K A W A N

Sunday, January 23, 2011

Lelaki dan Teddy Bear..

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Selamat petang semua. Huu cuaca hari ini sungguh panas. Sungguh terik matahari memancar. Panasnya mentari menunjukkan musim hujan sudah mulai berkurangan. Hari ini tiada aktiviti yang menarik yang saya lakukan. Mengemas rumah, memasak untuk (sarapan pagi, makan tengahari dan petang sekaligus), membasuh stokin bola dan melayari internet sahajalah yang saya lakukan sehingga ke saat ini. Tangan terasa lenguh memberus stokin bola yang sememangnya panjang. Mungkin kalau sepasang stokin tidak menjadi masalah tapi 4 pasang stokin memang akan membuatkan bisep muncul kembali. Hee...

Ok! Semasa menikmati cuaca petang yang indah ini. Saya membelek-belek album gambar yang terdapat dalam laptop saya ini. Kemudian saya terpandang sekeping gambar yang saya tangkap semasa pulang ke Kota Kinabalu pada tahun lepas semasa. Sila lihat gambar dibawah.

©2011 | Brother Bear
Gambar ini saya tangkap secara Candid@Spontan. Saya tidak mengenali brother yang hensem, macho lagi penyayang ini. Saya tidak berpakat dengan dia untuk mengambil gambar dia dalam keadaan sedemikian rupa. Saya hanya melekatkan DSLR saya disisi pinggang kanan saya dan hanya mengetik button snap untuk mengambil gambar saudara ini.

Dikala saya melihat gambar ini, saya terfikir mengenai satu perkara. Mmm.. Adakah perempuan suka pada lelaki yang suka bermain dengan anak patung. Tidak pun bermain dengan anak patung tapi si lelaki ini mempunyai koleksi anak patung yang agak banyak dan kadangkala mengalahkan koleksi anak patung si perempuan.

Anak patung yang saya maksudkan bukanlah anak kepada patung-patung itu dan bukan juga anak patung barbie yang seperti si budak perempuan suka. Anak-anak patung yang saya maksudkan disini adalah anak-anak patung yang sesuai untuk si lelaki. Contohnya anak patung Tazmania, Sin Chan, Donald Duck, Bugs Bunny dan bermacam-macam lagi yang sesuai untuk si lelaki.

Saya juga pada suatu masa yang lalu mempunyai koleksi anak patung Tazmania dan Bugs Bunny yang agak banyak. Tapi saya tidak menyedari akan kehilangan anak-anak patung itu. Satu demi satu anak-anak patung ini hilang (ada juga yang saya berikan pada bekas-bekas kekasih). Saya tidak menyedarinya kerana mama saya begitu arif dalam bab-bab menghilangkan anak-anak patung ini tanpa jejak mahupun bukti. Mama saya sedekahkan kepada anak-anak jiran dan dia lupuskan dalam tong sampah.

Persoalannya di sini, adakah kamu (perempuan terutamanya) menyukai si lelaki yang suka mengumpul koleksi anak-anak patung sedemikian rupa? Adakah kamu merasakan hobi atau tabiat ini merupakan sesuatu yang agak pelik? Adakah ini memalukan si lelaki? Apa nasihat anda?

p/s: Saya mempunyai patung Sin Chan sebesar saya. Patung Sin Chan ini saya jadikan bantal dan tilam untuk saya tidur. Hehehe...

18 comments:

Iena Ruaina said...

comel pun lelaki suka teddy bear...
i like a man who loves Barbie..hahaha..tak pelik pun, lagi sweet ada la.. =) nice pic bro..happy sunday.

AfiqahZ said...

sweet jee bro tuhh. :)
ta salah rasenye guy suka teddy bear.
comel jepp :D

niesz said...

selalu rs pelik bile tgk kali ngn teddy bear..tp bile tgk pic ni mcm comel lak..haha..

Fairy said...

sweeeeeeeeeeeeeet!

zaty luvlianncez said...

i love teddies!!!!!!!!!!!

aip

follow back

zati embong said...

suke dengan gambar2 yg Eb snap!seriously.

alphabet plan said...

sy penah bce magazines said that laki2 yg ske teddy nie romantik..heheh btol ke??huhuhu

Jeely jelly said...

eyh! x lah.. nk pelik apenye plak.. huhu.. klu bf saye cmnie ka..ouh ! sweetnye :)

nabeela ami said...

cute~!!!
xsalah kowt kalo lelaki minat teddy...
hehehehe....sweet je...

EB said...

@Iena
Hehehe.. Bgs2.. Actly ramai kwn2 eb yg muka rock tp bnyk koleksi patung tau.. "Dlm hati ada taman.."

EB said...

@Miracle
Hehehe dia mmg sweet.. Men dgn anak patung smpi x sedar.. siap nyanyi lg.. hehehe..
Yupp rasanya x slh jg..

EB said...

@Niesz
Mmm nmpk pelik ke?
Lau dia bawa jln2 teddy bear tu pelik kot.. hehehe..

EB said...

@FairyFarina
Manessss...

EB said...

@Zaty Luv
Hehehe pmpuan mmg suka teddy bear...
Thanks follow eb..

EB said...

@Zati E
Hehehe thanks cOz suka..
Org-org mcm zati ni la yg menaikkn smngt org-org mcm eb utk terus berkarya.. thanks zati sngt2 mghargainya..

EB said...

@Frogie
Mmm mgkn ada betulnya...
Tp brgantung pada jenis patung jg kot..
Patung yg mcmn.. Sbb pmilihan patung itu sendiri mnunjukkan sifat dia cenderung ke mana.. my pndpt la..

EB said...

@Jeely Jelly
Hehehe sya suka patung n sya ada patung Sin Chan n 1 patung teddy bear.. hehehe..
Blhla jadi bf kmu ni kn.. hehehe.. Jgn marah gurau je k..
Kta jd BFF k...

EB said...

@Nabeela
Hehehe thanks for your comment..
At least smua org +ve thadap benda mcm ni.. Thanks...
Rasanya sweetla jg.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...