Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"
Pagi yang indah, udara yang segar dan bayu pagi yang bertiup aman sekali dirasakan. Aku bangun seawal jam 6 pagi hari ini, selesai mandi aku segera menunaikan solat subuh dan kemudian bersiap untuk ke pejabat di hari pertama bekerja di tahun 2011 ini.
Aku mengenakan baju putih berjalur merah hari ini, dengan semangat waja dan niat yang ikhlas mencari rezeki Allah. Selepas mengunci grill dan membaca Surah Al-Ikhlas dengan berserah dan percaya kepada Allah agar keselamatan rumah terjaga dari sebarang bentuk khianat. Aku melangkah keluar dengan penuh yakin dan tenang tepat pukul 7.15 pagi.
Eh, kenapa jalan sesak ni? Kenapa ramai orang kat bus stop ni? Eh, dah ada warden trafik sekolah jaga lalu lintas? Oh baru teringat, hari ini dah bermula sesi persekolahan bagi tahun 2011 dan hari ini juga merupakan hari untuk ibubapa mendaftarkan anak-anak kecil mereka di Tahun 1 patutlah jalan sesak, patutlah ramai orang, patutlah ada warden trafik.
Teringat kembali di waktu kecil ku, ketika belum berada di Tahun 1 aku sudah biasa ke sekolah dan aku memang suka ke sekolah. Kenapa? Sebab aku suka menemani abangku ke sekolah dan Akan aku temani abangku sampai ke pintu kelasnya. Kemudian akan ku intai abangku dan aku ikut dia belajar dari tingkap kelasnya sebab aku tahu aku tak boleh duduk bersama-sama dia di dalam kelas.
Ada seorang cikgu pernah cakap dengan aku "Adik tak boleh masuk kelas lagi, adik tak cukup umur lagi. Adik kena pergi Tadika dahulu ok.." Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah masuk Tadika dan aku tak suka Tadika. Ingat lagi bila mama kata nak hantar aku pergi Tadika, aku menolak semahu-mahunya. Aku cakap kata mama, "Mama, EB tak mahu pergi Tadika. Cikgu Tadika semua garang-garang, cikgu Tadika makan budak. EB tak mahu masuk Tadika, EB mahu ikut abang minor pergi sekolah.." Sampai macam tu sekali aku tak nak pergi tadika tau. Tapi aku lagi dulu pandai membaca dan mengeja daripada budak-budak yang belajar di Tadika. Hahaha.. jangan marah.
Selain itu, kedudukan rumah kami cuma beberapa meter sahaja daripada sekolah menyebabkan aku tak perlu naik bas, tak perlu naik kereta, tak perlu nak motor dan tak perlu naik basikal. Cukup dengan hanya berjalan kaki sahaja. Kenapa? Kerana bapa ku merupakan seorang cikgu dan kami sekeluarga tinggal di kuartes guru ketika itu BUKAN sebab bapa aku buat rumah kat depan sekolah tau.
Sekolah itulah yang menjadi tempat aku membesar, sekolah itulah taman permainan bagi kami adik beradik, sekolah itulah tempat aku menuntut ilmu, sekolah itu sumber rezeki kepada keluarga kami, sekolah itulah tempat kami berlindung ketika Sabah dilanda ribut Greg suatu ketika dahulu, sekolah itulah menyimpan beribu macam kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Sekolah itu adalah segala-galanya buat diri aku.
Buat adik-adik yang mula bersekolah, selamat bersekolah diucapkan. Buat cikgu-cikgu yang mula mengajar, selamat mengajar dengan penuh dedikasi diucapkan. Buat ibubapa yang bersusah payah menghantar dan mendaftarkan anak-anak kecil mereka, ketahuilah semua itu adalah apa yang orang tua kita lalui dahulu dan sekarang ini giliran kamu pula. Buat mereka yang berkerja, selamat berkerja dan tidak lupa untuk saya ingatkan untuk berkerja dengan ikhlas dan jujur. Jangan main MukaBuku je tau.. hehehe..
Wassalam..
p/s: Aku lupa dompet aku.. Aku lapar tak boleh nak beli makanan.. Ada sesiapa yang sudi nak belanja?
2 comments:
rindu zaman sekolah..
Anisa: Tau xpa.. huuu rindu sesngtla..
Post a Comment