K A W A N

Thursday, August 9, 2012

Di Sebalik Tabir!

سم الله الرحمن الرحيم 
 bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm 

Al-salāmu'alaykum WBT dan Salam Ramadhan diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua sihat walafiat dalam menjalani ibadah puasa ini. Puasa jangan tak puasa tau. Buat malu je dah besar panjang tak puasa-puasa lagi. Haippp!!

Okay hari ni nak kongsikan dengan korang semua apa aktiviti yang saya lakukan pada minggu lepas. Korang pernah tak dengar drama "Mana Hilangnya Juwita?" yang disiarkan pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin di saluran 104, Astro RIA? Haa.. kalau korang pernah dengar, inilah kerja EB! EB bersama rakan photographer yang lain akan merakamkan gambar-gambar pegun disebalik tabir drama ini.


Drama aksi 15 episod terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra Fazira, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida. Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya.



p/s: Syukur hari Ahad yang lepas pengambaran di set pengambaran selesai pada pukul 2.00 pagi. So dapatlah balik awal sikit. Selalunya lewat lagi.. Huuuu.. Apa-apa pun jangan lupa saksikan drama ini pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin di saluran 104 Astro Ria.


EB JUNAIDI

12 comments:

YaTTie said...

Very good...
congrats :))

EB said...

Thanks so much Yattie... ^_^

E'in said...

wah.. EB keje ape ek?

EB said...

E'in
Weekdays - EB kerja di Kem.Kewangan
Weekend - EB freelance photographer.

gigiAriEma said...

wahh cantiknye. ")
mst best kn.

EB said...

Makasi GigiAriEma..
Best sngt..

Sophie Al-Yahya said...

wow..
hebatnya EB dapat kerja dengan diorang disebalik tabir..

Iena Ruaina said...

EB is getting hebat day by day. EB kalau saya kawen suda tau booking awal2 mau EB jadi photographer. Kasi murah maa sama adik :p =)

EB said...

Sophie:-
Mmm xdala hebat mana pun..
Just my luck and rezeki from Allah..
Thanks GOD for this opportunity.. Alhamdulillah... Syukran..

EB said...

Iena:-
X hebatla... Just rezeki from Allah..
Ok ba kalau ko.. Ba book awal2 nnti.. Jgn menyesal tlepas klu x booking awal2.. hehehehe...

.::: Princess MOMOY :::. said...

congrate dear
sangat cantik art work u dear EB
tak sangka betul momoy =)

EB said...

Momoy:
Makasi dear.. Masih bnyk perlu diperbaiki, dipertingkatkan dan dipelajari lagi ni.. Apa-apa pun Alhamdulillah.. rezeki Allah so dapatlah juga kesempatan utk merakamkan aksi² belakang tabir ni..
Miss u.. Long time no see kn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...