K A W A N

Tuesday, January 18, 2011

Awak Tahu ke Tak?

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Selamat pagi semua, rasa macam dah lama tak update entry kat blog ni. Entri terakhir adalah mengenai ucapan terima kasih kepada Saudari Nabilah Liyana kerana telah menjadi followers saya yang ke-200. Tiada hadiah istimewa yang dapat saya berikan pada Cik Nabilah, hanya melakukan sedikit editing pada gambar beliau. Terima kasih kepada Cik Nabilah. Untuk cerita lanjut sila klik sini ~ My 200 Spartans!!.

Ok entri dengan tajuk "Awak Tahu ke Tak?" ni adalah mengenai perlawanan Futsal persahabatan dengan pihak Imigresen pada malam semalam. Perlawanan persahabatan ni diadakan di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18 yang bernilai sebanyak RM3.4 juta dan telah dirasmikan oleh  Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah. Terdapat 11 gelanggang di sini dan kami bermain di gelanggang utama iaitu Gelanggang Mokhtar Dahari. Gelanggang ni merupakan gelanggang futsal terbesar (world futsal court size) yang ada di  kompleks futsal tersebut. (kalau main 5 orang je, confirm 5 minit lepas tu muntah hijau..) 

Sebenarnya saya mendapat last minute invitation daripada sabahat saya Addam untuk games futsal ni. Sudahlah saya baru sahaja menyiapkan santapan petang saya, Bihun Tom Yam ketika itu. Maka dengan sepantas kilat saya cuba menghabiskan Bihun Tom Yam tu. Tapi sedih, saya hanya berjaya menghabiskan separuh mangkuk hayun je. Mana tidaknya, sambil makan sambil menonton "Astro Boy" tu yang tak khusyuk makan tu.. Hehehehe..

Selesai makan saya segera bersiap. Alamak!!! baru teringat kasut futsal saya tertinggal kat office dek kerana hujan yang lebat petang tadi, jadi saya tinggalkan sahaja kasut bertuah itu di office. Dengan segera saya SMS Addam untuk meminta pertolongannya untuk singgah sebentar mengambil kasut bertuah saya tu. Addam kata Okay! tapi dia kata tunggu kat bawah rumah sebelum jam 7.30pm. Jam 7.30pm! Alamak 7.25 Azan Maghrib baru saja berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kelam kabutlah nampaknya untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimin. Huuu..

Tepat jam 8.15pm perlawanan persahabatan ini bermula. Seperti yang saya nyatakan di awal entri saya tadi, kami bermain di gelanggang futsal yang terbesar sekali di Kompleks Futsal ini. Saya melihat pihak lawan membawa agak ramai player sehingga kalau dibahagi-bahagikan boleh menjadi 2 pasukan futsal dengan kekuatan tenaga batin seramai 16-20 orang. Yang kami pula hanya ada 8 orang  sahaja dan cun-cun untuk 1 pasukan TANPA reserve. Perlawanan ini mengambil masa selama 2 jam tanpa henti tau. Huuu.. 

Walaubagaimanapun, dengan kekuatan, kecekapan, ketangkasan serta keserasian antara kami semua di bantu dengan kecekapan penjaga gol. Kami berjaya mendominasi keseluruhan permainan walaupun  bermain dengan hanya 8 orang selama 2 jam tanpa reserve. Pihak lawan bermain agak keras dan kasar sehingga mengakibatkan ankle saya sakit diterjah dan saya terpaksa bermain dengan lebih berhati-hati. Akan tetapi kami gembira kerana banyak sekali goal yang dijaringkan. Syabas semua! 

Tapi apa yang memalukan bagi saya ialah pihak lawan seperti tidak tahu akan undang-undang bermain futsal. Saya agak terkejut apabila backpass yang dilakukan oleh pemain sendiri boleh ditangkap begitu sahaja oleh Goal Keeper tanpa sebarang tekanan dari pihak kami. Menambah keparahan dan kemarahan lagi apabila bola yang ditangkap selepas backpass itu, dibuatnya tendangan lambung tanpa perlu meletakkan bola tersebut di atas gelanggang terlebih dahulu.. Hampeh!! Budak-budak pun tahu rules okay!! 

AWAK TAHU KE TAK???

4 comments:

Qib said...

orang tak tahu, undang3
awak la bagitauuu. hehehe


:)

PS|Seriously, I want to…|

EB said...

Da bgtau da..
Blh plak dia mlawan dia kata boleh...
Hmm isap gam tul!

Nniesa Moy said...

Tue namanya bodoh sombong! (^_^)

EB said...

Nniesa:
Huu tau xpa.. Isap gam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...