بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"
©2011 | Andai semuanya sudah pupus.. |
Bermula dari awal subuh tadi sehinggalah ke saat ini hujan yang turun masih tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Hujan yang turun ini sungguh mendinginkan suasana, begitu aman sekali dirasai. Hujan ini juga sangat sinonim sekiranya digandingkan dengan perbuatan 'tidur'. Pasti ramai yang sedang menikmati hujan yang turun ini dengan tidur yang dibaluti selimut dan dialaskan dengan tilam yang empuk.
Tapi tidak bagi saya. Sejak kebelakangan ini saya sering tidur lewat dan menikmati hujan ini dengan mata yang sentiasa celik menghadap si Apple ini. Mana tidaknya cuma si Apple ini sahajalah yang menjadi peneman setia saya. Yang sentiasa ada untuk menemani dikala tuannya sedih, gumbira atau apa jua keadaan. Dialah segala-galanya, my MacBook.
Melihat pada gambar yang saya selitkan sekali dalam entri saya ini. Gambar tersebut saya rakamkan di Kundasang War Memorial Park, Ranau, Sabah. Gambar itu adalah gambar mengenai 3 ekor haiwan yang telah disumpah menjadi batu di dalam sebuah kolam iaitu seekor katak, seekor burung bangau dan seekor kura-kura. Sumpahan yang menyebabkan mereka duduk kaku di dalam kolam tersebut. Walaupun kaku namum haiwan-haiwan ini masih kelihatan comel dan indah sekali. Hasil tangan pembuat patung haiwan yang begitu teliti dan mahir dalam bidang pembuatan patung haiwan.
Apa yang menjadi persoalan bagi saya ialah bukan comelnya atau kreatifnya hasil tangan pembuat patung haiwan ini. Tapi apa yang menjadi persoalan saya ialah, adakah sempat bagi generasi akan datang mengenali haiwan-haiwan ini? Atau mereka hanya mengenali haiwan-haiwan ini melalui patung-patung yang telah diukir indah dan comel oleh kita pada masa kini seperti mana patung-patung haiwan yang berada di dalam kolam tersebut? Masih adakah kesempatan bagi generasi akan datang untuk mengenali haiwan-haiwan ini seperti mana kita mengenali haiwan-haiwan ini pada masa kini?
Sama-samalah kita berusaha mengekalkan keindahan dan keseimbangan flora dan fauna ini. Semoga generasi yang akan datang mempunyai peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah swt ini. Semua ini adalah demi kebaikan kita bersama.
p/s:
Abang saya SMS, dia cakap ada 2 orang sudah terkorban di Sandakan akibat hujan yang tidak berhenti-henti ini. Terkorban akibat tanah runtuh dan dihempap pokok. Kesiannya. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan keluarga mereka tabah menerima ujian Allah ini.
11 comments:
risau anak2 kelahiran zaman skg x tau apa tu nasi lemak atau kuih muih..sebab brekpes pun McD & so on like that huhu
pelihara flora dan fauna kita...
besar betul katak tu,leh mkan org tu O.o
@Kizzy
Mm tu la nye.. Sya stuju dgn kmu.. Xya ckp anak2 skrg ni.. yg muda remaja pn da ramai da x tahu kot..
Sya pernah g open house mmbr sya.. smua juadahnya western tau..
@Astina
Yupp pelihara... lau tidak mcm skrg ni lah jadinya.. BANJIR..
@Zaty
Hehehe suka ek dgn katak tu.. Zaty suka katak?
aah.geram tgk bijik mata katak 2!!!
@Nuur an nor
Hehehe.. kiut kn.. hehehe..
whether it really happened ????
It will happen soon if everyone don't care about those things..
Post a Comment