K A W A N

Monday, July 11, 2011

Bridal Outing | Taman Botani, Putrajaya

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Selamat pagi diucapkan kepada anda semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Semoga kebersihan diri sentiasa dijaga. Jangan dipandang enteng mengenai kebersihan kerna ia bisa membawa wabak dan kebinasaan suatu hari nanti. 

Selama 2 hari lepas, yakni pada hari Sabtu dan Ahad, saya tidak dapat mengemaskinikan blog terchentanya pun. Mohon sejuta kemaafan buat mereka yang ternanti-nanti akan entri baru daripada tuan punya blog yang terlalu sibuk ini. Kesibukan ini bukan dibuat-buat tapi telah dirancang rapi.

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengikuti sebuah outing yang bernama Bridal Outing. Outing ini  telah dianjurkan oleh Kak Fienaz dan bertempat di Taman Botani, Putrajaya. Dek kerana outing inilah telah menyebabkan saya terbantut untuk mengemaskinikan entri kat blog.

Walau bagaimanapun, anda semua tak perlu risau segala gambar semasa Bridal Outing ini Insha'Allah akan saya updatekan dari masa ke semasa. Untuk teaser anda bolehlah lihat gambar kat sebelah kanan yang telah saya potong separuh ini. 

Untuk pengetahuan anda semua, gambar kat sebelah ni lah gambar Kak Fienaz yang mana dia juga merupakan penganjur dan talent untuk outing ini. Kak Fienaz memang sangat-sangat comel dan cantik orangnya dan beliau juga sangat-sangat peramah. Seronok bekerja dengan Kak Fienaz. Tidak lupa juga kepada suami beliau, Abang Amy yang sangat-sangat sempoi.

Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat saya Mono yang telah menjemput saya untuk mengikuti outing ini. Kalau dia tak inform mungkin saya tak tahu pasal outing ini. Juga tidak lupa kepada talents sewaktu outing tersebut iaitu 10 pasangan pengantin yang sangat-sangat talented dan cantik-cantik dan hensem-hensem belaka. Terutama sekali buat couple talent yang saya shoot, Amar dan Aiman. Juga kepada kepada MUA (Make-Up Artist) yang bertungkus lumus mencantikkan talents yang ada, Kak Azilla dan ramai lagi yang saya tak sempat nak ingat nama mereka. Rakan-rakan photog yang banyak beri tunjuk ajar. Terima kasih kat korang semua, anda semua memang ROCK!!!!!

Selesai outing ini, keesokkan harinya yakni hari Ahad saya ke 1MAFO Model Shootout pula di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Untuk gambar sewaktu event ini pula Insha'Allah saya akan updatekan dari masa ke semasa. Tapi sekiranya anda ingin melihat hasil daripada lensa saya dengan kadar yang segera, anda  boleh terus ke Facebook untuk berbuat demikian. Okay! Maaflah buat anda tertunggu-tunggu.. (Adakah yang tunggu??? Hehehe...) 

p/s: Petang ni nak shoot bunga-bunga kat Pesta Floria depan Office ni pula lah.. Hehehehe.. Haaa buat mereka yang suka  nak tengok bunga-bunga yang cantik menawan anda bolehlah ke Presint 2, Putrajaya untuk melihat pelbagai jenis bunga yang sememangnya cantik-cantik dan segar-segar begitu. 


28 comments:

Ce'gu JAERA said...

memang menarik orangnya... (",)

EB said...

@Gen2Merah
Oh itu sudah semestinya.. hehehe..

Unknown said...

nice pic..hehe..aku da pegi tu floria..memang the nice 1 la..roses r everywhere..sapat² la ko pigi tinguk..hehe

zati embong said...

a ah cantik!eb nk berjinak2 nk jd OP ke?

O.o

EB said...

@nong
Ba klu brani turun la ni ptg aku shoot ko trus dsana hehehe.. Bukan x mau pigi yg awal² tp tu la ada event lain lg.. klu x mmg turun suda sana tu.. hehehe..

EB said...

@zati embong
A'aa Jat..
EB OP jg slalu.. tp utk event lain..
Utk wedding eb jd AP je.. Hehehe...
Gmbr x gempak lg tu la psl jd AP je.. hehehe.. Thanks Jat sbb suka...

FadhDeela said...

betul2 separuhh dia bg erk hihihi :D

Bidadari Syurga said...

kerja awak dengan awek2 cun aja nie... tak tersangkut satu ke? ehem ehem..... cantik pic...

EB said...

@fadhdeela
Hahaha.. Sabar naa...
Separuh² dulu.. hahahaha..

EB said...

@Bidadari Syurga
I need to be professional...
Klu yg kat dlm ni x blh bini org ni.. Aku nak yg tudung labuh.. hahahaha....

Unknown said...

hehe..aku memang angan² maw direct pegi lagi ni ari lepas keja ..luas ba tmpat tu..saiz ni urang lagi kecik ya amat..semna ko maw jumpa aku tu?haha

EB said...

@nong
Sya msg la ko.. Alaa ko jmpa jg sya tu nnti... Gumuk baini sya.. hehehe.. Ba ko email ko pnya phone no demail sya.. asynor@gmail.com

Unknown said...

roger²..sent oredi tuan..haha

EB said...

@nong
Ok disimpan dengan selamat...

Unknown said...

huahaha..okeii²..

EB said...

@nong
Hahaha laju ja ko kn...

Unknown said...

haha..jangan nda taw..dapat award ni..paling manang..kunun..haha

EB said...

@nong
Hahaha ni kali la nong...

Unknown said...

hahaha.ni kali arr..

belog|amiyo said...

gambar nya yang cantik :)

EB said...

@nong
Nong ko dgmbr profile ko ni nmpk sihat.. skali jmpa kecik ja.. napa tu? bnyk mkn hati ka ko ni?

EB said...

@belog|amiyo
Oh terima kasih...
Tuan pnya bodi pn cantik jg..
Jd gmbr pn btmbh²la cantik...

Unknown said...

aduii EB..hinaan ka tu? haha..ada ka plak aku mkn hati..ambik hati sak ba..hehe..nda pa..nanti tunggu la aku membesar ngan sihatnya cam ko..hehe

EB said...

@nong
Hohohohoho jgn ba ko marah..
nnti ko x comel lg.. hehehe..

Unknown said...

lalalalalala...nda marah ba..masih sentesa cumil lg ni..haha..perasannya..matai no

EB said...

@nong
Bgs².. Jgn marah² x bgs...
Jd la mcm sya yg x pndi marah.. Jd snyum slalu..

Unknown said...

ya la tu..oleh kerana ada da yg tegur tu profle pic, kena tukar l atu nmpaknya..T_T

EB said...

@nong
Alaaa pki ja ba.. Muka mu jg bukan muka org lain.. hiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...