K A W A N

Monday, January 31, 2011

Maher Zain | Insha Allah (Malay Version)



Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada.. ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

Kembalilah..
Kepada yang Esa
Yakin pada-Nya, panjatkanlah doa..
Oh... Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar.. Jalan yang benar..
Jalan yang benar..

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..
InsyaAllah.. InsyaAllah..
InsyaAllah.. Ada Jalannya..

Cuti di Puncak Tertinggi

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Hai semua. Hari ini saya bangun seawal jam 6.05 pagi. Awal bukan. Ya awal kerana saya bekerja hari ini. Ya bekerja. Bekerja dengan hati yang ikhlas demi mencari rezeki Allah yang halal dibumi-Nya ini. Tanpa rasa cemburu (tipu) pada rakan-rakan yang sedang lena di ulit intan pagi-pagi ini kerana bercuti. Hujan renyai mulai turun seakan tahu akan perasaan ini. Melihat housemate berbungkus dengan selimut merah jambunya begitu enak sekali rasanya. Huuu.. Tabah!

Cukup mengenai selimut merah jambu. Hari ini saya ingin bercerita mengenai akitviti yang akan saya buat sekiranya musim cuti seperti ini datang menjelma. Seperti saya setiap orang pasti mempunyai agenda tersendiri untuk menghabiskan waktu cuti masing-masing. Ada yang pergi melancong, balik ke kampung halaman, berbulan madu, dan ada juga yang hanya duduk beristirehat di rumah bermain game atau melayari interent. 

Apa pun yang dilakukan itu semua menjadi hak masing-masing untuk merencanakan hari cuti masing-masing. Justeru itu saya akan bercerita mengenai aktiviti yang akan saya lakukan sekiranya ada cuti panjang seperti ini. Kalau anda semua nak tahu teruskan membaca dan saya mohon maaf andai cerita saya ini membosankan anda. Selamat membaca.

©2011 | Mount Kinabalu view from Kota Belud
Gambar di atas memperlihatkan bertapa indahnya pemandangan Gunung Kinabalu itu daripada aras bawah dan sememangnya lebih indah sekiranya kita dapat menawan puncak Gunung Kinabalu itu sendiri. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut.

Mendaki Gunung Kinabalu adalah aktiviti tahunan saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat 'Poindakod' saya. Poindakod berasal dari perkataan suku kaum Dusun yang bermaksud 'pendaki' dalam bahasa Melayu. Kumpulan ini ditubuhkan atas dasar minat masing-masing dalam aktiviti mendaki ini. Selain mendaki kami juga banyak melakukan aktiviti kayak, berkhemah, treking dan bermacam-macam aktiviti outdoor dan indoor. 

Pada setiap tahun kami akan berbincang bersama untuk menentukan aktiviti apa yang hendak dilakukan. Berbincang mengenai tarikh, tempat, bajet dan bermacam-macam perkara lagi sebelum memutuskan apa aktiviti yang hendak dijalankan. Sekiranya tidak mendaki kami akan berkhemah di dalam hutan, treking mencari air terjun ataupun melakukan aktiviti kemasyarakatan. Akan tetapi sejak kebelakangan ini aktiviti-aktiviti seperti ini sering terkandas disebabkan banyak faktor antaranya faktor jarak, masa serta kesibukan dan komitmen dalam kerja masing-masing.

©2011 | Mesilau Nature Resort | F.r.i.e.n.d.s
Berbalik kepada cerita Gunung Kinabalu, masa yang sesuai untuk melakukan pendakian mengikut kepada pengalaman saya adalah pada sekitar bulan Mac sehingga bulan September kerana cuaca pada ketika itu sungguh elok sekali. Untuk pengetahuan semua terdapat dua laluan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Laluan yang pertama ialah laluan yang biasa digunakan iaitu melalui Timpohon Gate Trail dengan jarak pendakian sebanyak 8.72KM manakala laluan kedua daripada Mesilau Trail di mana anda perlu melalui jarak tambahan sebanyak 1.5KM daripada jarak laluan pertama.

