K A W A N

Monday, January 31, 2011

Cuti di Puncak Tertinggi

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum
"Selamat Sejahtera ke atas kamu semua"

Hai semua. Hari ini saya bangun seawal jam 6.05 pagi. Awal bukan. Ya awal kerana saya bekerja hari ini. Ya bekerja. Bekerja dengan hati yang ikhlas demi mencari rezeki Allah yang halal dibumi-Nya ini. Tanpa rasa cemburu (tipu) pada rakan-rakan yang sedang lena di ulit intan pagi-pagi ini kerana bercuti. Hujan renyai mulai turun seakan tahu akan perasaan ini. Melihat housemate berbungkus dengan selimut merah jambunya begitu enak sekali rasanya. Huuu.. Tabah!

Cukup mengenai selimut merah jambu. Hari ini saya ingin bercerita mengenai akitviti yang akan saya buat sekiranya musim cuti seperti ini datang menjelma. Seperti saya setiap orang pasti mempunyai agenda tersendiri untuk menghabiskan waktu cuti masing-masing. Ada yang pergi melancong, balik ke kampung halaman, berbulan madu, dan ada juga yang hanya duduk beristirehat di rumah bermain game atau melayari interent. 

Apa pun yang dilakukan itu semua menjadi hak masing-masing untuk merencanakan hari cuti masing-masing. Justeru itu saya akan bercerita mengenai aktiviti yang akan saya lakukan sekiranya ada cuti panjang seperti ini. Kalau anda semua nak tahu teruskan membaca dan saya mohon maaf andai cerita saya ini membosankan anda. Selamat membaca.

©2011 | Mount Kinabalu view from Kota Belud
Gambar di atas memperlihatkan bertapa indahnya pemandangan Gunung Kinabalu itu daripada aras bawah dan sememangnya lebih indah sekiranya kita dapat menawan puncak Gunung Kinabalu itu sendiri. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut.

Mendaki Gunung Kinabalu adalah aktiviti tahunan saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat 'Poindakod' saya. Poindakod berasal dari perkataan suku kaum Dusun yang bermaksud 'pendaki' dalam bahasa Melayu. Kumpulan ini ditubuhkan atas dasar minat masing-masing dalam aktiviti mendaki ini. Selain mendaki kami juga banyak melakukan aktiviti kayak, berkhemah, treking dan bermacam-macam aktiviti outdoor dan indoor. 

Pada setiap tahun kami akan berbincang bersama untuk menentukan aktiviti apa yang hendak dilakukan. Berbincang mengenai tarikh, tempat, bajet dan bermacam-macam perkara lagi sebelum memutuskan apa aktiviti yang hendak dijalankan. Sekiranya tidak mendaki kami akan berkhemah di dalam hutan, treking mencari air terjun ataupun melakukan aktiviti kemasyarakatan. Akan tetapi sejak kebelakangan ini aktiviti-aktiviti seperti ini sering terkandas disebabkan banyak faktor antaranya faktor jarak, masa serta kesibukan dan komitmen dalam kerja masing-masing.

©2011 | Mesilau Nature Resort | F.r.i.e.n.d.s
Berbalik kepada cerita Gunung Kinabalu, masa yang sesuai untuk melakukan pendakian mengikut kepada pengalaman saya adalah pada sekitar bulan Mac sehingga bulan September kerana cuaca pada ketika itu sungguh elok sekali. Untuk pengetahuan semua terdapat dua laluan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Laluan yang pertama ialah laluan yang biasa digunakan iaitu melalui Timpohon Gate Trail dengan jarak pendakian sebanyak 8.72KM manakala laluan kedua daripada Mesilau Trail di mana anda perlu melalui jarak tambahan sebanyak 1.5KM daripada jarak laluan pertama.

Kedua-dua laluan ini mempunyai kelebihan dan kecantikan pemandangan tersendiri. Akan tetapi sekiranya anda melalui laluan yang kedua iaitu laluan daripada Mesilau Trail, anda akan dapat melihat pemandangan Puncak Gunung Kinabalu daripada pandangan belakang. Anda akan dapat lihat bertapa tingginya curam di puncak gunung tersebut. Memang akan membuatkan anda sangat-sangat teruja dan bersyukur dapat melihat keindahan ciptaan Allah ini.

©2011 | 3.45AM | I've meeting at the Low's Peak

Setiap kali mendaki Gunung Kinabalu saya pasti akan memilih salah satu tema pakaian untuk saya pakai semasa berada di puncak nanti. Kenapa ada tema pakaian? Ok idea ini timbul pada kali ketiga saya menawan puncak Gunung Kinabalu ini. Pada ketika itu saya melihat bermacam-macam ragam manusia meriahkan kegembiraan serta kepuasan mereka menawan puncak yang tertinggi di Asia Tenggara ini. Ada yang azan, ada yang berdoa, ada yang cuma diam, ada yang nangis, ada yang bercium, ada yang ketawa riang, ada yang berpelukan, ada yang membuka baju dan bermacam-macam ragam lagi.

