K A W A N

Friday, December 30, 2011

Selamat Ulang Tahun Mama!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Ku capai telefon bimbitku..
Ku dail nombor itu berkali-kali..
Namun sedih, tak terjawab..
Aku dail dan dail lagi..
Namun hasilnya tetap sama..

"Mungkin Mama tengah berjualan.." aku memujuk hati yang risau.

I My Mama | 28.12.2011

Mama..
Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku nyawa
Kau memberikanku kasih sayang
Kau berikan segalanya

Tulusnya cintamu
Tulusnya sayangmu
Putihnya kasihmu
Takkan pernahku terbalaskan

Aku rindu akan hangat dakapanmu
Aku rindu akan belaianmu
Aku rindu akan marahmu
Aku rindu akan suaramu

Kau memberikan aku kedamaian
Kau memberikan aku kebahagaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernahku terlupakan

Oh mama..
Terima kasih untuk segala-galanya
Terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Terima kasih untuk tulusnya cintamu yang tak pernah lekang
Terima kasih untuk rindumu yang tak pernah kurang

Oh mama..
Semoga Allah memberikan kedamaian dalam hidupmu
Semoga Allah memberikan kebahagiaan dalam hidupmu
Semoha Allah memberikan keceriaan di setiap harimu
Semoga Allah mengisahmu sepertimana kau mengasihiku
Kasihmu kan abadi dalam hidupku


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.. 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin..

18 comments:

EnciK AxixOu said...

semoga anda sentiasa dpt bahagiakan mama awak..heee

EB said...

Terima kasih Encik AxixOu..

PinQib said...

syukur,, mama ke mami ke mek ke umi ke, they are precious tooo us

zati embong said...

happy birthday utk mama eb!

eb ikut muka mama la!

EB said...

Thanks Jat!!

Yeke? Bukan muka bapa?

EB said...

PinQib:
Siapa saja yg bgelar ibu kn...
Thanks tau..

n4dh!3r4 said...

happy belated birthday utk mama EB :)

Nur Syalillah Kamrudin said...

hepi bezday mak eb..semoga diberikan kesihatan yg baik :)

EB said...

Nadhiera: Terima kasih...

EB said...

Nur Syalillah: Terima kasih.. Insha'Allah...

Sophie Al-Yahya said...

semoga kekal mengasihi mama EB ya.

anyway, berapa umur Mama Eb? Nampak muda jeee.. (-_-')

Abu Luqman said...

salam perkenalan

EB said...

Sophie.. Akan terus dan xkan pernah jemu mengasihi.. Dia sentiasa bertakhta di hati...
Mama EB baru 44thn...

EB said...

Salam perkenalan Abu Luqman..

eyqa amin said...

happy birthday to mama eb :))

EB said...

Thanks Eyqa Amin..
^_*

cantekk said...

epi belated bday auntie =D amboi, posing...

EB said...

Terima kasih cik cantek... ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...