Kedua-dua laluan ini mempunyai kelebihan dan kecantikan pemandangan tersendiri. Akan tetapi sekiranya anda melalui laluan yang kedua iaitu laluan daripada Mesilau Trail, anda akan dapat melihat pemandangan Puncak Gunung Kinabalu daripada pandangan belakang. Anda akan dapat lihat bertapa tingginya curam di puncak gunung tersebut. Memang akan membuatkan anda sangat-sangat teruja dan bersyukur dapat melihat keindahan ciptaan Allah ini.

©2011 | 3.45AM | I've meeting at the Low's Peak

Setiap kali mendaki Gunung Kinabalu saya pasti akan memilih salah satu tema pakaian untuk saya pakai semasa berada di puncak nanti. Kenapa ada tema pakaian? Ok idea ini timbul pada kali ketiga saya menawan puncak Gunung Kinabalu ini. Pada ketika itu saya melihat bermacam-macam ragam manusia meriahkan kegembiraan serta kepuasan mereka menawan puncak yang tertinggi di Asia Tenggara ini. Ada yang azan, ada yang berdoa, ada yang cuma diam, ada yang nangis, ada yang bercium, ada yang ketawa riang, ada yang berpelukan, ada yang membuka baju dan bermacam-macam ragam lagi.

©2011 | The Low's Peak Kiss

Ketika itulah idea saya timbul untuk mengenakan pakaian yang kontra ketika berada di puncak gunung. Pakaian kontra ini bermaksud pakaian yang tidak sesuai digunakan semasa berada di puncak gunung. Contohnya anda boleh lihat pada gambar. Tema pakaian yang saya fikirkan ini disambut baik oleh rakan-rakan pendaki dan kami bersetuju untuk memakai baju formal semasa mendaki ketika itu.

Tema pakaian ini bukan untuk saya menunjuk-nunjuk fesyen baju yang saya ada. Tapi tema ini secara tidak langsung akan menjadi sumber kekuatan mental pada setiap pendaki. Sekiranya kita mempunyai tujuan serta matlamat dalam melakukan apa jua benda pasti benda yang dirancang itu akan menjadi lebih senang bukan. Begitulah juga dengan tema pakaian ini, secara tidak langsung membuatkan kita lebih bersemangat, bersedia serta fokus terhadap matlamat anda dan sekaligus melancarkan pendakian anda ke puncak gunung nanti. Betul tak?

Untuk pengetahuan semua selain berbaju kemeja seperti dalam gambar. Saya juga pernah mengenakan baju Melayu ketika berada di puncak gunung. Ketika itu saya menjadi guide jemputan untuk Cabaran Kinabalu 2007, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Saya menjaga seramai 100 lebih pendaki dan ketika berada di puncak gunung cuma saya seorang sahaja yang berbaju Melayu berwarna Coklat. Semua orang merasa pelik terutama sekali pendaki daripada luar negara. Tapi sayang gambar tersebut tertinggal di rumah saya di Sabah dan tiada dalam simpanan cakera keras saya. Insha Allah bila saya balik ke Sabah saya akan paparkan gambar tu buat tatapan semua.

©2011 | Theme ~ Meeting
Untuk rekod peribadi saya telah menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali iaitu sebanyak tujuh kali di laluan pertama dan dua kali di laluan kedua. Walaupun sudah menawan puncak gunung ini lebih daripada cukup akan tetapi saya tidak pernah merasa bosan untuk mendaki dan mendaki lagi Gunung Kinabalu ini. Keindahan Gunung Kinabalu inilah yang membuatkan saya tidak pernah bosan untuk sentiasa mengucapkan syukur melihat keindahan ciptaan Allah ini. Bayangkan sahaja ketika anda berada di puncak gunung ini awan berada dibawah anda. Awan yang berkepul-kepul dengan warna putih gebu ini sungguh membuatkan diri ini angau.

©2011 | Low's Peak | We are up to the sky
Cantik bukan? Tak percaya cantik? Anda kena cuba sendiri. Barulah anda tahu perasaan yang saya tak dapat gantikan dengan kata-kata semasa saya berada dia diatas puncak Gunung Kinabalu ini. Saya perlu menawan sekali lagi puncak Gunung Kinabalu ini untuk melengkapkan rekod peribadi saya sebanyak 10 kali pendakian. Inilah percutian dipuncak tertinggi saya. Percutian yang amat saya rindui.

p/s: Sorrylah entri kali ni memang panjang. hehehe.. Aku merindu percutian seperti ini..

