K A W A N

Wednesday, January 12, 2011

Saya Blogger SABAH



Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"


[Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri] ini saya terbaca di entri Tuan Puteri Momoy. Agak memalukan sebab saya baru sahaja terbaca mengenai entri ini (maaflah kawan-kawan semua, dulu tak aktif lagi blogging.. sorry ye..) dan sekarang baru tergerak hati nak buat entri ini. Pada mulanya rasa malu juga nak buat sebab dah terasa amat lambat nak join entri ini. Tapi memikirkan masih ramai yang tak mengenali diri ini maka saya RedahKasiPecah sajalah buat entri ini. 

Bagaimana nak join benda ni?

Ok mereka telah tetapkan beberapa kriteria yang perlu anda semua lengkapkan. Antaranya:-

1. Tajuk entri: "Saya Blogger _________" - sila gantikan dengan nama Negeri anda
2. Link ke blog ini - Mandatori (Wajib)
3. Nama anda - Nama manja atau nama glamour 
4. Status anda - Sudah kahwinkah belum? Anak berapa ramai? Isteri berapa orang? *contoh
5. Cara hubungi - Contohnya Facebook/Twitter/E-mail (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk TV atau suratkhabar)                                                               No.Tel tidak digalakkan.
6. Daerah/Jajahan - Di mana anda tinggal
7. Tempat tinggal - Jangan bagi alamat seperti dalam MyKad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda atau estet mana.
8. Apa yang menarik di tempat anda - Contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada Puteri Bunian.. Hehehe.. 

(Nota: Tidak kisah sama ada Blog anda menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kita 1Malaysia 1Blogger.. Huhu..)


Dimulakan dengan
Bismillahhirohmannirohim 

©2011 | EB Was Here

EB's Wall adalah nama blog EB. Blog EB dikategorikan dalam blogger negeri Sabah.

Nama - Mohd Asynor Junaidi (full name tu..) | EB (nama yang diberikan oleh abang saya sejak dari kecil lagi. Nama yang diguna pakai sehingga sekarang ini.. Thanks bro..) | Nor (nama yang digunakan ketika berada di waktu pejabat.. Nor? Macam nama perempuan dah..)

Status - Absolutely single! but not available.. Bujang yang pasti!

EB merupakan anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik. Adik beradik ada 4 orang lelaki dan seorang sahaja perempuan (paling bungsu). So, pada lelaki-lelaki diluar sana yang nak mengurat adik perempuan saya silalah berjumpa kesemua abang-abangnya terlebih dahulu okay. 

Anda semua boleh berhubung dengan saya melalui:-
1. Blog ini sendiri yang pasti! (follow jangan tak follow | anda follow saya pasti follow)
2. Facebook - add/search 'EB Junaidi'
3. Twitter - add/search 'iAsynor'
4. Tumblr
5. Skype - add/search 'Ikhlast' or add my email 'maffia_racy@yahoo.com'
3. YM - add/search 'maffia_racy'/'appleeb' or add my email 'maffia_racy@yahoo.com'

Wilayah Persekutuan Putrajaya ada dimana tempat EB tinggal sekarang ini. Walaupun EB bukan penduduk asal Putrajaya tapi disebabkan di Putrajaya inilah merupakan tempat EB mendapatkan sumber pendapatan EB yang halal maka EB perlu menetap disini. EB berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah dan EB juga tinggal di Taman Putera Jaya di Sabah. Taman Putera Jaya ni merupakan taman perumahan bukan Pusat Pentadbiran seperti di Putrajaya ini.


©2011 | The Lonely Road to My Home


Di negeri Sabah seperti yang anda ketahui terdapat gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunug Kinabalu yang terletak di Ranau, Sabah. EB dah menawan puncak Gunung Kinabalu ini sebanyak 9 kali tanpa rasa jemu dan syukur alhamdulillah sebanyak 9 kali tu juga EB diberi kekuatan untuk sampai di Low's Peak (nama puncak) tanpa sebarang masalah. Selain itu, terdapat banyak pulau-pulau yang indah untuk dikunjungi di Sabah antaranya Pulau Sipadan (serius memang lawa), Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan banyak lagi pulau di Sabah ni. 


©2011 | I've meeting at the Low's Peak | How do I look?


Ranau juga merupakan kampung asal EB iaitu di Kg. Terolobou dan Kg. Lohan. Di Kg. Terolobou ini memang sejuk seperti di Cameroon Highlands dan EB rasakan lebih sejuk berbanding Cameroon Highlands dan Genting Highlands. Kampung EB ini amat sejuk kerana kawasannya yang terlindung dilembah bukit dan jaraknya yang hampir dengan Gunung Kinabalu.


©2011 | My Green Village | Kg. Terolobou, Ranau

Selamat Perkenalan buat semua bloggers ^_^

10 comments:

zati embong said...

Like3x..mahu jalan2 ke Sabah!

.::: Princess MOMOY :::. said...

bestnyer
dear u pakai camera apa yer
cantik sangat
hehe...
bangsa apa yer dear

Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA
Boleh ker cara ni naikkan TRAFIK ?

EB said...

Zati:
Hee ^^v thanks... Jln jgn x jln..
Nnti EB perbnykkn lg gmbr k..
Supaya membuak2 smngt nak jln2 g sbh.. hehehe..

EB said...

Dear Momoy:
Heee mestila best..
I pki Canon 1000D je..
Ada yg gmbr lama2 I just guna CC (c0mpact camera)..
Thanks.. Suka lau u suka..
I bangsa Dusun + Rungus = Dungus.. Hahaha...

caliph shuriken said...

so artistic.. lawa2.. ^^

EB said...

Huuu... thanks Caliph...

.::: Princess MOMOY :::. said...

blog bagus
bahasa pun bagus
pic cantik2
1 word ... WOW !!
dear pinjam apple u boleh?

EB said...

Puteri Momoy:
Hehehe thanks like dear...
Bhsa itu budaya kita...
Pic biasa2 je amatur..
Hehehe nak pinjam ek... blh je..

wisadunkie said...

nice :)
cantik gmbar2 ko EB..

EB said...

Wisadunkie:
Alaa biasa2 ja ni..
Gmbr ko lg lawa.. huuu.... ^^v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...