K A W A N

Sunday, October 9, 2011

Alam Ghaib!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Talent : Mey
Location : Tanjung Aru Beach | Sabah


Semalam hari Sabtu dan hari ini hari Ahad.
Semalam aku cuti, orang lain pun cuti juga.
Ada yang tak cuti, nasiblah.


Semalam hari Sabtu, aku ke Jalan Semarak.
Member aku, Ridzal bawa aku shoot Ghotic Theme Photoshoot.
Aku free, jadi aku follow jer lah.


Tapi yang tak bestnya cuaca tak berapa nak elok.
Lebih kurang jam 11.00 pagi tu dah hujan.
Jadi tak dapat nak guna available light.
Terpaksa guna Speedlight.


Shoot punya shoot, tukar-tukar talents.
Tetiba dengar dari seorang photog ni cakap ada talent perempuan kena kacau.
Oh ya lupa nak bagi tahu, kami shooting kat rumah buruk dekat area Jln. Semarak.


Talent tu kata ada benda lalu kat belakang dia masa dia tengah duduk.
Lepas tu, dia nangis dan dia kata nak balik.
Dia lemah semangat.


Jadi sesi photoshoot terpaksa dihabiskan awal.
Jam 2.00 petang, kami dah beredar dari rumah buruk tu.
Kesian budak perempuan tu asyik desak kami semua balik.
Mungkin jin tu tak nak kami keluar di situ kot.
Mungkin dah kacau tempat dia kot.


Alhamdulillah semuanya selamat.
Aku dengan member aku pergi ke destinasi seterusnya pula.
Kami nak shoot kat studio.
Jin tu tak ikut kot pergi studio tu.
Hopefully...


Dan aku habis shoot kat studio kira-kira jam 10.00 malam.
Dan aku sampi rumah dalam jam 1.00 pagi.
Aku tidur dah dekat jam 4.
Sebab aku layan movie lagi.
Layan 'The Switch'.


Dan sekarang aku penat.
Tadi aku shoot lagi kat atas bukit depan rumah.
Aku tak nak sia-siakan cuaca yang cerah hari ini, hari Ahad.


p/s: Kita berkongsi alam dengan jin dan syaitan, tapi percayalah Allah SWT itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa atas sesuatu.
p/s/s: Gambar perempuan kat atas tu bukan talent yang kena kacau..





12 comments:

Sufinah Yussof (SY) said...

glup!!! seram juga bunyi nye. tangkap2 pixa plak tu.

EB said...

@Sufinah Yussof (SY)
Seram dah la konsep seram kan.. Ni kali la...

Sufinah Yussof (SY) said...

tu la pasal. aduyai~

EB said...

@Sufinah Yussof (SY)
Actly xda la seram sangat pun.. MUA pn x ramai yg datang.. so konsep gothic tu x brapa nak smpi..

zati embong said...

huhu.a ah kita berkgsi dgn makhluk yg kita xnmpak kan.

Bidadari Syurga said...

ya alam ni kepunyaan dan didiami oleh makhluk ciptaanNYA... mujur awak n the geng ok...

Nurr Kasih said...

nak pergi tmpt tinggalan lama @ tmpt mcm tu ada juga adab2 kena jaga kan. btw nice pic :)

EB said...

@Bidadari Syurga
Betul kita masing² berkongsi...
Sya sentiasa percaya Allah itu Maha Melindungi.. Tak perlu takut dengan 'mereka' sebab 'mereka' pun makhluk Allah..

EB said...

@zati embong
A'aa makhluk ciptaan Allah..
Masing2 kena jaga adab n tertib..
Tp jgn smpi takutkn mahkluk2 ini lebih dari takutkn Allah...

EB said...

@Nurr Kasih
Itu sudah semestinya..
Thanks NK..

fadhdeela said...

mintak izin dulu sblm guna tempat dia..dia marah kot..!! menakutkan jer..xde ke gmbr makluk halus tu tertempek kat pic yg EB ambik?? hihihi

EB said...

@fadhdeela
EB da minta izin dgn Allah.. Bukan dgn dia.. Hehehe.. Dia pn menumpang jg...
Mmm kalau ada nnti eb tempekkn dalam blog eb.. Tp rasanya xda kot.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...