K A W A N

Wednesday, July 20, 2011

Bila Mulut Berkata...

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Insan hina yang menumpang di bumi ALLAH..


Mungkin kerana leka
sekali pena terlepas dari genggaman
ucapan Oopsss  mendahului Ya ALLAH...

Bila perut kekenyangan
haaa kenyangnya.. mengatasi Alhamdulillah...

Bila terpegun dek keindahan
Subhanallah tertutup dengan cantiknya...

Bila diuji dengan musibah
kesiannya.. terucap hingga terlupa pada
Innalillahi wainana ilaihi roji'un

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa
namun ingatlah...
apabila Izrail datang mendekati
biarlah kalimah lailahaillallah menjadi pengakhiri bicara...



p/s: Ampunkan ku Ya Allah, sesungguhnya aku sentiasa lalai dalam perbuatanku...



#WW3 | Wordless Wednesday #3

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Very nice, sporting and lovely girl, Nadia and Katie
Location: Taman Tasik Perdana | Kuala Lumpur


Putrajaya Flower & Garden Festival 2011

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay hari ini sudah 3 hari Floria di Putrajaya melabuhkan tirainya, Floria 2011 ini telah secara rasminya ditutup kepada pengunjung pada hari Ahad yang lepas itu pada 17 Julai 2011 (Hari Ahad). Untuk rekod saya telah ke Floria 2011 ini sebanyak 2 kali untuk merakamkan berpuluh-puluh jenis bunga-bungaan dan moments yang ada disana. Rasanya tak semua dapat saya rakamkan tapi syukur Alhamdulillah ada jugalah telah dirakamkan sebagai kenang-kenangan. Rasanya itu lebih penting bukan. So lets us enjoy the photos..

I'd rather have roses on my heart than diamonds on my neck.
Flowers always make people better, happier, and more helpful;
they are sunshine, food and medicine for the soul.
 
Love is like a butterfly:  It goes where it pleases and it pleases wherever it goes.  
"Knowing trees, I understand the meaning of patience.
Knowing grass, I can appreciate persistence."
There are always two people in every picture: the photographer and the viewer.

EB kata:
Ini adalah antara ratusan gambar yang saya dapat kongsikan semasa Floria di Putrajaya baru-baru ini. Insha'Allah andai ada kelapangan serta kesempatan akan saya kongsikan lagi kepada anda semua gambar-gambar yang selebihnya (mungkin ada Part 2). Bermacam-macam ragam dan moment  yang dapat saya rakamkan. Sungguh indah dan sungguh menghiburkan. Walaupun sendirian namun saya dapat rasakan kepuasan, sehinggakan saya mampu tersenyum dikala melihat daripada viewfinder kamera saya sendiri. Dalam hati berkata "Huu.. what a moment.. Thanks Allah for this wonderful moments.."

p/s: Sehingga berjumpa lagi di Floria 2012 Insha'Allah andai kita punya kesempatan.. 

Tuesday, July 19, 2011

Sujudku Hanya Pada-Mu

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Photo credit to Aizat A.Naeeim
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu, Ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan kurnia-Mu
dalam sunyi aku bersujud


p/s: Marilah sama-sama kita muhasabahkan diri kita..

Monday, July 18, 2011

Usah Hidup Kerana Pujian | Usah Mati Kerana Kejian | Part 3

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Alhamdulillah akhirnya hari ini saya pun masa dan ruang untuk menyambung kembali kisah  selanjutnya mengenai entri saya sebelum ini. Perhatian kepada sesiapa yang baru sahaja membaca entri ini, anda perlulah membaca entri ini daripada awal untuk mendapatkan maksud yang ingin saya sampaikan kepada anda semua melalui kisah ini.

Sila klik untuk:-

Location: My Office | My desk | My lappy
Rahsia Katak

Harapan penonton tadi tidak kesampaian kerana katak tersebut akhirnya sampai juga ke puncak dan menjadi katak pertama dalam dunia yang berjaya memanjat menara jaya hingga ke puncaknya yang terkenal tinggi itu. Katak-katak lain kagum dengan kebolehan katak tersebut sampai ke puncak. Apabila katak yang berjaya turun dari puncak, maka berebut-rebutlah mereka bertanya tentang rahsia kejayaan hingga berjaya sedemikian rupa.

Apabila ditanya tentang rahsia katak tersebut mempunyai kekuatan yang cukup tinggi biarpun lebih kecil berbanding dengan katak-katak lain, katak tersebut tidak menjawab satu soalan pun. Setelah berkali-kali ditanya tanpa menerima sebarang jawapan, maka mereka berpendapat bahawa katak kecil ini sengaja mahu merahsiakan kunci kejayaannya.

Mereka mula beredar menjauhi katak kecil itu tadi. Tiba-tiba datang seekor katak lain yang memberitahu bahawa dia adalah teman kepada katak kecil yang berjaya tadi. Ia meminta maaf kerana katak kecil yang berjaya tadi tidak sombong. Malah jauh sekali katak itu merahsiakan kunci kejayaannya.

Sebenarnya, katak kecil tadi bukan sahaja kecil dari segi saiznya tetapi juga pekak. Meloponglah katak-katak yang mendengar cerita teman katak kecil tadi. Barulah mereka tahu  bahawa katak kecil itu berjaya hingga ke puncak kerana ia pekak dan tidak langsung mendengar ejekan para penonton.

Perlu Jadi Pekak

Kita juga perlu menjadi pekak untuk berjaya; pekak daripada mendengar kejian, pekak daripada mendengar komen negatif dan pekak daripada mereka yang pesimis. Jika kita duduk seiring dengan mereka yang sering tidak percaya bahawa ALLAH mampu memberi apa-apa sahaja, secara tidak langsung kita juga akan terbelakang kerana kita yang sesuatu yang ingin dilakukan adalah perkara yang sukar dan kegagalan pasti menjelma.

