membawanya ke kedai Pak Mc'D. Risau ditertawakan orang, malu andai ada orang mengatakan begini, "Laptop mahal tapi online kat Mc'D". Huu.. akhirnya membatalkan niat suci yang difikirkan sebentar tadi. 

Akhirnya aku telah menghabiskan drama ini dalam masa 2 hari tanpa henti:-


Setelah lama aku tak berkesempatan untuk menonton series ini akhirnya selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad aku telah melangsaikan series ini sekali harung. Kesimpulannya, drama yang banyak info dan ilmu yang berlandaskan realiti pengalaman sehari-hari dalam kehidupan kita. Aku suka akan hubungan dan kemesraan mereka dalam sebuah kejiranan, walaupun bermacam-macam ragam yang harus mereka hadapi daripada ramai orang  samaada sahabat mereka, jiran mereka dan juga diri mereka sendiri. Aku suka drama ini!

Berita gumbira ini aku ingin kongsikan kepada anda semua dan juga diri aku sendiri, kemudahan akses interent, Insha'Allah akan pulih semula pada hari ini setelah 2 hari aku menanti agar disambung kembali. Namun diri harus positif agar tidak menyalahkan mana-mana pihak malahan aku harus menyalahkan diri sendiri atas kelalaian ini. So kepada anda semua, Insha'Allah EB's Wall akan bersiaran kembali seperti biasa.. (Dah macam station TV dah aku rasa..) Hehehe..

p/s: Kalau aku nak story pasal cerita cinta, korang nak baca tak??

Friday, July 22, 2011

Berprasangka Baik

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Kadang-kadang hati berasa curiga dengan orang..
Perasaan curiga datang akibat persekitaran sekarang..
Kepercayaan sesama insan, lama-kelamaan semakin menghilang..
Menghilang kerana jarang disemai nikmat berkasih sayang..

A lovely kiss from her daddy.. Sweet right..
Location: Monumen Alaf Baru | Presint 2 | Putrajaya

Agama Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersifat dengan sikap berprasangka baik di dalam kehidupan berbanding dengan sikap berprasangka buruk yang jelas sekali begitu keji dan tercela. Seorang ulama terkenal Syeikh Abdul kadir al- Jailani pernah berpesan kepada kita dengan katanya: 

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." 

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." 

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".


p/s: Yang baik datangnya dari Allah swt.. Yang buruk dan jelek semuanya datang dari diri aku sendiri.. Renung-renungkan.


p/s/s: Tapi berhati-hati itu perlu juga.. Tepuk dada tanya iman.. Semua dah besar panjang dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang burukkan.. heee.. 


Thursday, July 21, 2011

Di Kucup dan Di Peluk Mesra

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Putra Damai | Presint 11 | Putrajaya
Selamat pagi semua, Alhamdulillah kenyang setelah selesai bersarapan dengan menu Nasi Goreng Cina + Ikan Bilis + Telur Mata, Mak Cik Cafe Mee Jawa Sri Perak. Haa namanya memang panjang, jangan marah ye. Pagi ini agak kelaparan sebab semalam ketika diri begitu bersemangat untuk memasak bihun goreng pada pukul 11.00 malam tetiba gas pula dah tamat riwayatnya, Innalillahi wainana ilaihi roji'un. Bersabarlah si comel yang sedang kelaparan ini, diteguknya air sebanyak mungkin kemudian tidurlah dia dengan perut yang lapar. 

Di pagi yang indah ini pula, sewaktu aku menanti driver aku untuk datang ambil aku kat bus stand. Aku tersenyum apabila terlihat suatu kejadian yang cukup-cukup indah. Terharu hati ini apabila melihat seorang ibu mencium kedua-dua belah pipi ketiga-tiga orang anaknya dan kemudian memeluk erat anak-anaknya seorang demi seorang anak-anaknya, sebelum anak-anaknya memasuki perkarangan sekolah. Huuu such a sweet moment.. 

Melihat akan kejadian itu, diri merasa sangat rindu kepada kedua orang tua. Sudah lama rasanya tidak bersalaman dan mengucup tangan kedua orang tuaku. Dek kerana jarak yang begitu jauh, mereka di tanah Borneo aku di tanah Melayu. Maafkan anakanda, tapi jangan risau ayahanda dan bonda doaku kepada kamu tidak pernah lekang di bibir juga di hati ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan urusan ibubapa kita. Insha'Allah.

"Ya Allah ampunkan dosaku.. Dosa kedua ibubapa ku.. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku semasa aku kecil... Amin Ya Allah.."

Doa ini adalah doa yang sering aku baca sebelum aku salam dan kucup tangan ibu dan bapa ku, ketika hendak keluar rumah atau ke sekolah...

p/s: Aku rindu zaman kanak-kanak ku... 

Wednesday, July 20, 2011

Bila Mulut Berkata...

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Insan hina yang menumpang di bumi ALLAH..


Mungkin kerana leka
sekali pena terlepas dari genggaman
ucapan Oopsss  mendahului Ya ALLAH...

Bila perut kekenyangan
haaa kenyangnya.. mengatasi Alhamdulillah...

Bila terpegun dek keindahan
Subhanallah tertutup dengan cantiknya...

Bila diuji dengan musibah
kesiannya.. terucap hingga terlupa pada
Innalillahi wainana ilaihi roji'un

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa
namun ingatlah...
apabila Izrail datang mendekati
biarlah kalimah lailahaillallah menjadi pengakhiri bicara...



p/s: Ampunkan ku Ya Allah, sesungguhnya aku sentiasa lalai dalam perbuatanku...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...