K A W A N

Saturday, October 30, 2010

Happy Birthday to Me...

Salam...

"Happy Birthday to Me.."
"Happy Birthday to Me.."
"Happy Birthday to Me.."
"Happy Birthday to Me.." 

So pada 30 October 2010 bersamaan hari Sabtu, maka genaplah saya berumur 24 tahun.. Huu.. pejam celik pejam celik umur da 24 tahun dah.. Tahun depan 2011 dah 25 tahun pula.. Memang tak perasaan sama sekali penambahan umur itu berlaku dengan begitu pantas sekali.. Hehehe...  Bersykur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi diberi kesempatan serta kekuatan untuk terus sujud dan bersyukur mengagumi kebesaran-Mu.. Saya juga bersyukur kerana diberikan kesihatan yang begitu baik sehingga ke hari ini dan semoga di hari mendatang juga terus diberikan kesihatan yang baik.. Insha Allah.. 

Buat Ayahanda dan Bonda yang berada jauh diseberang sana (walaupun kita dipisahkan oleh Laut China Selatan) terima kasih bebnyk kerana bersusah payah membesarkan saya sehingga saya menjadi sebesar ini sekarang.. Hehehe... Saya tahu ungkapan "terima kasih" saya ini tidak cukup untuk membalas segala kesusahan, keperitan dan penah lelah ayah dan ibu membesarkan saya.. EB syg mama, EB syg Baba.. Sayang sangat²... Semoga Mama dan Bapa, dimurahkan rezeki.. diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Semoga apa juga yang Mama dan Bapa usahakan, beroleh kejayaan.. Semoga diberikan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan dan rintangan yang Maha Mengetahui.. Terima kasih kerana menjadi Mama dan Bapa EB.. EB bangga menjadi anak kepada kamu yang bernama Mama dan Bapa pada EB... Terima kasih atas segala-galanya dan ampunkanlah segala dosa anak mu ini.. 

Buat Abg sulung ku yg bernama Mohd Aminor, saya mendoakan agar segala apa yang dilalui dipermudahkan Allah.. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan... dan sabarlah menghadapi dugaan Allah ini.. Berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.. Berusahalah.. dan janganlah kamu pandang rendah pada dirimu.. Yakinlah kamu mmg boleh jadi yang terbaik dan sememangnya kamu adalah yang terbaik... Walauapapun berlaku kamu tetap abang yg saya hormati dan sayangi sampai bila²..

Buat Kakak Ipar ku, Butiwana Jalipen.. Selamat datang ke keluarga kami.. Kehadiran akak menjadi sebahagian daripada keluarga ini amat dialu-alukan dan amat disenangi..Terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd keluarga ini.. Buat masa ini, saya tahu akak sedang mengandung anak yang kedua, semoga kandungan serta akak sihat selalu.. Semoga semuanya berjalan lancar selepas keguguran yang lalu.. 
Oh! sebelum terlupa 'Happy Anniversary buat Abg Minor n Kak Buty' semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhirat nanti.. Amin.. (Anniversary dOrg 29/10/2010, sehari sebelum birthday saya.. hehe..)

Buat adik beradik ku.. Mohd Adznor, Mohd Nor Azrul dan Nurul Shafika Fitrianna... 
Buat Adznor @ Anor adik ku yang ke-3, yang kini sedang dalam pendakian ke Gunung Kinabalu, saya doakan kamu sampai ke puncak dengan selamatnya bersama c Yuyun.. Semoga semuanya berjalan lancar... Tak lupa juga saya doakan pengajian kmu di IPGM Kampus Tawau itu kamu berjaya dengan jayanya.. Amin..

