K A W A N

Friday, March 23, 2012

FACEBOOK 2012 ~ PENJARA BANDUAN SUKARELA


Artikel ini saya salin dari laman sesawang Ustaz Hasrizal Abdul Jalil (www.saifulislam.com), saya tertarik dengan hasil penulisan beliau mengenai Facebook. Ternyata apa yang diresahkan beliau, sama seperti apa yang saya risaukan walaupun saya bukanlah seorang ustaz. Penulisan beliau ada maksudnya yang tersendiri, ada yang perlu difikir-fikirkan, dan ada yang perlu direnung-renungkan. Semoga apa yang dikongsikan membawa erti yang berguna kepada kita semua Insha'ALLAH..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Jika ada non Muslim bertanya mengapa orang Islam tidak makan babi, jawab sahajalah BABI PENGOTOR” saya menulis.
“Mengapa sebut begitu, bukankah sebenarnya kita tidak makan babi kerana Allah tidak bagi kita makan babi?” balas seorang pengomen.
“Mengapa ustaz cakap babi pengotor?” aju seorang lagi.
Oh, susah sekali. Menyebut babi pengotor pun perlu dijelaskan, dihuraikan, dibentangkan hujah-hujahnya. Terasa geram dan mahu menjawab. Bertanya seketika sama ada jawapan wajar dalam bentuk ilmiah, sinis atau bagaimana?
Resah.
Bagi mereka yang menggunakan Facebook untuk permainan atas talian, tidak sukar untuk dibuktikan kemudaratan yang sedang membelenggunya. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan Facebook sebagai medium ilmu dan dakwah?
Walaupun Facebook Addiction Disorder (FAD) masih dibahaskan oleh pakar psikiatri tentang asasnya, para pengguna Facebook boleh meneliti sendiri tahap komitmen dan kondisi mereka.
MANUSIA MENYERTAI FACEBOOK SECARA AFWAAJA!
Semasa saya menulis artikel Facebook: Antara Pro dan Kontra (2009), jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 800,000 orang. Namun pada April 2011, jumlah pengguna Facebook negara sekecil Malaysia, sudah mencecah lebih 10 juta orang! Apabila pengguna Facebook di Malaysia sahaja sudah mencecah 10 juta, dan setiap seorangnya menyumbang sesuatu ke ‘alam alternatif’ ini, kita boleh membayangkan betapa pantas curahan benda baru yang melintas pandangan.
Di satu peringkat, saya merasakan bahawa Facebook benar-benar bertindak sebagai ‘ubat kuat’ yang mampu mengubah landskap penghayatan Islam masyarat. Tindakan berkongsi dan menikmati perkongsian menjadikan diri kita sangat informatif lagi terkini terhadap apa yang berlaku di sekeliling kehidupan. Saya mempunyai 5000 ‘rakan’ di akaun peribadi Facebook, kemudian mengurangkannya kepada 3000. Di halaman Facebook (Fan Page) pula, saya mempunyai 23,000 ‘LIKE’ yang bebas berinteraksi bersama. Akaun peribadi saya juga mempunyai lebih 10,000 pelanggan yang melanggan untuk membaca setiap kemaskini status. Semua itu belum mengambil kira halaman Facebook untuk syarikat saya dan beberapa halaman lain yang saya kendalikan.
Tanpa sedar, saya menjadi implusif.
Saya rasa seperti memikul tanggungjawab untuk mengemaskini status setiap jam, hingga apa sahaja yang saya fikir, saya perlu kongsi. Sama ada ia menerima 10 LIKE atau 1000, saya lebih mementingkan tugas saya ‘memberi status’. Maklum sahaja, bukankah selama ini blog saya sinonim dengan tagline ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saya bukan memikirkan tentang maklum balas, tetapi saya mahukan ruang untuk mengeluarkan apa yang saya fikir.
Itu hujah saya.
Namun setiap ‘notification‘ mengundang resah. Gelisah.
Biar pun setiap status yang saya kongsikan, boleh dijustifikasikan kebaikannya kerana ia mungkin ilmu, maklumat, tazkirah, analisa politik, dakwah, atau kata-kata hikmah, saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa seperti terperangkap. Tambahan pula, dari jauh saya disindir sebagai hanya juara di Facebook dan meninggalkan medan perjuangan sebenar, serta pelbagai unsur sembelihan diri yang dilakukan di sana sini, saya berasa amat gelisah. Bagai mahu menjawab setiap satunya. Bagai terpanggil untuk berjihad mempertahankan kebenaran dan maruah diri.
Dibantah, disindir, diejek, dipuji, disokong, di’like’… ia secara halus menyerap ke dalam mekanisma kawalan emosi.
