K A W A N

Wednesday, July 6, 2011

#WW1 | Wordless Wednesday #1

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Awan Nano
Location: LCCT | AirAsia Aircraft

Masalah menjadi masalah apabila kita menamakan sebagai masalah,
melihatnya sebagai masalah dan menganggapnya sebagai bebanan masalah.

Masalah adalah satu keseronokan apabila kita menamakan sebagai permainan,
melihatnya sebagai teman gurauan dan menganggapnya sebagai teman sepermainan.

Dalam permainan,
kemahiran dan semangat kesukanan yang menjadikan permainan itu hidup.
Tanpa kemahiran, kita tidak pandai sebarang permainan.

Tanpa semangat kesukanan, kita sering tertekan dan kelelahan.
Dan tanpa keduanya, kita pasti kalah dan tidak pernah menang.

Tuesday, July 5, 2011

Majlis Cukur Jambul | Fatimah Syarha Az-Zahra

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat malam semua. So ini adalah entri ke-2 untuk hari ini. Sebenarnya petang tadi nak kongsikan sesuatu dengan korang semua namun kerana kesibukan yang melanda maka terpaksalah ditunda ke malam. Oh ya! Tadi aku juga sempat pergi menderma darah. Ya aku menderma buat kali yang ke-10. Harap-harap darah aku ni nanti bolehlah digunakan untuk Cik Zoey ye. Hehehe.. Aku menderma buat kali ke-10 petang tadi dan untuk meraihkannya aku akan memasakkan diri ku sepinggan "Nasi Goreng Sosej".. Hehehe.. 

So malam ini, seperti yang aku janjikan sebelum ini di entri INI. Aku akan kongsikan dengan korang semua gambar-gambar sempena Majlis Cukur Jambul anak buah perempuanku yang ke-2, Fatimah Syarha Az-Zahra. So let us enjoy the photos..






Ok ini adalah antara gambar-gambar semasa Majlis Cukur Jambul tersebut. Insha'Allah di lain kesempatan aku kongsikan lagi gambar-gambar yang selebihnya. Buat masa ni aku bagi korang tengok 5 keping gambar ni dulu. Sebagai tanda aku menunaikan janji aku kat korang semua. Oklah aku nak masak dulu, korang layanlah gambar-gambar yang tak seberapa ni dulu ok. Assalammualaikum...

p/s: Tadi nurse tu cucuk jarum kasar sangat.. Sakit pula kali ni.. Selalu tak sakit.. Hmm takpelah Pn. Nurse saya maafkan awak.. ^_^

Mari Kita Mulakan Hari Ini Dengan Doa..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

"Puncak Gunung Kinabalu"
Location: Desa Dairy Farm | Mesilau | Kundasang | Sabah

Kita mulakan hari yang indah ini dengan doa kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa atas segala-galanya..

"Ya Allah... pilihkanlah untukku dengan kekuatan ilmu-MU dan tentukanlah untukku dengan kehendak-MU. Aku pohon kemurahan-MU yang sangat luas kerana ENGKAUlah yang boleh menentukan sesuatu. ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak kuketahui dan ENGKAUlah yang paling tahu hal-hal yang ghaib. Ya ALLAH.. jika sesuatu ini menurut-MU baik bagiku, kehidupan dan kesudahanku, maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah. Dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya, dan berilah aku kebaikan di mana saja berada dan redhailah aku kerananya.."


p/s: Semoga kita semua sentiasa mendapat barakah daripada-Nya..

Sunday, July 3, 2011

FJM 1st Outing!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



Semalam tanggal 2 Julai 2011 (Sabtu) telah menjadi hari yang bersejarah buat Encik Chot selaku Founder Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) kerana buat julung-julung kalinya sebuah Outing besar-besar telah diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


FJM 1st Outing ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua peminat-peminat Fotografi Jalanan dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia, untuk sama-sama berkumpul dan berkenal-kenal antara satu sama lain. Secara tidak langsung outing ini dapat mengeratkan lagi sillahturahim antara semua Photographers yang hadir ketika itu.




Serba ringkas butiran mengenai event tersebut:
Date: 2 Julai 2011
Venue Attack: Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Gathering/Assembly: Depan Maybank, Bukit Bintang
Duration: 4 hrs 8am to 12PM
Guest Partner: Street photographer dari Sabah | Komuniti Jebat.net

Ok jom layan gambar...

