Al-salāmu 'alaykum
"Selamat sejahtera ke atas kamu semua"
Setelah lama tak mengemaskini entri Gembirakan Mereka ni, hari ini saya akan updatekan entri ini ke bahagian yang ke-3 pula. Anda boleh mengikuti semula entri Gembirakan Mereka di bahagian 1 dan 2 dengan hanya klik pada tajuk besar entri ini (Gembirakan Mereka | Part 3) di bahagian atas.
Untuk entri kali ini, saya akan mempaparkan gambar-gambar sebelum kami semua meninggalkan anak-anak yatim di Darul Bakti ini. Meninggalkan mereka dengan penuh rasa sedih dan simpati ke atas nasib mereka dan kami berjanji akan terus mengadakan program lawatan seperti ini lagi di masa yang akan datang Insha Allah. Segala peristiwa pahit manis yang kami tempuhi sewaktu mengendalikan dan seterusnya menjayakan program ini akan kami jadikan pengalaman yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
©2011 Darul Bakti | Hamper diserahkan kepada pemenang akitviti yang dijalankan |
©2011 Darul Bakti | Adik-adik Darul Bakti bergambar kenangan dengan hamper mereka |
©2011 Darul Bakti | Para peserta dan adik-adik mereka |
©2011 Darul Bakti | Para urusetia dan para peserta program |
Terima kasih kepada rakan-rakan JPP semua yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini. Bermula daripada idea yang hanya dicakap-cakap kosong kemudian dibincangkan secara berkumpulan. Setiap orang memberikan idea serta pendapat masing-masing, idea-idea serta pendapat itu diolah, diperbaiki, diteliti, dimantapkan dan seterusnya dicoretkan pada helaian kertas kerja. Akhirnya selepas ditempuhi bermacam dugaan dan rintangan maka berjayalah sudah program Lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Berkeperluan, Darul Bakti ini.
Kepada para peserta yang secara sukarela mengikuti program ini, ribuan terima kasih di atas komitmen anda semua walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti anda demi menjayakan program amal ini. Tiada apa yang mampu kami berikan melainkan pengalaman yang begitu berharga di sepanjang program ini berjalan. Walaupun pihak kami ada menyediakan sijil tapi kami yakin sijil itu tidak setanding dengan pengalaman yang anda semua perolehi sewaktu bersama-sama kami menjayakan program ini. Jadikanlah semua ini kenangan yang terindah buat semua, ingatlah ketika kita semua menangis bersama dengan adik-adik ini menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah'. Kenangan yang terlalu indah untuk kita dan mereka lupakan.
Kepada para peserta yang secara sukarela mengikuti program ini, ribuan terima kasih di atas komitmen anda semua walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti anda demi menjayakan program amal ini. Tiada apa yang mampu kami berikan melainkan pengalaman yang begitu berharga di sepanjang program ini berjalan. Walaupun pihak kami ada menyediakan sijil tapi kami yakin sijil itu tidak setanding dengan pengalaman yang anda semua perolehi sewaktu bersama-sama kami menjayakan program ini. Jadikanlah semua ini kenangan yang terindah buat semua, ingatlah ketika kita semua menangis bersama dengan adik-adik ini menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah'. Kenangan yang terlalu indah untuk kita dan mereka lupakan.
©2011 Darul Bakti | Seorang peserta tidak dapat mengawal emosi sedihnya sewaktu bersalaman tanda perpisahan dengan adik-adik di Darul Bakti |
Tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada pihak Pengarah PKK kerana meluluskan kertas kerja kami dan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk kami menjayakan program amal ini. Juga kepada Penasihat-penasihat JPP yang tidak putus-putus memberikan sokongan serta teguran kepada kami untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang ada menyokong kami sama ada dari segi kewangan mahupun dari segi sokongan moral. Terima kasih semua.
©2011 Darul Bakti | Gambar kenangan bersama adik-adik di Darul Bakti |
p/s: Akhirnya selesai sudah entri untuk Darul Bakti ini, banyak lagi yang nak dikongsikan tapi bagaikan tiada kesudahan keseronokan serta keterujaan saya untuk berkongsi pengalaman ini. Banyak juga perkara yang begitu seronok dan berhargai yang tidak dapat saya gantikan dengan kata-kata. Semoga program ini mendapat keredhaan serta rahmat dari yang Maha Pengasih dan Penyayang. Buat junior-junior ku teruskan dan perbanyakkan program sebegini Ok.
Untuk entri sebelum ini klik sini:
5 comments:
bestnye awak dpt terlibat dgn aktiviti mcm tu...
nice photo
(:
Anisa: Hehehe laju je awak kn.. Tak awak..
Yupp saya antara Ahli Majlis tertinggi so mmg bnyk tlbih dlm program mcm ni.. lepas ni saya akan update utk entri OPKIM.. Nak tau lebih apa tu OPKIM tngu.. Program ni yg btl2 bt sya bangga.. hehhee.. sbb sya dpt berbakti kpda org kg saya sendiri..
Anisa: lupa nak say thank you sebb suka photo sya.. hehehe.. biasa2 ja ni..
nice...gamba mmg lawa lah..photographer ke? sorry kalau x tahu..
Thank ZZY..
Yupp freelance.. hehehe...
Xpa x tanya mana nak tau kn...
Post a Comment