Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"
©2011 | My Holiday | Star Cruise Dorm |
Venue: Super Star Virgo | Star Cruise
Date: 9 March 2010
Photog: EB™
Seperti tajuk dan gambar pada entri ini, "Dalam gelap pasti ada sinar mendatang.." Sememangnya setiap manusia akan melalui bermacam-macam rintangan dan dugaan di sepanjang hidupnya di bumi Allah ini. Rintangan dan dugaan yang tidak pernah kita minta-minta. Tapi tanpa rintangan dan dugaan ini tidak adalah seri hidup kita di dunia ini. Rintangan dan dugaan inilah yang mendewasakan dan menguatkan kita.
Rintangan dan dugaan yang saya gelar si Gelap. Si Gelap ini memang menyakitkan bila dia datang bukan di waktu yang kita minta dan sememangnya kalau boleh kita memang tak nak dia datang walau sebentar cuma. Si 'Gelap' namanya sahaja sudah cukup mengambarkan ketidakseronokkan untuk mengetahui serta mengenali dia. Tapi si Gelap inilah ujian yang Allah swt telah sediakan untuk menguji kita semua. Sama ada kita semua layak untuk menerima barakah-Nya ataupun tidak. Mendapatkah barakah-Nya pun tidak layak apatah lagi ke Syurga-Nya..
Tapi jangan risau Allah itu Maha Adil, kalau Allah menyediakan si Gelap mustahil untuk DIA tidak mengaturkan kehadiran si Sinar. Si Sinar, namanya sahaja sudah pasti membawa pesanan yang dia akan membawa sinaran yang menerangi kegelapan. Ingatlah bahawa ada pada permulaanya Allah memberikan si Gelap untuk mengetahui sejauhmana kita bersabar dan tabah menghadapi dugaan-Nya. Setelah DIA mengetahui bahawa kesabaran dan ketabahan kita, pasti tanpa sebarang bantahan DIA akan menganugerahkan si Sinar buat kita.
Tapi, ada juga kadangkalanya kita beroleh si Sinar terlebih dahulu. Akan tetapi akhirnya kita kehilangan si Sinar dan beroleh si Gelap pula.. Kenapa macam tu? Sebab kita tidak pernah menghargai setiap sinar yang diberikan Allah. Kita tidak pernah bersyukur akan sinar yang Allah berikan di waktu kita senang. Kita lupa, angkuh, sombong, takbur, bongkak dan bermacam-macam lagi. Akhirnya Allah swt menarik balik keistimewaan tersebut dan pada waktu itu barulah kita mula rasa menyesal dan terkial-kial untuk keluar dari kegelapan dan mencari si Sinar.
Oleh itu, hargai dan bersyukurlah dengan setiap sinar yang Allah swt berikan. Dan percayalah kita tidak akan sentiasa berada dalam kegelapan melainkan kita tidak punya usaha untuk keluar dari kegelapan itu. Setiap orang berhak mendapatkan sinar mereka dengan usaha dan amalan yang jitu. Renung-renungkan dan selamat beramal.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.”
(Ar-Ra’ad: 11)
(Ar-Ra’ad: 11)
2 comments:
yup like this entry :)
Thanks Iqin..
Sorry lmbt reply..
Eb g men futsal td.. huhuhu..
Thanks so much..
Post a Comment