Akhirnya, di hujung tindakan yang diambil, apa yang berlaku hanyalah satu. Saya tidak lagi mengawal Facebook. Facebook yang mengawal saya.
Di Facebook, perdebatan, perbalahan, orang yang ‘tidak get the point‘, bercakap perkara yang tidak masuk akal, semakin menjadi-jadi, salah satunya berpunca daripada karakter impulsif yang dicetuskan oleh penggunaan Facebook. Orang ramai tidak sabar mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum menyuarakan pendapat atau soalan. Kepantasan yang melebihi upaya proses manusia belajar, menjadi pembelajaran sebagai proses pengurang ajaran, a.k.a kurang ajar.
Biar pun berat bunyinya, saya terasa seperti Facebook pada tahun 2012 dengan jumlah pengguna melebihi 10 juta orang di negara sekecil Malaysia, ia telah menyebabkan orang sihat menjadi sakit, orang sakit menjadi gila, orang gila jadi meracau, orang meracau jadi murung, orang murung boleh akhirnya membunuh diri!
Saya juga gerun melihat kelakuan Narcissistic Personality Disorder pengguna-pengguna Facebook yang seperti kehilangan insight, hilang rasa malu untuk bercakap benda-benda yang mengaibkan diri, bersikap seperti dunia sangat berminat dengan apa yang dia fikir dan rasa, defensif apabila komennya disinggung, yang diterukkan sama ada oleh sokongan melampau, atau bantahan yang keterlaluan.
Adakah saya menyumbang kepadanya?
Astaghfirullah.
HUKUM YANG BOLEH BERUBAH
Dalam keharusan hukum menggunakan Facebook, sama seperti apa sahaja perkara lain yang melebihi dos, ia mula mendatangkan mudarat secara subliminal yang menguji TAQWA.
Taqwa mewajibkan saya kekal sedar. Saya kembali bertanya kepada diri, apa yang sedang saya lakukan. Apa yang sedang diperlakukan ke atas diri saya. Adakah saya masih terkawal, ada upaya mengawal, atau saya semakin tidak terkawal. Soalan itu mengundang rasa sedih. Saya tidak bermaingame. Saya tidak buat benda-benda lagha di Facebook. Saya hanya berdakwah.
Saya sangka saya sedang berdakwah dan rakan-rakan saya juga mungkin rasa yang mereka sedang didakwah.
Hakikatnya saya sebagai da’i dan rakan-rakan saya sebagai mad’u, kami sedang saling rosak merosakkan! Bukan merosakkan akal, tetapi merosakkan tahap upaya mengawal diri. Harga tertinggi seorang insan, atas nama TAQWA.
Akhirnya bermula pada 1 Januari 2012 selepas lebih empat tahun bergiat aktif di Facebook, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Saya mengalami kemurungan.
Terasa seperti kematian seseorang yang disayang.
Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekitar.
Sunyi.
Namun selepas dua minggu ‘berpuasa’, saya mula menikmati ketenangan meninggalkan Facebook.
Saya menggunakan Twitter sebagai medium sederhana untuk mencoret, namun dengan frekuensi yang rendah, dan tidak mendesak diri menjawab pertanyaan yang dilontar.
Facebook kekal pada sifat asalnya yang neutral, namun dengan TAQWA, layarilah ia dengan tahap minda sedar yang tinggi, agar anda mengawal Facebook, dan bukannya Facebook yang mengawal anda.
Facebook adalah jaringan sosial.
Bukan penjara yang kita tawarkan diri menjadi banduannya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

5 comments:

Sufy said...

kena berpada2 dlm guna saluran internet especially facebook :) wahh, abg ebi makin mantopp dlm fotografi oo...keep it up yah

Anonymous said...

btl2..biar kita mengawal facebook,bkn dia mengawal kita..

Khairul Onggon said...

FB saya dah lama dah terkawal sama jugak twitter sekarang pun namun yg tak terkawal ialah instagram hehehe.. Asyik nak snap jer gambo... Nice artikel yg dikongsikan bersama :)

Sophie Al-Yahya said...

Sebenarnya ada satu situasi kelakar pasal Facebook ni. Ramai orang jdikan fb medium nak berdakwah ke apa. Sedangkan pengasas fb tu sendiri orang yahudi. Dalam Al-Quran, banyak kali sangat disebut larangan mempunyai hubungan baik dgn orang yahudi.

jual beli barang bekas kantor said...

artikel nya sangat bermanfaat bagi saya terima kasih
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...