K A W A N

Thursday, December 23, 2010

Yang Dipertua Negeri Sabah Baru

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam, mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Istiadat itu yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Juhar, 57, Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. Juhar antara pemimpin Sabah yang terbabit dengan rundingan Usno/Umno untuk kemasukan Umno ke negeri itu pada 1991.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Anggota Parlimen Kinabatangan (juga 1990-1999) dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi (2003-2008). Pemegang ijazah sarjana muda dalam undang-undang ini sebelum itu pernah menjadi majistret. Jawatan terkini beliau adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. - Bernama

YB Datuk Juhar Hj. Mahiruddin

Wednesday, December 22, 2010

Jangan Lupa Lirik (JLL)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,

Ok pagi ini saya ingin berkongsi mengenai tajuk entri saya diatas "Jangan Lupa Lirik" aka 'JLL'. Ya rancangan yang disiarkan di Astro yang mana di'host'kan oleh Aznil Haji Nawawi aka Pak Nil. Untuk pengetahuan semua 'Jangan Lupa Lirik' telah memenangi kategori rancangan Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Award  (ATA2010) di Singapura. 

Tahniah buat semua krew yang telah menjayakan JLL ini dan buat Pak Nil saya bangga kerana rancangan ini telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori tersebut. Walaupun permainan kuiz ini diterbitkan dalam bahasa Melayu namun masih mendapat sambutan yang hebat sepertimana rancangan Macam Macam Aznil yang telah memenangi rancangan BualBicara Terbaik pada tahun 2005. Ternyata rancangan yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dapat memberi saingan yang sengit kepada program yang bertaraf antarabangsa walaupun rata-rata pesaing dari serata negara nominasinya dalam bahasa Inggeris.

Namun sedih apabila Pak Nil mengatakan dia sedikit kecewa apabila kemenangan yang menjulang penerbitan buatan kita di pentas Asia itu tidak mendapat perhatian pihak media di hari kemenangannya untuk dijadikan berita yang boleh dikongsikan. Kalau ada pun, cuma laporan kecil yang seolah berita picisan yang tidak perlu diberi perhatian utama. Rupanya nilai berita pada kemenangan itu tidak sebesar nilai berita artis yang mengumumkan perkahwinan, berita artis yang bercerai di mahkamah dan berita pembunuhan kejam tanah air.

Oleh itu, saya insan hina yang cuma menumpang di bumi Allah ini rasa terpanggil untuk mengembar gemburkan kemenangan JLL di ATA2010 kepada anda semua. Walaupun saya bukanlah wartawan yang mengikuti ATA2010 sepenuhnya pada ketika itu tapi saya bangga dengan Pak Nil atas kemenangan ni. Sekurang-kurangnya dapat menanamkan rasa bangga di hati rakyat Malaysia terhadap produk buatan anak bangsa mereka sendiri dan juga secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat kita bahawa karya anak tempatan juga bermutu tinggi. Syabas kepada pihak penerbitan Astro dan juga Pak Nil yang bertungkus lumus menjayakan program Jangan Lupa Lirik ini.




p/s: Pak Nil memang HEBAT! Tapi saya selalu lupa lirik.. hehehe..
       Untuk cerita selanjutnya klik sini JLL elemen glokal

Tuesday, December 21, 2010

Dialogue Please..

EB© | Darul Bakti

Hai kengkawan semua, dikala boring dan sedang saya meng'edit' gambar adik-adik dari Rumah Anak Yatim dan Berkeperluan, Darul Bakti ni. Melihat gelagat adik-adik dalam gambar sungguh mencuit hati. Gambar ini saya snap ketika adik-adik ini sedang beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan yang disediakan. Moment  yang sungguh menarik dapat dilihat pada gambar ini. Bermacam-macam gelagat adik-adik ini. Walaupun mereka tahu mereka tidak punya ibu atau ayah atau kedua-duanya mereka tetap ceria untuk meneruskan kehidupan mereka. Kekadang terlihat kesediahan di wajah mereka yang tidak merasa belaian seorang insan yang bernama ibu atau ayah.

Oleh itu, saya terfikir untuk kongsikan dengan anda semua gambar adik-adik ini dan untuk lebih menarik semasa melihat gambar ini, jom kita reka cipta dialog untuk gambar ini. Dialog terpulang kepada anda semua, kategori adalah bebas tapi biarlah sesuai dengan keadaan gambar diatas. Yang penting jangan berkata mengenai benda yang tidak baik.

Anda semua boleh bermula dari huruf A hingga J dan tidak dilupakan huruf K atau dimana-mana huruf yang anda suka, terpulang tiada paksaan. Jom berdialog.. hehehe..

생일 축하 내 사랑

EB© | Happy Birthday ChiCer
بسم الله الرحمن الرحيم

Syukran ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Syukran juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Syukran untuk setiap cobaan yang Engkau turunkan. Syukran untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa, kami silap dan kami khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu, Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah. Namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran, ada masanya kami goyah keimanan, dan ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimim - Pimpinlah tangan hamba-Mu ini, pimpinlah hati hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan yang benar.

Ya Al Quddus - Sebagai hamba-Mu yang hina dina ini, kami tak mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami. Bimbinglah kami agar sentiasa mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim - Berilah dia kekuatan dan semangat serta ilham agar dia mampu terus membimbing anak-anak muridnya yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah dia keikhlasan yang jitu agar dapat dia mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didiknya supaya lahirlah generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu. Berilah dia kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabarannya. Hulurkanlah dia kebijaksanaan agar dia mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemput dia pergi.

Ya Allah - Sesungguhnya kematian itu benar. Alam kubur itu benar. Hari Pembalasan itu juga benar. Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian, semakin dekat kami dengan Alam Kubur, semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan. Izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini untuk kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk dijadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Semoga dia menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah.

Syukran ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami. Engkaulah Yang Maha Besar. Allahu Akbar! Peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Selamat Hari Lahir buat kamu Cikgu...
Semoga hari ini menjadi hari yang indah buat kamu...
Amin Ya Robbalallamin...

Monday, December 20, 2010

B U N U H !!!

Salam,

Setiap pagi semasa menikmati sarapan pagi, sambil bersarapan saya juga akan membaca akhbar online atau surat khabar (biasanya akhbar online). Ini sudah menjadi kebiasaaan bagi saya dan juga mungkin orang lain (tapi rasanya ramai yang mulakan paginya dengan Facebook kan.. hehehe..) 

Ok untuk pagi ini entri saya adalah mengenai kes bunuh, terbunuh dan membunuh diri yang semakin menjadi-jadi di negara kita. Saya senaraikan antara kes-kes yang berkaitan melalui akhbar Harian Metro dan Berita Harian.

1. Siti Mazni dikelar di leher, ditikam 3 kali
2. Rodoh leher pengawal
3. Wanita maut terjun dari tingkat 10
4. Hanya tangan kanan, sebahagian badan ditemui
5. Kami tak tahu Ain hamil
6. 22 terbunuh letupan paip minyak di Mexico
7. Terbunuh ketika pujuk isteri

United Game Postponed

United's game at Chelsea on Sunday has been postponed.

A statement on Chelsea's official website said:
"Sunday's game at Stamford Bridge has been postponed following consultation with the Police and the local authority."

"There has been heavy snow in London on Saturday."



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...