سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
"Salam Ramadhan Al-Mubarak"
Masih ingat banner contest ini?

Contest ini telah difikirkan oleh Si Gadis Bermata Sepet atau nama sebenarnya Siti Fatimah. Contest ini bermula pada 1 Januari 2011 (kalau tak silap) dan berakhir pada 1 Mac 2011. Lamakan tempoh contest ini berlangsung. Oleh kerana tempoh masa yang lama yakni selama 3 bulan, maka ada beratus-ratus penyertaan telah diterima oleh Cik Siti Fatimah daripada seluruh bloggers yang ada di Malaysia ini.
Disebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan, maka saudari penganjur perlulah membuat penilaian yang lebih teliti dan terperinci, yang mana proses penilaian ini akan mengambil masa yang agak lama dan panjang. Bertambah panjang dan lama proses penilaian ini bila mana saudari penganjur terpaksa berdepan dengan final exam di Universiti beliau. So proses penilaian terpaksalah ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada final exam beliau.
Tapi apa yang lebih mendukacitakan selepas sahaja beliau selesai final exam, blog saudari penganjur telah digodam dan beliau tidak dapat login lagi ke blog beliau sendiri disebabkan password yang dimasukkan tidak boleh digunakan lagi. Jadi ini adalah masalah-masalah yang telah dihadapi oleh saudari penganjur untuk membuat keputusan mengenai pertandingan yang dianjurkan beliau ini.
Oleh itu, pada beberapa hari yang lepas barulah saudari penganjur dapat memberitahu berita kemenangan ini melalui facebook kepada saya (sorry saya tak boleh nak print screen kat office FB kena block). Apa-apa pun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Siti Fatimah kerana telah memilik saya sebagai pemenang contest ini, walaupun gambar saya tak adalah cantik mana pun.
Syukur Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikan, semoga rezeki ini membawa berkat kepada diri ku dan juga kepada kepada penganjur contest ini, Cik Siti Fatimah. Ok dibawah ini dipersembahkan gambar hitam|putih paling cool dalam contest tersebut.
| Location: Pantai UMSKAL |
p/s: Mesti ramai yang dah lupa mengenai contest ini kan?
p/s/s: Untuk link ke entri contest tersebut sila klik SINI








