K A W A N

Monday, January 24, 2011

Rindu Kamu Sahabat

Al-salāmu 'alaykum | "Selamat sejahtera ke atas kamu semua"

©2011 | Reunion SMKPT 2010

Selamat malam semua, mungkin di saat saya sedang menaip entri ini semua orang sudah lena dibuai mimpi. Begitu juga dengan rakan-rakan serumah saya, mereka semua sudah mulai senyap dan menikmati keenakan tidur. My Indian housemate pun sudah mematikan lagu tamilnya, yang dia layan mulai dari awal petang tadi. Rakan serumah saya yang berasal dari negeri Kelantan pun sudah mulai tak sedarkan diri selepas dia selesai 'melantak' makanan yang dia tapau tadi.

Saya pula.. Saya masih aktif lagilah nampaknya. Segelas nescafe menemani saya disaat ini. Memang sengaja saya pahitkan agar mata ini sentiasa 'marak'. Sebentar tadi saya baru sahaja selesai menonton Hani (Lestary TV3) Episode 4. Sebenarnya saya sudah menonton sehingga ke episode 6 dan sedang menunggu episode yang ke-7. Episode 4 ini sengaja saya cuba untuk tengok kerana malam semalam episode 4 tidak dapat saya tonton dek kerana terdapat masalah pada Youtube. Syukur Alhamdulillah dapat saya habiskan episode 4 sebentar tadi. Oh terlupa saya menonton drama Hani ini melalui Youtube.

Ketika menonton drama Hani ini, saya teringat kembali akan sahabat-sahabat lama sewaktu sama-sama bersekolah dahulu. Melihat akan suasana sekolah, baju sekolah dan cikgu-cikgu sekolah betul-betul membuatkan saya teringat suasana semasa bersekolah dahulu. Saya amat-amat merindui saat-saat itu. Gambar diatas merupakan gambar saya bersama-sama sahabat-sahabat terawal saya semasa bersekolah dahulu.

Gambar ini sempat kami rakamkan semasa kami mengadakan reunion sekolah kami. Tapi sedih tidak ramai yang dapat hadir semasa reunion itu. Walaupun begitu reunion itu tetap kami teruskan sebab antara kami berempat sememangnya sudah sekian lama tidak bertemu. Ada yang sibuk bekerja dan ada yang sibuk menyambung pelajaran. Masing-masing mencari hala tuju kehidupan masing-masing. Demi kerjaya dan demi keluarga.

Saya betul-betul rindu untuk bertemu rakan-rakan yang lain. Ternyata ramai yang lost contact. Sedih kerana pada era saya email pun belum aktif digunakan apatah lagi untuk tahu mengenai Friendster, Tagged, My Space dan yang orang tak boleh hidup tanpa dia ~ Facebook. Sedangkan telefon bimbit pun tidak mampu kami miliki ketika itu. Kami hanya berhubung melalui telefon rumah dan telefon awam dan itu pun bagi mereka yang memilik telefon rumah. Kalau hendak bertemu dihari-hari yang lain maka janji perlu dibuat terlebih dahulu agar dapat bertemu dan perlu ditepati. 

Harapan saya agar kami semua dapat berkumpul semula untuk mengetahui situasi dan dan status masing-masing. Bila bertemu bolehlah bercerita mengenai kenangan-kenangan diwaktu dahulu yang begitu indah untuk dilupakan. Kenangan-kenangan yang meremajakan serta mendewasakan kami semua. Kenangan-kenangan yang boleh diceritakan kepada anak cucu cicit masing-masing di suatu hari nanti.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sayang dan rindu kamu semua.

p/s: Tak puas nak story lagi. Hmm.. Nanti Eb nak story pasal drama Hani lagi la.. tunggu k..

5 comments:

lady-D said...

cool la pic tu!

Aleen Aiden said...

wah,sker tengok hani ye?laju je tengok kat u tube nih.hee

Aleen Aiden said...

wah,sker tengok hani ye?laju je tengok kat u tube nih.hee

EB said...

@D-la
Hehehe thanks.. Cool mint je.. hehehe..

EB said...

@Aleen Aiden
Yupp suke sngt.. Jap lg nak bt entri pasal Hani plak la.. Mgkn eb da lambat pasal Hani ni tp x kisahla.. sebab drama tu best.. hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...