Bayi Campak Dalam Longkang

astaghfirullahalazim

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Sumber: KOSMO


p/s:
innalillahiwainnailaihirojiun..
Apalah dosa si Anak kecil ini..
Masya-Allah...

Sunday, January 30, 2011

Sumpah jadi BATU!

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

©2011 | Andai semuanya sudah pupus..
Bermula dari awal subuh tadi sehinggalah ke saat ini hujan yang turun masih tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Hujan yang turun ini sungguh mendinginkan suasana, begitu aman sekali dirasai. Hujan ini juga sangat sinonim sekiranya digandingkan dengan perbuatan 'tidur'. Pasti ramai yang sedang menikmati hujan yang turun ini dengan tidur yang dibaluti selimut dan dialaskan dengan tilam yang empuk.

Tapi tidak bagi saya. Sejak kebelakangan ini saya sering tidur lewat dan menikmati hujan ini dengan mata yang sentiasa celik menghadap si Apple ini. Mana tidaknya cuma si Apple ini sahajalah yang menjadi peneman setia saya. Yang sentiasa ada untuk  menemani dikala tuannya sedih, gumbira atau apa jua keadaan. Dialah segala-galanya, my MacBook.

Melihat pada gambar yang saya selitkan sekali dalam entri saya ini. Gambar tersebut saya rakamkan di Kundasang War Memorial Park, Ranau, Sabah. Gambar itu adalah gambar mengenai 3 ekor haiwan yang telah disumpah menjadi batu di dalam sebuah kolam iaitu seekor katak, seekor burung bangau dan seekor kura-kura. Sumpahan yang menyebabkan mereka duduk kaku di dalam kolam tersebut. Walaupun kaku namum  haiwan-haiwan ini masih kelihatan comel dan indah sekali. Hasil tangan pembuat patung haiwan yang begitu teliti dan mahir dalam bidang pembuatan patung haiwan.

Apa yang menjadi persoalan bagi saya ialah bukan comelnya atau kreatifnya hasil tangan pembuat patung haiwan ini. Tapi apa yang menjadi persoalan saya ialah, adakah sempat bagi generasi akan datang mengenali haiwan-haiwan ini? Atau mereka hanya mengenali haiwan-haiwan ini melalui patung-patung yang telah diukir indah dan comel oleh kita pada masa kini seperti mana patung-patung haiwan yang berada di dalam kolam tersebut? Masih adakah kesempatan bagi generasi akan datang untuk mengenali haiwan-haiwan ini seperti mana kita mengenali haiwan-haiwan ini pada masa kini? 

Sama-samalah kita berusaha mengekalkan keindahan dan keseimbangan flora dan fauna ini. Semoga generasi yang akan datang mempunyai peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah swt ini. Semua ini adalah demi kebaikan kita bersama.  


p/s:
Abang saya SMS, dia cakap ada 2 orang sudah terkorban di Sandakan akibat hujan yang tidak berhenti-henti ini. Terkorban akibat tanah runtuh dan dihempap pokok. Kesiannya. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan keluarga mereka tabah menerima ujian Allah ini. 

S|B|C

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

S|B|C - Selamat Bercuti Cinta Cikgu. Ya ucapan selamat ini ditujukan khas buat Cikgu Luvina yang telah selamat sampai di Kota Kinabalu tengahari tadi. Maafkan saya tak sempat nak mengucapkan selamat kembali ke tanah air sebelum Cikgu berlepas dari Bintulu, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi. Saya sedang sibuk bersiap untuk ke Futsal Penjawat Awam KBS pada ketika itu. Maaf ye Cikgu.

©2011 | Happy holiday to My Beloved Chicher | Miss you..
Nampaknya bermula sudah hari bercanda riah buat Cikgu ku ini dan buat semua yang telah memohon cuti bekerja selama seminggu bermula dari 29 Januari 2011 sehingga 6 Januari 2011. Ada juga sahabat handai yang sudah mula bercuti seawal 26 Januari 2011, cuti yang memakan masa hampir 2 minggu. Cuti yang cukup-cukup lama untuk dimuatkan dengan bermacam-macam aktiviti yang menarik. Selamat bercuti semua.