Buat Azrul @ Arul adikku yg ke-4, yang kini menuntut di UMS KK.. Belajar rajin².. Jgn nakal².. Saya tahu kamu sudah cukup² tahu membezakan antara baik dan buruk.. Saya juga tahu kamu memang pandai membuat keputusan.. Maka teruskanlah sifat itu ke arah kebaikan.. Rajin² jengkuk Mama dan Bapa di rumah.. Ingat melihat muka Mama n Bapa kita pun sudah beroleh pahala.. Ok! hati-hati main futsal.. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita main futsal sesama ok.. Semoga kamu sukses dalam bidang yang kamu pelajari.. 

Buat Nurul Shafika Fitrianna @ P-ka, adikku yg ke-5 juga yg bungsu dan merupakan satu satunya puteri dalam adik beradik ku... Abg doakan agar permohonan pertukaran kampus pengajian kamu ke Politeknik KK berjaya dipertimbangkan.. Tapi kalau tak dapat jangan plak tak nak study lagi k.. Abg harap adik jgn lawan ckp Mama dan Bapa.. Jgn tinggikan suara pada orang tua kita k.. Tak baik...  Biarpun kekadang tak suka orang tua kita bagi ceramah free.... Tapi ingat dan fikir bebaik napa dOrg marah dan berleter pasal benda tu.. Mesti ada sebab musabab kenapa orang tua kita cakap macam tu... Abg harap adik dapatlah tengok²kan Mama dan Bapa dikala Abg berada jauh dari pandangan Mama dan Bapa.. Rajin-rajin tolong Mama dan Bapa k.. Jangan malas-malas...

By the way, smoga kamu semua sihat selalu, dimurahkan rezeki.. Dipermudahkan apa sahaja yang sedang kamu lakukan dan semoga tercapai apa yang dihajati..  Good Luck my siblings.. Best of luck in everything you all do.. Love you'll so much... Muah!

Buat sepupu².. saudara².. kawan².. sahabat²... Terima kasih atas segala wishes kOrg.. kOrg semua mmg best.. mmg sporting.. mmg baik.. Tak lupa juga kawan-kawan yang wish kat FB, terima kasih bebanyak.. Ada lebih kurang 300 wishes yg saya kena reply.. Mmg jenuh nak mereply 1 1.. Tp xpa.. Saya tabahkan untuk reply semua..  Insha Allah.. Tapi kalau ada yg t'miss maafkan saya k.. hehehe.. Thanks all of u.. Thanks so much.. Love.. love and love you all..

Oh tak lupa kepada twin saya Khairi Azahari Asirin, Happy Birthday Twin.. Dan kepada semua yang juga menyambut birthday sama seperti saya.. "Happy Birthday to Us!!!!"
Hehehe.. Love you all.. Happy Happy... ^^, 

Friday, October 29, 2010

Happy Anniversary

Assalamualaikum..

Hari ini 29 Oktober 2010, merupakan Ulangtahun Perkahwinan abang sulung saya yang bernama Mohd Aminor bin Junaidi dengan isterinya Butiwana binti Jalipen... Happy Anniversary buat kali ke-4 buat kamu berdua.. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhirat nanti...

Abang sulung saya telah melangsungkan perkahwinan pada 29 Oktober 2006, sehari sebelum hari lahir saya.. hehehe ya betul sebelum hari lahir saya iaitu pada 30 Oktober.. Perkahwinan mereka ini telah selamat dilangsungkan di kediaman Kakak Ipar saya di Kg. Lohan, Ranau... Semua majlis dibuat di rumah pihak perempuan, termasuklah upacara berinai, bebadak, marhaban, sanding, potong kek dan lain-lain yang berkaitan dilakukan di rumah Kakak Ipar saya ini.. Majlis yang simple tapi penuh bermakna...

Sebenarnya perkahwinan abang saya ini amat memeranjatkan saya.. Sebab secara tetiba saja abang saya pula yang kahwin... Selama ini, saya yang dok mengurus sepupu².. cikgu².. serta kawan² saya kahwin.. Tak sangka plak tetiba giliran abang saya pula. yang kahwin.. Umur abang saya memang masih muda ketika itu.. Kalau tak silap saya abang saya berumur 21tahun sama dengan Akak Ipar saya.. Tapi kamu semua jangan fikir bukan-bukan pula, abang saya bukan kahwin koboi tau..Tidak kes-kes terlanjur² ni... Nauzubillah....