Photo credit to MNJ
Photo taken by me using D3s Sifu MNJ
Photo credits to MNJ
Fish Eye lens is awesome dude!!
Photo credits to MNJ
Photo credits to Wan's Photography
The Founder | The Organizer | The Legend | The President | Mr. Chottouch
Kepada anda yang berminat untuk melihat karya-karya Jalanan ini,
anda bolehlah klik link dibawah ini:

Mr. President (Mr. Chot) | Mr. Ekamil | My Sifu (Mr. MNj)

p/s: Kebanyakan gambar kat atas ni kecuali gambar last aku cilok dari tempat sifu aku sebab dia ada Fish Eye Lens.. Hehehe...
p/s/s: Outing ni best and meriah giler.. Lebih dari 200 photographer berkumpul menjayakan outing ini.. Well done you all!!! SALUTE....

Saturday, July 2, 2011

13 Tahun Lamanya..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Pada 27hb Jun 2011 bersamaan dengan hari Isnin yang lepas, hari tersebut merupakan hari di mana aku sedang dalam perjalanan pulang dari Ranau ke Kota Kinabalu. Perjalanan seawal jam 4.30 pagi ini adalah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Kak Eba. Seawal perjalanan mataku masih celik dan segar tapi lama kelamaan mata mulai redup dengan kabus yang mulai menebal. Aku tidur-tidur ayam...

Beberapa kali aku terbangun dengan cahaya lampu tinggi dari kereta yang berada dihadapan, aku terjaga.. Sesekali melihat fajar yang mulai terbit sambil mengagumi kebesaran Sang Pencipta. Langit mulai bertukar warna merah keorenan.. Sungguh indah cipta Allah. Tapi merasa sedikit kesal kerana kamera kemas tersimpan di bonet belakang kereta. Terpaksalah merakamkan moment tersebut dengan pancaindera pemberian Allah ini. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kami tiba di perkarangan rumah dalam jam 7.15 pagi. Sewaktu hendak melangkah naik ke rumah tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. "Ibuku" nama yang tertera diskrin telefon.. Aku merasa pelik?? Aku menjawap panggilan..

Astagfirullah hal azim.. Suatu lagi berita buruk yang aku terima. Ibu mengatakan bahawa kereta Ayahku telah 'diambil tanpa izin'!!. Ya! 'diambil tanpa izin' hanya dihadapan rumah.  Kejadian tersebut baru sahaja berlaku kira-kira dalam jam 6.50 pagi. Waktu itu Ayah tengah bersarapan dan Ibu pula tengah mengosok baju kerja Ayah. Sungguh tidak bertatasusila dan bertamadun perompak itu. Berani sungguh kau membuat onar. Kejam sungguh kebajinganmu itu. 

13 tahun dalam kenangan...
Kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitar Sabah yang pernah melihat Hilux Single Cabin seperti gambar diatas. Sila maklumkan kepada saya dengan segera, ataupun anda bolehlah terus membuat laporan kenampakan keberadaan lokasi pick-up tersebut di Balai Polis yang berdekatan dengan segera. Kerjasama serta keprihatinan anda semua, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik anda semua. Terima kasih semua!!

Semoga manusia yang bertanggungjawab membuat kekejian ini mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Semoga Allah menunjukkan kepadanya, apa yang terbaik buatnya apabila dia mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kami sekeluarga redha dengan kejadian ini. Kata Ayah, "Rezeki dia.. Apa boleh buat.." Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Kami percaya setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Tidak mungkin terjadi begitu sahaja..


p/s: Kesian kat Ayah terpaksa naik Motor pergi kerja.. Aku risau.. Hmm...

Friday, July 1, 2011

Tinggalkan Aku...

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Waterfront KK

Kau kata padaku cinta dan sayangmu telah tiada..
Sendiri aku menahan pedih ini..
Hilang semua rasa, habis begitu saja..
Untuk bersama buat selamanya..

Pergi sudah tinggalkan aku..
Bukanku tak ingin kau ada..
Bukanku tak ingin kau kembali dalam cerita hidupku ini..
Tapi aku rasa kau pasti bahagia tanpa diriku..

Bisikan kata akhirmu itu,
Salah sangkamu itu,
SMS akhirmu itu..
Menusuk jiwaku.. Sakit!

Pergi sudah tinggalkan aku..
Pergilah dari hidupku, tinggalkanlah aku..
Ku doakan agar kau dan aku ketemukan sinar-Nya..
Insha'Allah dengan izin-Nya...



p/s: Aku seikhlas hati mendoakan yang terbaik buat dirimu.. 
Halalkan.. Redhakan.. Ikhlaskan.. Kenangkan..
Amin..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...