K A W A N

Saturday, January 8, 2011

Bihun Sup Sardin | Food Lover

©Food Lover | My late dinner | Bihun Sup Sardin
Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin (tak kisahlah apa brand, ikut suka kamu)
1 ketul tauhu
Bihun (tak kisah apa brand, kuantiti ikut berapa orang yang nak makan)
Sayur sawi
Taugeh
Halia
1 batang serai
1 kiub perasa tomyam (perasa yang lain pun boleh, saya nak makan perasa tomyam)
1 ulas bawang putih dan bawang merah
5 biji cili hijau
Kayu manis dan bunga lawang 

Cara memasak:
Pertama sekali lembutkan terlebih dahulu bihun dengan air panas. Bila bihun dah lembut bersihkan dengan air sejuk sebab banyak lilin (kanji) pada bihun. Lilin ini digunakan untuk mengeraskan bihun. Lilin tersebut mengandungi kolestrol yang agak tinggi, itu sebabnya kenapa saya lembutkan dan bersihkan terlebih dahulu bihun ini.


Bila bihun dah dibersihkan, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris halus tadi. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan serai. Bila bau dah naik masukkan tauhu yang telah dipotong dadu tadi. Gaul rata.


Selepas itu, masukkan sardin (perlahankan api). Gaul hingga sebati kemudian masukkan air mengikut berapa ramai yang nak makan (masak untuk diri sendiri, jadi air tak perlu banyak sangat).


Masukkan halia yang telah dipotong kecil dan masukkan juga kiub perasa tomyam itu tadi, untuk lebih rasa tomyam. Biarkan mendidih bersama-sama bahan-bahan yang lain. Apabila kuah sup dah mendidih, masukkan bihun itu tadi bersama-sama dengan sayur sawi dan taugeh. 


Masukkan garam secukup rasa dan masukkan cili hijau (cabai yang telah dihiris halus) untuk menambahkan rasa pedas. Selesai dan boleh dihidang dan makan.


Selamat Mencuba.




p/s: sorry lambat post entry ini..

2 comments:

Nur Syalillah Kamrudin said...

wah...resepi baru ni..nk cuba la nti :) mcm sdp jew..hehehe

EB said...

Ila:
Tryla.. hehehe.. ada bnyk lg resepi sya ni..
Insha Allah lau ada kelapangan sya bt entri pasal masakan n mknan lg k.. hehehe.. thanks ila..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...