Abang saya dengan Akak Ipar saya ni sudah lama bercinta jarak jauh atau dalam istilah manisnya PJJ iaitu "Percintaan Jarak Jauh".. Di mana pada ketika itu Akak Ipar saya ini bertugas/berkerja di Semenanjung atau lebih tepat lagi di W.P.Putrajaya manakala Abang saya berkerja di Sabah... So mereka ini sudah bercinta bertahun-tahun sejak dari zaman sekolah lagi, dan mereka memang sudah lama di alam PJJ ni.. Kesian dOrgkan.. Dan kemuncaknya apabila kedua-dua orang tua telah berjumpa dan berbincang mengenai perkara ini... Dan juga disebabkan Akak Buty sudah berkali-kali memohon untuk pindah semula ke negeri asal tidak dilayan oleh pihak atasan maka kedua-dua pihak bersetuju untuk dilangsunglkan perkahwinan di antara Abang saya dan Akak Buty pada 29 Oktober 2010.. Great!!


Dengan sekali lafaz dan senafas (9saat), Kak. Buty kini sah menjadi isteri kepada Abang saya.. Saya turut berada ditempat kejadian untuk mengambil gambar dari segala sudut ketika berlangsungnya perkahwinan abang saya ini.. Saya lah photographer, saya lah tukang inaikan abang saya.. saya tukang andam abang saya.. serba serbi semuanya adalah saya.. hahaha.. saya bangga dapat urus majlis perkahwinan abang saya ni.. Ramai juga sahabat saya yang datang.. Dari jauh mereka datang menyaksikan persandingan abang saya walaupun mereka tak la berapa kenal abang saya ni.. hehehe....


Tapi saya kecewa jugalah sebab time saya jadi OP masa perkahwinan abang saya tu.. Saya tak ada DSLR lagi.. Berbekalkan Compact Digital Camera, Canon 6.0MegaPixel tu la semua moment perkahwinan abang saya dirakamkan.. Tapi setelah Abang saya telah mendapat seorang puteri hasil dari perkahwinan dengan Kak.Buty, pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu saya bersama-sama adik saya Adznor telah berkomplot bersama untuk re-taken semua gambar perkahwinan abang saya ini.. Hahahah... Adik sya si Adznor ni geram sangat-sangat, kerna dia bukan sahaja tak dapat pergi masa Majlis Perkahwinan abang dia ni dulu malah dia cukup kecewa kerna dia tak ada gambar kahwin abang kandungnya sendiri tapi gambar perkahwinan orang lain/client dia banyak pula.. hehehe..

Ok la sampai disini sahaja buat kali ini.. So dalam entri yang lain saya akan post plak gambar yang telah kami ambik semula ok untuk perkahwinan abang saya k... Gambar ini abang saya berhajat untuk diframekan di dinding rumahnya yang kosong itu.. hehehe...

Ok.. Happy Anniversary to both of you..
Loving each other, forever and ever..
p/s: Aku bila nak kawen ni???

Tuesday, October 26, 2010

OH 25!!

Assalammualaikum Wbt...


Waa.. rasanya memang dah lama giler saya tak post apa-apa pun kat blog saya ni kan..
Hmm sibuk dan bermacam-macam benda yang hendak diselesaikan dan difikirkan...


Ok kelmarin bersamaan 25hb Oktober 2010 juga hari Isnin...
Napa dgn 25?? Hehehe 25hb ni la hari yg paling mengumbirakan penjawat awam seperti saya..
Setiap 25hb kebiasaannya penjawat awam akan mendapat gaji setelah bertungkus lumus berkerja selama sebulan.. Pada 25hb ni la mereka akan mendapat ganjaran masing-masing mengikut gred dan pangkat masing-masing.. Ada yg b'gaji besar ada yg b'gaji kecik... Besar ka Kecik ka yg penting rezeki itu H.A.L.AL.. Tak begitu??


