K A W A N

Sunday, January 16, 2011

The Top Kiss!!

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Tadi lepas sembahyang Isya' teringat sampah dalam plastik Mydin tu dah marah-marah minta di hantar ke rumah kesayangannya. Yalah rumah dia yang 'selesa', 'bersih', berbau 'harum' dan di sana ada ramai lagi sahabatnya (Rumah Sampah)

Sampah tu pakai plastik dari Mydin je, yang lain pakai plastik Padini, Sogo, Carrefour, Brand Outler dan macam-macam lagilah. Tapi kira okaylah dia pakai Mydin sebab ada yang cuma pakai plastik hitam sajakan. Dia pakai plastik Mydin, ok apa? Huu.. tak kisahlah plastik Mydinkah, plastik cap ayamkah yang penting aku kena cepat-cepat buang sampah ni. Kalau lambat-lambatkan lagi semut-semut comel tu buat kenduri kendara plak nanti. Nak harap housemate tolong buang? Minta maaf! Mungkin esok tapi esok hari/minggu/bulan/tahun bila aku pun tak tahu.. Huu.. Deng!

Ok! Enough about that lets continue. Ok selesai 'menghantar' si sampah ni ke rumah kesayangan dia, saya pun teruskanlah niat suci ku untuk membeli roti dan setin susu cap junjung sebelum aku pulang ke rumah. Untuk ke kedai runcit, saya perlu melalui sebuah restoran Mamak. Dalam perjalanan itu sempat juga saya menjeling apa yang disiarkan di TV LCD Samsung restoran Mamak ni. Manalah tahu ada game EPL yang best bolehlah saya layan nanti, biarpun saya tahu game MU pada esok malam jam 11.00PM. 

Tapi tiada siaran bola yang disiarkan, yang ada cuma rancangan dokumentari. Saya berlalu pergi. Eh! kejap.. kejap.. Dokumentari ni pasal 'Mount Kinabalu International Climbathon' rupanya. Saya berundur semula untuk melihat 'sebentar' dokumentari itu. Melihat dari celah pintu masuk restoran itu. Waa.. memang menarik hati, membuatkan saya rindu pada kabus dan kedinginan serta kesejukan di Gunung Kinabalu. 

Saya telah menawan sebanyak 9 kali Gunung Kinabalu ini tapi saya masih tidak terfikir lagi untuk ikut 'Mount Kinabalu International Climbathon' ni. Baca tagline dalam iklannya saja sudah buat diri ini berfikir berkali-kali.. Huu.. "ARE YOU TOUGH ENOUGH??" NO! I'm not for sure!

Tapi kenapa sampai 9 kali saya daki Gunung Kinabalu ni? Haa tu nanti saya story di next entri saya okay. Apa yang saya nak kongsi pagi ni (saya taip entri ni jam 1.51AM dah) adalah mengenai sekeping gambar candid yang saya snap semasa saya berada di Low's Peak (nama puncak Gunung Kinabalu). Sila tengok gambar dibawah.

©2011 | The Low's Peak Kiss
Venue: Low's Peak | Mount Kinabalu
Date: 21 July 2007

Saya gelar ciuman ini sebagai The Top Kiss!! sebab ciuman ini dilakukan di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara "The Low's Peak Kiss". Sebelum tu, saya nak minta maaf bebanyak kalau ada pihak yang kurang senang dengan gambar di atas. Maafkan saya. Tapi apa yang saya nak sampaikan melalui gambar ini adalah, saya teruja dengan lelaki ini di mana dia telah melamar gadis yang diciumnya itu di puncak Gunung Kinabalu. Dia memang dah rancang apabila sampai sahaja mereka dipuncak gunung, dia akan melamar gadis itu. Memang sangat-sangat manis. 

Waktu ini matahari baru nak muncul. Anda semua boleh lihat 1 garis merah kecil pada kanan gambar. Jadi view pada ketika itu memang sangat-sangat cantik dan suhu pun memang sejuk. Maaflah gambar moment mereka tak banyak sebab ramai sangat pendaki yang berada di puncak gunung ketika itu. Selain keadaan puncak gunung yang tidak luas dan sempit serta gaung yang berada kiri dan kanan membataskan saya untuk merakam aksi-aksi mereka. Saya kena turun untuk memberi peluang kepada pendaki lain bergambar di puncak gunung. Apa-apa pun, inilah ciuman yang paling top! Ciuman di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara. "The Low's Peak Kiss"


p/s: sorry kalau bahasa tunggang langgang.. saya dah ngantuk ketika menaip entri ini.. hehehe.. Good night and good morning you all.. See you guys tomorrow.. daaa.. Assalamualaikum..

2 comments:

Qib said...

ok je. xda marah
sbb mat salleh hensem hehehehehe

|SYOK sendiri|Siapa RAGAD WALEED AL KURDI? |

EB said...

PinQib:
Hahaha nasib baik.. fuhhh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...