Tapi agak menyedihkan kerana saya tidak dapat balik ke kampung halaman untuk bercuti bertemu dengan orang tersayang. Lantaran harga tiket yang cukup murah dan bajet yang tidak mencukupi untuk saya pulang, cukup menyedarkan saya untuk tidak berangan-angan  untuk pulang ke kampung halaman. Lantas menelefon ibu tercinta memaklumkan mengenai perkara. Syukur Alhamdulillah Ibu memahami. Maafkan saya ibu, anak mu ada tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Insha Allah ada kelapangan, murah rezeki, anak mu pasti akan kembali.

©2011 | Menara Tun Mustapha | I Miss Sabah
Sangat-sangat merindu Sabah di saat ini. Rindukan sahabat handai yang berada di sana. Rindukan makanan yang ada di sana. Rindu pada cuaca di sana. Rindu akan kedinginan udara di Ranau. Rindu keluarga rindukan semuanya.. Huu.. Sedih.. Tabah EB! Tabah.. heee.. ^^v

©2011 | Mesilau Nature Resort | Cool isn't it?
Tidakkah kamu teruja dan merindui kedinginan seperti ini? Tidakkah merajuk diri ini minta ditempatkan ditempat yang dingin seperti ini? Huu.. Hanya sabar yang mampu diungkapkan sekarang ini. Ada sesiapa nak sponsor tiket untuk saya balik ke Sabah? Anyone? Hehehe...

©2011 | Kundasang War Memorial Park | Don't worry I'm okay..
Apa-apa pun sekali lagi Selamat Bercuti buat semua yang sedang menikmati cuti. Buat yang tidak bercuti di kampung halaman seperti saya. Jangan sedih-sedih, jangan boring-boring. Dunia maya ini sentiasa menemani walau di mana pun anda berada. Rajin-rajinlah blogwalking dan buat entri jadi taklah boring. Rumah atau bilik sentiasa menanti untuk dibersihkan. Kain baju, cadar dan lain-lain lagi meraung dah minta dibersihkan. Nampaknya banyak juga aktiviti diwaktu cuti ni ek.. Hehehe... Saya tak sedih! Saya Okay! (Tipu)


Selamat Hari Wilayah & Happy Chinese New Year!!
SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!

Friday, January 28, 2011

Khutbah Jumaat | Minggu Keempat | 28 Januari 2011

“MENANTI DI ALAM KUBUR”
(28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8: 

Maksudnya: "Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." 

Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, anak-anak, saudara mara, pangkat, harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat. 

Menurut kamus Lisanul Arab oleh Ibni Manzur, makna alam kubur ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur. Alam kubur juga merupakan tempat permulaan seorang manusia itu dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia ini. firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 62: 

Maksudnya: "Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum dan Dialah secepat-cepat Penghitung."

Ketika berada di alam kubur seseorang itu dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)." 

Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat. Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, “setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan."

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar sentiasa memohon pelindungan daripada Allah SWT dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut: 

Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.” (Riwayat Muslim) 

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW: 

Bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi) 

Berdasarkan kepada pemerhatian, ramai umat manusia pada hari ini melupai tentang hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Ramai daripada kita leka dengan kehidupan dunia. Jika ada di kalangan kita yang mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gentar akan kedasyatan azab alam kubur ini. Mengapa ini berlaku, hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya. 

Ingatlah bahawa jalan Allah SWT tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan dan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan melaksanakan beberapa perkara seperti berikut: 
  • Pertama: Gunakanlah masa yang berkualiti ini dengan sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.
  • Kedua: Bersikap tawaduk dan sentiasa merendah diri di hadapan Allah SWT.
  • Ketiga: Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. 
  • Keempat: Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
  • Kelima: Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian” (Riwayat Muslim) 
Marilah sama-sama kita menghitung diri kita, bagaimana nasib kita di alam kubur nanti, adakah kita sebahagian dari umat yang akan dirahmati atau akan di azab oleh Allah SWT. Renungilah kehidupan kita selama ini, adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini, bagaimana dengan amalan kita? adakah sudah mencukupi untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak. Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8: 

Maksudnya: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

HIDUP Dinikmati | MATI Pasti!

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

©2011 | Seperti terbitnya mentari tapi terbenam pasti..

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:


Maksudnya: "Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."


Tajuk Khutbah Jumaat hari ini:

“MENANTI DI ALAM KUBUR” 
(28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)


p/s: Waa tajuk khutbah hari ini sangat-sangat menarik. Jom ramai-ramai kita ke Masjid..

