K A W A N

Sunday, January 9, 2011

Mamat ni Sempoi




Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Hai semua, pagi ni sambil-sambil layan gambar-gambar bebudak Focal Oblique (FO) upload kat Facebook. Saya pun sambil-sambil tu layanlah juga OHBULAN! sebab baru-baru ni saya ada terbaca artikel pasal seorang artis yang telah kembali ke Rahmatullah, Faizal Yusuf, bekas suami kepada Nana. Bukan Nana penyampai radio tu tapi Nana yang duet lagu Bola-bola Api (kalau tak silap) dengan Allahyarham Achik Spin. Untuk artikel lanjut anda boleh klik SINI. Al-Fatihah. Maaflah saya mungkin terlambat pasal berita ini tapi serius saya baru tahu rabu yang lepas.

Tapi entri saya bukan nak bercerita pasal Allahyarham Faizal Yusuf tapi entri kali ini pasal video mamat kat atas tu. Hehehe mamat ni bernama Aziz Hazmi (AH) dia ni memang minat giler kat Hanis Zalikha (HZ). Hampir semua pasal HZ ni dia tahu, semua info pasal HZ ni dia tahu dan dia ikut setiap perkembangan HZ, semua entri-entri HZ dia mesti up to date. Tapi jangan salah faham AH ini bukan orang yang jahat, bukan Stalker or yang sewaktu dengannya. Dia cuma seorang mamat yang sangat-sangat meminati dan mengagumi HZ. 

Tapi serius mamat ni memang sempoi. Sepanjang melihat video dia kat atas dengan durasi lebih kurang 4.49 minit ni, saya asyik gelak je tengok gelagat dia. Dia memang sempoi. Hehe.. So, kawan- kawan semua bolehlah layan video dan lihatlah gelagat mamat AH ni. Oh ya mungkin ada dikalangan anda yang dah pernah tengok video ini, jadi kalau nak tengok silalah tengok lagi, tak nak tengok pun tak apa. Bagi yang belum tengok, rajin-rajinlah klik button play tu okay.

Oh lagi satu, mamat ni juga dah banyak buat video pasal HZ, video yang dekat atas tu merupakan video pertama dan disusuli dengan beberapa video lagi. Anda semua boleh seacrh dekat Youtube untuk video selebihnya atau boleh klik di SINI juga. Banyak projek video yang mendapat sambutan daripada gadis-gadis remaja yang inginkan teman lelaki seperti AH. Gadis-gadis ini berkata AH sangat romantik dan sekarang ni dah kurang lelaki yang romantik macam AH. Hehehe.. Layan...


p/s: Layan.. Aku romantik ke?? Cikgu sila jawap.... ^^,


2 comments:

Qib said...

geli ar sikit tgk vidiyo ni
hehe
macam nak sangap dekat HZ

;)
juz pendapat :)
| Gelagat Anti INDIA|

EB said...

PinQib:
Hahaha ntahla..
Bnyk lg video dia ni..
Kreatif jugala..
Ntahla terpulangla pada niat dia kn..
Hehehe..Tp aku suka dia sbb dia cool..
Tp so far aku xda la smpi glr kn seseorg smpi mcm ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...