سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Pada 27hb Jun 2011 bersamaan dengan hari Isnin yang lepas, hari tersebut merupakan hari di mana aku sedang dalam perjalanan pulang dari Ranau ke Kota Kinabalu. Perjalanan seawal jam 4.30 pagi ini adalah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Kak Eba. Seawal perjalanan mataku masih celik dan segar tapi lama kelamaan mata mulai redup dengan kabus yang mulai menebal. Aku tidur-tidur ayam...
Beberapa kali aku terbangun dengan cahaya lampu tinggi dari kereta yang berada dihadapan, aku terjaga.. Sesekali melihat fajar yang mulai terbit sambil mengagumi kebesaran Sang Pencipta. Langit mulai bertukar warna merah keorenan.. Sungguh indah cipta Allah. Tapi merasa sedikit kesal kerana kamera kemas tersimpan di bonet belakang kereta. Terpaksalah merakamkan moment tersebut dengan pancaindera pemberian Allah ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kami tiba di perkarangan rumah dalam jam 7.15 pagi. Sewaktu hendak melangkah naik ke rumah tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. "Ibuku" nama yang tertera diskrin telefon.. Aku merasa pelik?? Aku menjawap panggilan..
Astagfirullah hal azim.. Suatu lagi berita buruk yang aku terima. Ibu mengatakan bahawa kereta Ayahku telah 'diambil tanpa izin'!!. Ya! 'diambil tanpa izin' hanya dihadapan rumah. Kejadian tersebut baru sahaja berlaku kira-kira dalam jam 6.50 pagi. Waktu itu Ayah tengah bersarapan dan Ibu pula tengah mengosok baju kerja Ayah. Sungguh tidak bertatasusila dan bertamadun perompak itu. Berani sungguh kau membuat onar. Kejam sungguh kebajinganmu itu.
13 tahun dalam kenangan... |
Kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitar Sabah yang pernah melihat Hilux Single Cabin seperti gambar diatas. Sila maklumkan kepada saya dengan segera, ataupun anda bolehlah terus membuat laporan kenampakan keberadaan lokasi pick-up tersebut di Balai Polis yang berdekatan dengan segera. Kerjasama serta keprihatinan anda semua, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik anda semua. Terima kasih semua!!
Semoga manusia yang bertanggungjawab membuat kekejian ini mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Semoga Allah menunjukkan kepadanya, apa yang terbaik buatnya apabila dia mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kami sekeluarga redha dengan kejadian ini. Kata Ayah, "Rezeki dia.. Apa boleh buat.." Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Kami percaya setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Tidak mungkin terjadi begitu sahaja..
p/s: Kesian kat Ayah terpaksa naik Motor pergi kerja.. Aku risau.. Hmm...
10 comments:
eeeeeeeeee... tulah namanya org pemalas... 'ambil harta org aja tahu'... kagum dengan sikap tenang bapa awak... semoga perompak tu dijumpailah hendaknyaa....
teringin nak ke sabah :|
a ah,kalau jat kat tempat Eb,jat pun risau.panas pn risau da,hujan apath lagi.
@Bidadari Syurga
A'aa akalnya pendek...
Smuanya nak senang..
Xda apa yg perlu dimarahkan..
Xda apa yg perlu dgembar-gemburkan..
Hanya perlu bertenang, berusaha dan berdoa kpd Allah memohon bantuannya.. Kerna Allah tau apa yg stimpal utk org itu...
Aku pn risau jg mula2 klu Ayah x tenang tp syukur..
@Anisa Hang Tuah
Sila la melawat-lawat Sabah bersama org tsyg.. hehehe.. jln2 la.. ronda2...
@zati embong
Tu lanye... Da la Ayah cpt pening..
Hmm smua dipermudahkan segala urusan Ayah..
sayangnya.. kesian ayah EB. hrp boleh jumpa baliklah lepas ni. tp tu lah, lepas ni kena lebih hati2 lah..
Heart In A Cage
.
@Nini Hartini
A'aa tu la psl.. mmg kena bhati2 lebih lps ni..
Thanks akak..
eiiiiiiii geramnye!hrp2 pencuri tu dapat balasan!grrrrr
@::p0t pEt iLa::
Ya kita serahkn kepada Allah untuk memberi hukuman yg stimpal dgn beliau.. Insha'Allah...
Post a Comment