Thursday, January 27, 2011

"KAMI pose Comel" | Contest

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"


Ingin rasa memakan kari, 
Kari Mamak batang keladi; 
Gumbira rasa tidak terperi, 
Masa blokwalking terjumpa blog Cik Amni. 

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan blokwalking sebarang blokwalking,
Blokwalking membawa keceriaan di hati.

Blog Amni comel sekali,
"Coretan Amni" nama diberi,
Bukan mengampu bukan mengeji,
Cuma nak join Contest "Kami Pose Comel" Cik Amni.

Contest Cik Amni memikat hati,
Hadiah diberi lumayan sekali,
Kalau anda nak tahu lagi,
Ringankan jari klik banner ini.


Sebelum hadiah dimiliki,
Syarat-syarat mesti dipatuhi,
Gambar COMEL perlu diberi,
Comel tak comel Cik Amni nilailah sendiri.

©2011 | "Kami pose Comel!" | Comel tak kami?

Besar tak besar perut ini,
Besar lagi hadiah diberi,
Hajat hati nak menang Ferrari,
Tapi menang iPhone pun EB puas hati.

Gambar paling comel sudah diberi,
Menang kalah ketentuan Ilahi,
Gambar memang lucu sekali,
Tapi jangan gelakkan kami.

Cik Amni mengingatkan lagi,
Ayat simple perlu diberi,
Tanda pelengkap contest ini,
Kenapa join contest ini?

iPhone memang memikat hati,
Ditambah dengan topup sekali,
Kenapa perlu ditanya lagi,
Join sebab contest ni best sekali.

Kalau pergi Tanjung Keramat, 
Anak manis jangan diurat; 
Bersama kita memohon rahmat, 
Agar EB mendapat berkat.

Sebelum bateri habis casnya,
Sebelum kata menutup bicara,
4 pendekar harus dicari,
Untuk meneruskan perjuangan ini.

4 pendekar telah dikenal pasti,
Astina dan Zaty telah dipilih,
Dikuatkan lagi dengan Zanna dan Ira,
Apa tunggu lagi.. iPhone menanti.

Dari Kedah ke pekan sari, 
Beli suasa di Kota Tinggi; 
Selesai sudah tugas diberi, 
Di lain masa bersua lagi.

Bunga dedap di atas para, 
Anak dusun pasang pelita; 
Kalau tersilap tutur bicara, 
Jemari disusun maaf dipinta.


p/s: 
Ikutkan hati tak habis lagi pantun Eb ni.. Tapi takut melebih-lebih ada yang tak suka nanti.. Bagi yang membaca kalau ada kesilapan bahasa, nada dan intonasi EB minta maaf bebanyak ok. Buat yang tidak EB tag jangan kecil hati tau. Lain kali EB tag okay. Wish me luck guys..

Wednesday, January 26, 2011

Bayi Kronik

Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.


Sumber: Harian Metro

©2011 | Adakah kamu akan sentiasa memimpin tangan si kecil ini?
p/s: Nampaknya musim mengawan sudah menjadi budaya pada setiap bulan Ogos (Tanah Tumpahnya Dara ku) dan Disember (Happy New Year Dear/Buang Sial). Budaya apakah itu? Ikutlah sangat budaya b@®*+ tu. Yalah mereka-merekakan yang follow ni kan UTD (UpToDate) and super sporting. WTH!! WTF!! Maaflah kalau terasa tapi 623 bukanlah jumlah yang sedikit. Nasib baik tak 666!

Salah siapakah semua ini? Ingat ayat ini dan fikirkan maksud tersirat ayat ini "majoriti bayi dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam..."

Semoga kita dijauhkan dari segala kemungkaran sebegini. Semoga kita tidak memperbodohkan orang dan tidak juga diperbodohkan oleh orang lain. Semoga kita sentiasa berada dalam lindung barakah-Nya dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-Nya. 

"Sebaik-baik kawan adalah kawan yang berkata BENAR, bukannya kawan yang MEMBENARKAN semua kata-kata"

GGMU!

