سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Fuhh!!
Inilah rekod terlama aku tak ter update blog kesayangan hamba ni kan.
Sungguh lama.. Kawan-kawan kalau setakat habuk atau sawang-sawang labah-labah tu okay lagi kot.. Aku rasa ini lebih dari itu dah.. Dah berlumut kot!!
Apa pun malam ini aku punya kelapangan dan memandangkan aku ada benda nak share dengan korang semua, maka aku pun rajinkanlah diri ini menekan keyboard hitam aku ni. At least terupdatelah juga blog ni kan.
Okay straight to the point, korang masih ingat tak gambar ni:-
Bagi mereka yang sudah mengikuti EB's Wall lebih awal, mungkin ingat akan gambar ini. Bagi mereka yang tak pernah melihat gambar ini. Untuk pengetahuan anda, gambar ini telah memenangi RM100 dalam "Contest Gambar Hitam Putih Paling Cool" yang dianjurkan oleh Cik Siti Fatimah.
Dan yang lebih manis adalah, pasangan di dalam gambar tersebut telah sebulat suara untuk menggunakan gambar di atas sebagai gambar hiasan di dalam Kad Jemputan Perkahwinan mereka. Alhamdulillah akhirnya gambar tersebut terpampang juga di dalam kad jemputan mereka. Aku bersyukur mereka telah selamat diijabkabulkan pada tarikh 29 Oktober 2011 (Sabtu), yakni sehari sebelum Hari Lahir Tuan Punya Blog di Dewan MPKajang. Alhamdulillah akhirnya mereka bersatu juga. Syukur ke hadrat Ilahi.
Tapi apa yang melucukan pada Majlis Persandingan mereka, aku yang sepatutnya mengambil gambar persandingan mereka telah diminta untuk menjadi pengapit mereka pula. Kawan punya pasal aku turutkan sajalah. Lagipun memang aku yang menjadi saksi permulaan cinta mereka, jadi aku berbesar hati untuk mewarnai hari bahagia mereka. Hehehe...
Alhamdulillah semoga ikatan halal yang terjalin ini akan berkekalan sehingga ke akhirat sana. Semoga dipermudahkan urusan kamu berdua, semoga berbahagia selalu, sayang-sayang selalu. Jangan gaduh-gaduh!! Syahir jaga Zanna baik-baik!!
p/s: Selamat Pengantin Baru!! Sayang korang dua!!
10 comments:
wah selamat pengantin baru jugak buat korang....
Tahniah kawan EB :D
alhamdulillah,,,tahniah semua!! =D
EB gambo nye mane, dgn pgapit skali..
selamat pengntin baru utk kwn EB.
BS: Slmat kpda mereka berdua kn kak.. hehehe....
Tahniah bt mereka kan najwa....
Mmmm gmbr photog (abg pengantin perempuan) tak upload lg.. EB ambik gmbr candid je.. so x bnyk sngt gmbr.. hehehe...
Selamat selamat buat mereka kan momoy..
slmt pengantin baru bt kwn Eb...
mne pic Eb ngan pengantin....??hehe
Hehehe slmt kpd mereka berdua jg....
Mmm eb pn tngh tngu gmbr eb ni.. Sbb buka eb yg tngkp gmbr time tu.. Eb pgapit jer.. hehehe..
Post a Comment