سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Kadang-kadang hati berasa curiga dengan orang..
Perasaan curiga datang akibat persekitaran sekarang..
Kepercayaan sesama insan, lama-kelamaan semakin menghilang..
Menghilang kerana jarang disemai nikmat berkasih sayang..
A lovely kiss from her daddy.. Sweet right.. Location: Monumen Alaf Baru | Presint 2 | Putrajaya |
Agama Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersifat dengan sikap berprasangka baik di dalam kehidupan berbanding dengan sikap berprasangka buruk yang jelas sekali begitu keji dan tercela. Seorang ulama terkenal Syeikh Abdul kadir al- Jailani pernah berpesan kepada kita dengan katanya:
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".
p/s: Yang baik datangnya dari Allah swt.. Yang buruk dan jelek semuanya datang dari diri aku sendiri.. Renung-renungkan.
p/s/s: Tapi berhati-hati itu perlu juga.. Tepuk dada tanya iman.. Semua dah besar panjang dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang burukkan.. heee..
p/s/s: Tapi berhati-hati itu perlu juga.. Tepuk dada tanya iman.. Semua dah besar panjang dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang burukkan.. heee..
14 comments:
Yeah. kita kena slalu think positif.. tp x salahkan kalau rasa hati2 tu diserapkan jugak.. kan? kan?
MySuaraBlog: Blog Pilihan : Daniel Adie
EB..nis suke sume foto kamu..
cool
:)
@ZWAN SABRI
Seimbangkan...
@Anisa Hang Tuah
Alhamdulillah..
Bgsla klu kmu suka..
Pemangkin semangat untuk eb terus berkarya ni.. huuu.. syukran Nis....
cantik gmbr :))
like!
@unieMARKS :)
Terima kasih awak... ^^
sy cube utk bsangke baik.. :)
Hehe..aku macam nampak laen plak meaning pic ni..^_- tapi aku belum ke arah untuk menyalah fahamkan arr..hehe..neway, nice pic ba..! and syukran untuk those pekongsian..^_^ keep it up..!
@najatulanirah
Coba jgn x coba.. hehehe...
@nong
Apa yg lain tu Zila??
Afwan Zila.. Ilmu Allah ini harus dikongsi² barula blh bkembang..
suwit...tp saya nih selalu berprasangka dgn org..camne tu? T_T
@zOeY zAu YaH
Berprasangka tu harus ada.. tp jgnla berprasangka buruk je.. Harus diperseimbangkan dengan keadaan.. Okay.. EB pn sama tp eb akan try utk berprasangka baik dan eb serahkn smuanya kepada Allah..
kitorg selalu kena marah dgn bos.kdg2 fikir positif tp kdg2 kalau da marah xleh tahan,abeslah.
@zati embong
Semua ada jangka hayatkn Jat..
Post a Comment