K A W A N

Thursday, January 20, 2011

Happy Thaipusam

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

Memandangkan hari ini saya bercuti sempena sambutan Hari Thaipusam yang raihkan oleh orang India yang beragama Hindu maka saya dengan berbesar hati akan menulis serba sedikit mengenai sambutan Hari Thaipusam ini. Selain itu, saya menulis entri ini kerana pada tahun ini 2011, Wilayah Persekutuan Putrajaya buat pertama kalinya turut bercuti sempena sambutan Hari Thaipusam ini tapi tidak bagi Wilayah Persekutuan Labuan. Juga disebabkan rakan serumah saya turut beragama Hindu maka dengan semangat 1Malaysia saya menulis entri ini.

Untuk pengetahuan semua, Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Apa tujuan perayaan ini?

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu, berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Contoh gambar:

Ada banyak lagi gambar yang saya nak letak tapi takut ada yang tak nak singgah kat blog saya lagi.. hehehe.. Melawak je.. Anda semua boleh membuat carian melalui google gambar-gambar mengenai perayaan Thaipusam ini. Ada belambak yang pasti.

©2011 | My Cuzzy | Apa-apa pun peace you all
Gambar perempuan buat sign peace ni bukan gambar salah satu upacara Thaipusam tahu. Hehehe.. Saja bagi dia inter-frame untuk meredakan keadaan hehehe.. Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat menyambut Thaipusam buat semua yang beragama Hindu terutama sekali housemate saya Patman. (jangan kau buat Thaipusam kat rumah ni sudah..) Juga kepada semua yang bercuti hari ini, selamat bercuti dan selamat beristirehat diucapkan. Pada yang bekerja hari ini, selamat bekerja dan jangan malas-malas tau! Haha.. Baraka-Allah.. 


p/s: Hari ini aku cuti maka aku berehatlah.. hehehe.. Kotak teriak aku boleh tengok & reply..

13 comments:

FadhDeela said...

ngeri la diaorg cucuk sana sini..

Meh sini: Jom Try!!

EB said...

@Fadhdeela:
Huu tau xpe.. Tp da mmg jd adat n amalan sesama thaipusam..

.::: Princess MOMOY :::. said...

pewiittt...de gambar awex cun la

Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

EB said...

@Momoy
Hehehe gmbr awek cun utk mgurangkan kesakitan mata...
Actly dia cuzzy eb.. hehehe..

.::: Princess MOMOY :::. said...

oh cantik la dia

say hi kat dia yer

Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

EB said...

@Momoy
Ok nnti eb smpikn... Muka dia ada mcm Adira skit.. hehehe..

anaeeim said...

eb..aku nak tgk gmbr ko tgkp...xnak la google...

yangyuyu said...

eb, good job..sy tgk gambar pun ngeri lg nak pi tgk secara live huhu

EB said...

@Ijad
Hahaha.. Xda bro.. Ko tngk kat FB da blambak da..
Slama aku tngk bro farhan pnya gmbr.. Mmg gempak beb.. huhuuhuh lighting best glr..
Aku xda g sana la.. hehehe..

EB said...

@Ijad
Ko layan muka cuzzy aku kat bwh tu suda.. hahaha..

EB said...

@YangYuyu
Haa tau xpa.. Xpasal2 kita pn ikut kerasukan.. hehehe..
1Malaysia..

Miz Teeetttttttttt...... said...

teda gmbar lain lagi kah... yang lempar2 kelapa tu ada kah hehehe mesti bayak lagi gmbar2 interesting yang u tak show lagi kan... hihihihi best kah u p batu cave hehehhee

EB said...

Debb:
Hehehe.. xmaula kaC tngk nnti org takut.. hahaha
mana ada i g BC.. hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...