Dan buat pertama kalinya pihak Kerajaan telah menukarkan sistem penyata gaji yang telah digunakan selama bertahun-tahun lamanya.. Pihak Kerajaan telah mengunakan sistem baru dimana perkhidmatan slip gaji tidak lagi disediakn sepertimana sebelum ini pihak ANM (Akauntan Negara Malaysia) akan mencetak slip gaji kita kemudian diedarkan mengikut penerima.. Bermacam-macam feed back yg didengar.. Ada yang suka ada yang tidak (lumrah manusia.. mesti ada yang suka, mesti ada yang tak suka... Biasalah tu baru balance kan..)


Boss saya berkata..
"Hmm.. X best langsunglah cara mcm ni.. Tak praktikal, kita sudah berhempas pulas kerja sekali kita kena print sendiri pulak slip gaji kita.. Kerja-kerja remeh macam ni pun dOrg malas nak buat ke?? Mcm tak seronok plak rasanya.. Tak ada feel bila kena print slip gaji sendiri.. !!" 
Tu la kata-kata yg keluar dari mulut Boss saya yg sudah berkhidmat lebih dari sedekad dan lagi 2 tahun dia akan pencen... Yala mereka sudah dibiasakan dengan cara diberikan slip gaji setiap kali hujung bulan or selepas dapat gaji, sejak mereka mula berkerja lagi..


PA Boss saya plak menambah dan menceritakan semula pengalamannya pada waktu dahulu bagaimana gaji ini diberikan kepada pekerjanya.. Sngt menarik tau... Nak tahu?? Hehehe...
Akak tu bercerita..
"Kalau dulu-dulu kan.. Kalau time gaji ni best sngt tau.. Tau knapa?? (Akak ni bercerita dengan penuh semangat siap dengan mimik muka lg...) Sebab dulu kalau time gaji kita akan dapat gaji kita ni secara tunai tau.. Kita kena berbaris, kena tunggu giliran kita untuk ambik duit gaji kita kat Bank Negara... Duit gaji kita tu dOrg simpan dlm sampul surat pastu berikan pada kita ikut skim gaji kita.. Masa tu gaji akak RM300 je.. hehehe.... Best sangat masing-masing beratur panjang ambik gaji masing-masing.." 
Akak ni seronok bercerita... Rupanya macam tu caranya pemberian gaji pada waktu dulu... Saya dapat bayangkan kalau cara ini masih digunakan diwaktu kini confirm ramai yang bergaduh.. Pasti banyak aduan.. Pasti banyak maki hamun yang datang... (Napa org dulu-dulu lebih btimbang rasa daripada orang kita sekarang ni..)


So bagi saya ada baik buruknya.. Tapi saya fahami Kerajaan pasti berniat baik dan pasti ada hikmah setiap semua ini.. Mungkin juga pihak Kerajaan ingin semua pihak menyahut etika ini "Paperless Government" sepertimana yang diuar-uarkan dan dikehendaki Kerajaan..
Apa-apa pun bagi saya semua ini pasti membawa kepada kebaikan kerana bagi diri saya sendiri saya memang lebih menyukai sekiranya semuanya boleh diakses melalui internet.. Lebih cepat dan memudahkan (tapi semalam saya cuba untuk bukan website ANM masih tak dapat buka lagi.. Slow giler... Ramai sangat orang nak check gaji kot...") 


Ok la sampai disini saja coretan saya kali ini...
So lain kali k...


p/s: Aku belum print slip gaji aku lagi.. hehehe.. slow beb..  
       Nak print slip/penyata gaji kat sini www.anm.gov.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...