Kita tidak perlu menjadi pekak daripada mendengar pandangan positif yang mampu memberi ruang lebih besar untuk berjaya. Tetapi kita perlu menjadi pekak dengan pujian melampau kerana kita perlu ingatkan bahawa kita ini fakir. Ingatlah bahawa pemberi kejayaan itu adalah ALLAH. Jika kita percaya bahawa kita sebenarnya yang mencipta kejayaan, maka kita taksub dengan diri dan ia bakal mengundang kerosakan.


Location: Floria, Putrajaya
Pelakon Dunia

Ketahuilah bahawa kita hanya pelakon yang berusaha menghayati watak sebaik mungkin agar lakonan kita berjaya. Kita mampu melakukan apa sahaja tetapi keputusan adalah hak milik mutlak ALLAH. Maka kita perlu faham bahawa kejayaan kita pada hari ini adalah kurniaan-NYA. Oleh itu, seringlah berterima kasih kepada-NYA agar kejayaan yang ada berkekalan.

Untuk menjadi pelakon dunia yang terbaik, kita perlu menjadi pekak daripada segala ugutan dan hinaan. Kita juga perlu pekak daripada pujian, pujian yang sering menjatuhkan seseorang kerana ia mencipta kealpaan. Ingatlah, kita hidup kerana pujian dan tidak mati kerana kejian!

Apa yang kita perlukan adalah ilmu dalam mengharungi hidup. Ilmu paling indah adalah ilmu bergantung harap dengan ALLAH. Amal tanpa ilmu menyesatkan. Ilmu tanpa amal pula adalah perbuatan sia-sia. Apabila ilmu dan amal seiya sekata, maka lahirlah manusia yang benar-benar berilmu lagi mendatangkan manfaat kepada yang lain. Insha'Allah..

Friday, July 15, 2011

Usah Hidup Kerana Pujian | Usah Mati Kerana Kejian | Part 2

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

p/s: Untuk lebih memahami entri / kisah ini anda perlulah membaca entri sebelum ini terlebih dahulu. Sila klik di SINI untuk membaca entri terdahulu.


Photo credit to my friend Aizat A.Naeeim

Ketika bermulanya pertandingan, terdengar suara-suara sumbang yang berkata, "Aku yakin katak-katak ini tidak seekor pun menang kerana mana boleh katak panjat menara, kelakarlah..."

Kata-kata tersebut disambut oleh seorang penonton, "Aku yakin macam tu."

Tetapi dek kerana kuatnya semangat tadi, katak-katak tersebut tidak memperdulikannya dan terus memanjat menara yang tinggi tadi.

Ketika mula menaiki aras pertama sebuah menara, seorang penonton berteriak menyuruh sekumpulan katak melihat ke atas dan mentertawakan katak-katak tersebut. Kononnya, mereka pasti akan jatuh dan tidak mampu untuk naik. Tiba-tiba beberapa ekor katak memandang ke atas dan mereka terhenti dari melakukan pendakian, lalu jatuh dari aras tersebut. Meskipun begitu, peserta-peserta lain tidak memperdulikan apa yang berlaku, mereka terus cekal dalam mengharungi cabaran pendakian.

Ketika sedang mendaki ke aras seterusnya, penonton terus bersorak sambil mengejek, "Tak payahlah diteruskan benda yang tak mungkin kamu lakukan, kamu tak mungkin berjaya. Ha... Ha... Ha..." Begitulah sorokan penonton yang hanya ingin melihat kegagalan dalam pertandingan itu. Semakin kuat sorakan begitu, semakin banyak katak yang jatuh dan aksi kejatuhan mereka merupakan hiburan kepada penonton.

Mereka begitu terhibur melihat katak-katak yang bertanding gagal dan jatuh. Tetapi dalam banyak-banyak katak yang bertanding, terdapat seekor katak yang begitu bersemangat dan tidak langsung menghiraukan sorakan negatif penonton. Ia terus menghiraukan sorakan negatif penonton. Katak-katak lain biarpun telah dimotivasikan oleh pakar-pakar namun tidak dapat meneruskan pendakian ke menara puncak jaya yang tinggi kerana mulai lemah apabila mengenangkan ketinggian menara tersebut.

Dalam fikiran mereka, ada betulnya apa yang dikatakan oleh para penonton kerana pertandingan ini merupakan satu kerja yang mustahil, biarpun mereka tahu berada di puncak merupakan satu penghargaan yang tinggi nilainya dalam kehidupan seekor katak. Di kala seekor demi seekor katak kecundang jatuh ke tanah, katak yang tadi terus sahaja memanjat menara tadi tanpa mempedulikan ejekan penonton yang ingin melihat aksinya jatuh dari aras yang cukup tinggi.

Ternyata harapan penonton.....

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Alamak nampaknya cerita ini perlu disambung lagi.. Maaf ye kengkawan semua. Jangan risau part seterusnya aku janji lagi menarik dan lagi membuka minda. Jadi harap anda semua bersabar dengan kisah yang seterusnya ok.. Insha'Allah andai ada kesempatan malam nanti lepas Is'ya aku sambung okay.. 

Oh ya sebelum terlupa, jutaan terima kasih buat sahabat aku Aizat Anaeeim kerana sudi bagi pinjam gambar katak beliau. Hang memang sempoi, gua suka lu!! Sangat cantik bukan gambar katak itu. Terima kasih bebanyak Aizat!! Kalau korang nak tahu sahabat aku ni juga ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Perkhidmatan yang macamana? Hang anda semua bolehlah layari ke blog beliau di http://shoesonthecobblestone.blogspot.com/

p/s: See you all later!!! Aku nak pi Pasaq Tani sat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...