©2011 | The Low's Peak Kiss

Ketika itulah idea saya timbul untuk mengenakan pakaian yang kontra ketika berada di puncak gunung. Pakaian kontra ini bermaksud pakaian yang tidak sesuai digunakan semasa berada di puncak gunung. Contohnya anda boleh lihat pada gambar. Tema pakaian yang saya fikirkan ini disambut baik oleh rakan-rakan pendaki dan kami bersetuju untuk memakai baju formal semasa mendaki ketika itu.

Tema pakaian ini bukan untuk saya menunjuk-nunjuk fesyen baju yang saya ada. Tapi tema ini secara tidak langsung akan menjadi sumber kekuatan mental pada setiap pendaki. Sekiranya kita mempunyai tujuan serta matlamat dalam melakukan apa jua benda pasti benda yang dirancang itu akan menjadi lebih senang bukan. Begitulah juga dengan tema pakaian ini, secara tidak langsung membuatkan kita lebih bersemangat, bersedia serta fokus terhadap matlamat anda dan sekaligus melancarkan pendakian anda ke puncak gunung nanti. Betul tak?

Untuk pengetahuan semua selain berbaju kemeja seperti dalam gambar. Saya juga pernah mengenakan baju Melayu ketika berada di puncak gunung. Ketika itu saya menjadi guide jemputan untuk Cabaran Kinabalu 2007, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Saya menjaga seramai 100 lebih pendaki dan ketika berada di puncak gunung cuma saya seorang sahaja yang berbaju Melayu berwarna Coklat. Semua orang merasa pelik terutama sekali pendaki daripada luar negara. Tapi sayang gambar tersebut tertinggal di rumah saya di Sabah dan tiada dalam simpanan cakera keras saya. Insha Allah bila saya balik ke Sabah saya akan paparkan gambar tu buat tatapan semua.

©2011 | Theme ~ Meeting
Untuk rekod peribadi saya telah menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali iaitu sebanyak tujuh kali di laluan pertama dan dua kali di laluan kedua. Walaupun sudah menawan puncak gunung ini lebih daripada cukup akan tetapi saya tidak pernah merasa bosan untuk mendaki dan mendaki lagi Gunung Kinabalu ini. Keindahan Gunung Kinabalu inilah yang membuatkan saya tidak pernah bosan untuk sentiasa mengucapkan syukur melihat keindahan ciptaan Allah ini. Bayangkan sahaja ketika anda berada di puncak gunung ini awan berada dibawah anda. Awan yang berkepul-kepul dengan warna putih gebu ini sungguh membuatkan diri ini angau.

©2011 | Low's Peak | We are up to the sky
Cantik bukan? Tak percaya cantik? Anda kena cuba sendiri. Barulah anda tahu perasaan yang saya tak dapat gantikan dengan kata-kata semasa saya berada dia diatas puncak Gunung Kinabalu ini. Saya perlu menawan sekali lagi puncak Gunung Kinabalu ini untuk melengkapkan rekod peribadi saya sebanyak 10 kali pendakian. Inilah percutian dipuncak tertinggi saya. Percutian yang amat saya rindui.

p/s: Sorrylah entri kali ni memang panjang. hehehe.. Aku merindu percutian seperti ini..

8 comments:

Mardhia Yusof said...

my sis nak sangat naik KK!
bagusnya pakai baju melayu atas KK..
;)
tak sejuk ke?

A.s.t.i.n.a said...

saya sudah sampaii... kundasang ja... hak hak..

EB said...

@Mardhia
Hehehe KK tu apa?
Rasanya awk slp shortformkn..
Bukan KK tp GK.. hehehe..
Sejuk lau skitar jam 3-5.. tp lau da nak jam 6-7 da x berapa sejuk dah... tp blh liking jg idung...

EB said...

@Astina
Hehehe best x Kundasang?

zati embong said...

wahh dgn kagumnya~stylo!

nanti nak honeymoon kat gng knabalu!haha gatal. ade htel ke dekat2 area 2?bestnya.

EB said...

@Zaty
Thanks Zaty..

Utk HM, Zaty x risau Zaty blh mginap d Kinabalu Pine Resort view hotel yg betul2 mghadap Gunung Kinabalu..
Xpun kat Mesilau Nature Resort.. Kat situ mmg best glr.. Sjuk glr.. Tp best.. Sbb btul2 kat kaki GK..

Entry pnjg ni actly utk Zaty..
N gmbr2 ni pn utk Zaty jg.. Sbb Zaty rq.. hehehe...

Unknown said...

wow..!!~ kagum.. sy sendiri org sabah pun xjejak kan lagi kaki ke sana.. =)

EB said...

@Inang
Jd bila kunun ko mau p sana?
Jgn kaC lama.. Lama2 makin mahal tu fee naik gunung tu...
Jgn kaC malu sbh ah.. hahahah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...