K A W A N

Sunday, January 23, 2011

TERBAKAR!

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Minta maaf sahabat-sahabat blogger semua lama tak update entri dalam EB's Wall ni. Dek kerana kesibukan untuk meningkatkan stamina maka terpaksalah saya membiarkan blog ini berehat seketika. Tapi bila didiamkan hati terasa rindulah pula, hati rasa tak berapa nak tenang dan selesa. Rindu pada sahabat-sahabat semua. Rindu nak blog walking. Rindu kamu semualah pendek kata.

Terbakar? Gua memang terbakar gila beb! Gua dah tak boleh tahan macam ni. Tapi.. Apa yang terbakar? Rumahkah yang terbakar? Orangkah yang terbakar? Hatikah yang terbakar? Hehehe.. semua pun bukan. Tak ada rumah yang terbakar, tak ada orang yang terbakar, tapi mungkin ada hati yang terbakar (sebab  kalah).. Eh! pelik. Jadi apa yang terbakar sebenarnya?

Huu.. kulit saya ni yang terbakar. Terbakar bukan disebabkan terkena panasnya api tapi terkena pancaran matahari secara terus tanpa perlindungan UV ('tanpa pelindungan UV' cakap tu macam dalam iklan). Mat Salleh kata 'Sunburn(kenapa mereka ni digelar Mat Salleh ek?). Ketika ini muka saya sudah mulai bertukar merah dan terasa pedih. Kenapa boleh 'sunburn'?

Kenapa sunburn? Sunburn disebabkan pada hari kelmarin saya telah menyertai Pertandingan Futsal Terbuka anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dijalankan di Kompleks Futsal Putrajaya di Presint 18. Pertandingan yang disertai lebih 100 pasukan dari serta negeri ini telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi sehinggalah ke lewat petang.

Bermula dari jam 9.00 sehingga jam 2.00 petang saya membiarkan kulit saya dijamah oleh panas matahari. Tapi syukur Alhamdulillah, matahari bakar (sunburn) kulit saya ini tidak sia-sia kerana pasukan kami telah layak ke pusingan kedua. Pusingan kedua akan disambung pada minggu hadapan ditempat dan pada hari yang sama. 

Pada pasukan yang kalah tadi janganlah 'makdal' (makdal=makan dalam) sila cuba lagi di masa yang akan datang okay. Takkan dah 'makdal' kot? Sabar beb sabar. Pada pakcik-pakcik yang ada saya terkasar tadi saya minta maaf bebanyak okay. Tak ada niat nak bermain kasar. Cuma saya perlu bermain agak keras demi mempertahankan gawang kami agar tidak dibolosi. Nasihat saya kepada pakcik yang sedikit terbakar dan 'makdal' ketika itu, "Kalau tak nak sakit, tak nak kena rebut bola, silalah balik ke rumah dan mainlah PS3". Okay..

Apa-apa pun "Play the ball not the Man". Sahabat-sahabat sekalian doakan kejayaan pasukan kami yang mewakili MOF ini pada minggu hadapan. Semoga kami layak ke Finale. Jangan lupa doakan kami tau. Doa anda amat-amat saya hargai dan saya harap tidak ada sebarang kecelakaan dan kecederaan semasa pertandingan kelak. InshaAllah.

©2011 | Kasut Bertuah | Nike Elastico T5

Oh! Tidak lupa berita gumbira buat semua peminat Man United, pasukan kita telah memenangi perlawanan di antara Birmingham dengan 5 goal berbalas 0. Glory Glory Man United!!

‘We’re Man United, we do what we want’, United fans have taken to singing this season, and that appeared exactly to be the approach at Old Trafford as the Reds, lead by hat-trick hero Dimitar Berbatov, brilliantly and ruthlessly took Birmingham City apart with unopposed ease.


Man United (5) vs (0) Birmingham

Venue: Old Trafford
Attendance: 75,326
Time: 11.00pm
Goal: 
Dimitar Berbatov - (2, 31 & 53)
Ryan Giggs - (45)
Nani - (76) 



10 comments:

Anonymous said...

guna lah safi.. suci dan selamat.. hehehehee..

EB said...

@Idayu
Eb da x ingat nak pakai Sunblock da tadi.. Huuu...

Imran nyambek said...

man u for life.hooooooo

EB said...

@Imran Nyambek
Hehehe United till I die.. hahaha...

Unknown said...

ini hebat.

sunburn jadikan kulit gelap sedikit.
lantas, memachokan penampilan diri.

EB said...

@Ungu
Hehehe.. Ya terserlah kelakiannya disitu...
Hahaha... Macho ek?

zati embong said...

good luck utk next match Eb!
lelaki xpe kalau burn..haha.

EB said...

@Zati
Yeke xpe? Huu.. eb ni xdala putih tp lmbt nak putih balik.. X suka itam x match baju2 eb.. Baju2 eb smua kaler2 lmbut n striking tu yg susah lau itam x cool.. hehehe.. demand!

Unknown said...

nak gak.hehe

EB said...

@Nub
Jom jom.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...