Blackpool (2) vs (3) Man United

Venue: Bloomfield Road (Away)
Date: 25 January 2011
Time: 3.00am
Attendance: 15,574
Goals:
Blackpool (Cathcart 15, Campbell 43)
Man United (Berbatov 72&88, Hernandez 74)









United moved five points clear of the chasing pack in the Barclays Premier League title race, but this was a far from straightforward three points as the Reds had to come back from a two-goal deficit and a below-par performance for almost 70 minutes of this clash at Bloomfield Road.

Glory Glory Man United!!

Tuesday, January 25, 2011

Atuk ~ Kami Sayang Atuk..

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: 
Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau 
ilmu yang bermanfaat sesudahnya"
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa''i dan Ahmad)


Saya baru sahaja selesai bermain Futsal...
Selesai menukar baju. Saya check handphone, ada pesanan;
"EB.. Si Atuk tiada sudah..."
Sender: Family Aly
Date: 24 Januari 2011
Time: 21:41

Inalillahwainalillahhirojiuon.. 
Al-Fatihah.. 
Amin..

Atuk kesayangan kami dah pergi meninggalkan kami semua. Tersentap jiwa ini bila mendapat SMS ini. Pesanannya ringkas "Atuk sudah tiada.." tapi ayat itu sudah cukup menyentap perasaan. Mata berkaca bila terbayang akan wajah atuk yang sedang tersenyum. Semua kenangan mulai berlegar-legar dibenak fikiran. Gurau senda atuk, hilai ketawa atuk, senyuman atuk dan cerita-cerita atuk. Adakah sudah tiada lagi? Adakah semuanya sudah tinggal kenangan?

Atuk telah kembali ke Rahmatullah pada petang semalam selepas Maghrib, seperti kebiasaannya atuk akan tidur pada waktu petang. Mama dan bapa akan balik daripada kedai dan akan kejutkan atuk untuk makan. Tapi... Malam semalam bapa panggil dan panggil atuk untuk makan. Tapi atuk tak menyahut seperti selalu. Bapa segera melihat atuk di bilik. 

Inalillahwainalillahhirojiuon... Atuk sudah tak bernafas lagi. Badan atuk dah keras. Atuk sudah tiada.. Sudah tiada.. Atuk telah pergi meninggalkan kami semua tanpa sebarang tanda. Atuk tidak sakit. Atuk meninggalkan kami ketika dia sedang lena. Tak sangka dia akan tidur selama-lamanya. 

Walaubagaimanapun, ini sudah menjadi ketentuan Ilahi. Allah lebih sayangkan atuk. Qada dan Qadar Allah ini kami terima dengan redha. Syukur Alhamdulillah atuk telah diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Syukur Alhamdulillah juga atuk tidak meninggal disebabkan oleh penyakit yg kronik dan syukur atuk tidak sempat nyanyuk sebelum meninggalkan kami semua.

Buat atuk hanya doa ini yang dapat cucu bekalkan;

"Wahai Allah, ampunilah Atuk kami ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya di dunia dengan rumah yang lebih baik di akhirat serta gantilah keluarganya di dunia dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka." 

Amin Ya Robbalalamin..

Atuk, maafkan EB kerana tidak selalu dapat bersua muka dengan atuk, tidak selalu berada dekat dengan atuk. Maafkan EB kerna hanya pada hari tertentu saja barulah EB dapat berjumpa atuk. Baru dapat datang bergurau senda dengan atuk. Maafkan EB. Halalkan semua makan minum EB. Maafkan EB andai EB pernah buat hati atuk terluka.

Buat rakan blogger sekalian, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat atuk saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam. Jasa baik anda semua mendoakan atuk saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda semua. Terima kasih semua..

p/s: Atuk.. Kami sayang atuk.. 

Monday, January 24, 2011

Permainan Masa Kecik-Kecik | Segmen Nelly


Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Hai semua, malam semalam EB check 'Kotak Teriak' EB, rupanya ada seorang minah cantik, yang cun melecur melecun telah tag EB dalam satu segmen yang dia gelar sebagai "Permainan Masa Kecik-Kecik" 

Ok segmen ini telah dianjurkan secara besar-besaran oleh seorang awek yang bernama Nelly Furtado. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Nelly kerana sudi tag EB dalam segmen ini. EB sebenarnya nak buat entri khas ucapan terima kasih buat Cik Nelly kerana sudi tag EB dalam segmen dia. Hahaha gurau je. 

Ok berbalik kepada "Segmen Nelly | Permainan Masa Kecik-Kecik" ini. Melalui tajuk segmen ini sahaja kita dah boleh gambarkan apa sebenarnya kemahuan Cik Nelly dalam segmen yang dia anjurkan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemahuan Cik Nelly ini anda semua boleh klik di SINI atau anda semua boleh klik pada banner di bawah.


Ok! Sekarang saya perlu seleasaikan permintaan Cik Nelly dengan menjawap soalan-soalan yang telah dia sediakan dan sengaja nak buat saya berfikir dengan serius mengenai soalan-soalan yang bakal saya jawab nanti. Jom tengok apa soalan-soalannya;

1. Masa kecik-kecik suka main apa?
Main? Maksud Cik Nelly main ini adalah seperti sukan rakyatkan.
Kalau permainan tradisional ini ada banyak permainan yang EB suka. Tapi EB pilih satu untuk segmen ini iaitu konda-kondi.

Serba ringkas mengenai permainan konda kondi ini:
Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. 
Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. 
Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.


2. Cara permainan tersebut?
Terlebih dahulu bahan-bahan untuk permainan ini perlu disediakan. Tak perlu beli apa-apa benda. Cuma perlukan 2 batang kayu. 1 batang kayu mesti panjang dan 1 lagi dibiarkan pendek. Cara nak dapatkan kayu ni senang sahaja, cuma perlu patahkan ranting pokok ataupun cara yang lebih senang patahkan saja kerusi yang ada kat bilik darjah. Semestinya anda akan dapat 1 batang kayu yang panjang dan 1 batang lagi yang pendek. Seterusnya anda perlu mengorek sebuah lubang dipermukaan tanah.


Bahan-bahan permainan konda kondi
Serba ringkas cara permainan konda kondi ini:

Melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama (A) dan pemain kumpulan kedua (B).

Pemain utama meletak kayu pendek melintangi lubang. Lalu menguis kayu pendek menggunakan kayu panjang.



Pemain kumpulan B mesti berusaha sedaya upaya menangkap kayu pendek yang melambung tanpa segan silu di udara.

Jika kayu pendek berjaya disambut, maka kumpulan A dikira mati (bukan mati mengejut tau.. bukan jadi arwah juga..) Giliran permainan bertukar. Kumpulan B akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.

Meneruskan permainan pada tahap kedua. Pemain utama memukul kayu anak.

Mesti melakukan dengan bersungguh-sungguh
Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.

Mata dikira dengan cara membaringkan kayu pendek menghala ke arah lubang. Tips berguna sediakan 1 lagi kayu yang lebih pendek untuk mata yang lebih. (Awas jangan sampai pihak lawan tahu.. Kalau kantoi boleh menyebabkan marah..)


3. Sebab suka main permainan tersebut ?
Murah! Itu pasti. Boleh jimat duit. Senang nak dapat, yalah patahkan saja kerusi sekolah tapi jangan sampai kantoi. Kalau kantoi sendiri mau ingatlah kawan..


4. Memandangkan dah besar ni , rasa-rasa nak ulang balik tak ?
Kalau boleh, nak sangat main. Sudah bertahun lamanya tak main.  Tapi, adakah yang berani nak main lagi? Yang dah macho-macho, hengseng-hengseng ni mana nak main lagi. Nanti takut nampak tak macho. Awek marahlah. Yalah permainan ni bukan world class. Setakat kampung-kampung je, takkan kena pandang punya. Takut malu, mana nak letak air mukakan. Tapi rasanya budak-budak zaman sekarang ni pun dah tak tahu permainan ni. Sekarang budak-budak dah advance. Takkan main benda-benda macam ni lagi. Sekarang ni dah ada Facebook, PS1, PS2, PS3 dan macam-macam lagi permainan zaman moden sekarang ni. 



5. Rindu tak masa itu ?
Sangat-sangat RINDU. Permainan-permainan macam inilah yang membesarkan saya. Permainan konda kondi inilah yang banyak meninggalkan parut pada muka dan badan saya. Hehehe.. Permainan inilah yang buat kami bijak mengira dan timbulnya semangat sepasukan yang kuat. Selain itu, membuatkan kami hebat dalam merancang strategi untuk mencapai kemenangan.



3 orang yang bertuah  kerana telah bertemu dengan Hang Tuah ialah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...