سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih kepada Dr. Azhar Hj. Sarip atas cerita dan ilmu ini. Saya memohon seikhlas hati kepada Dr. untuk saya kongsikan cerita ini kepada semua agar ilmu ini bisa dimiliki dan difahami mereka yang lain. Jika anda pernah mendengar kisah ini, renungkanlah sejauh mana anda sudah mempunyai jati diri dan bagi yang baru mengetahui, hayatilah... moga beroleh motivasi diri.
Katak Floria Location: Pesta Floria, Putrajaya |
Pada suatu ketika ada sekumpulan katak berkumpul untuk mengadakan satu pertandingan. Mereka berbincang apakah pertandingan yang dapat memberi cabaran yang dapat menguji serta memperlihatkan kehebatan katak dan bilakah waktu yang sesuai untuk mereka mengadakan pertandingan tersebut. Pelbagai cadangan diterima, ada yang mengatakan pertandingan mencari serengga, ada juga yang mencadangkan pertandingan suara terhebat dan banyak lagi.
Tiba-tiba seekor katak yang datang dengan cadangan lain dari yang lain. Katak tersebut mencadangkan agar diadakan cabaran perlumbaan ke puncak menara komunikasi yang begitu tinggi. Ramai yang terkejut mendengar cadangan yang tidak masuk akal ini. Namun, katak itu bukanlah katak sembarangan, dengan hujah yang begitu menakjubkan, maka kumpulan katak itu bersetuju untuk mengadakan pertandingan tersebut.
Setelah dipersetujui waktu dan tarikh, maka promosi pertandingan itu diadakan secara besar-besaran. Banyak katak menyertainya kerana hadiahnya yang lumayan dan mereka bakal mencipta rekod dunia. Masing-masing mula berlatih, menambah stamina dan pelbagai cara lagi dilakukan untuk memastikan mereka sihat dan kuat pada hari pertandingan dan tidak lupa juga mereka mencari pakar-pakar motivasi untuk menolong mereka dari segi moral.
Pada suatu pagi yang nyaman, mereka berkumpul tidak jauh dari menara yang tinggi itu bagi memulakan pertandingan. Begitu ramai penonton mengelilingi katak-katak tersebut bagi melihat satu pertandingan tidak masuk akal. Katak-katak tersebut begitu bermotivasi kerana telah menjalani latihan yang cukup serta telah dimotivasikan oleh mereka yang pakar.
Sebenarnya hampir kesemua penonton yang datang tidak percaya yang katak-katak ini akan berjaya memanjat menara jaya yang cukup tinggi itu. Kedatangan mereka hanyalah untuk melihat kegagalan katak-katak tersebut dan bagi mereka ia pasti menghiburkan apabila melihat setiap seekor katak yang bertanding jatuh kecundang dengan pelbagai aksi.
Setelah kesemua peserta bersedia, maka pengadil meniup wisel tanda permulaan telah dimulakan. Melompat-lompatlah katak-katak tadi dengan penuh harapan akan menjadi juara tambahan lagi wang untuk persediaan telah banyak dilaburkan.
Ketika bermulanya pertandingan.......
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hehehe seperti biasa cerita ni agak panjang dan demi mengelakkan daripada anda semua terkebil-kebil lagi bosan membaca cerita ini makanya saya akan sambung cerita ini di entri yang ke seterusnya. Sabar ye, saya amat yakin cerita katak ini tak akan membosankan anda. Cerita ini amat menarik dan merupakan kesinambungan daripada entri saya sebelum ini "Hmm.. Takkan menang punya..". Jadi sama-sama kita nantikan sambung cerita katak ini. Tunggu...
p/s: Aku rindukan kedamaian... Aku rindukan ketenangan...
14 comments:
cam best je..tempat kat ptrajaya ni..
hehe.
lol~ mn smbungannye~ huuhuhu
ayarkkk!
eb saja kan nk bt jat tertunggu!
O.o
aiyooo, saspenn ja
@khairul akmal azman
Bukan lg mcm.. tp mmg best.. Dtg la esok pasti ramai org lg.. Bunga2 smua cantik2.. Klu mlm da mcm i-City da.. hehehehe...
@SoLy SoLicious
Sabo sabo..
Katak² nak brht dulu.. hehehe.. Sabo ye... Insha'Allah ptg ni..
@A.s.t.i.n.a
Waaaa welcome back...
I really miss you.. Waaaaaaaa...
@zati embong
A'aa jujur mmg itu niat eb.. nnti bila abis trus korg muak nak baca.. hehehe.. tp eb tau jat x bgtu.. dun worry..
@❁ نور يوسمهانياي ❁
Hee sabo ye.. tngu...
mne sambungan ny en eb?? =)
@najatulanirah
Hahahaha sabo ye...
Eb tngh taip..
Sabar².. baca luk yg ni balik² pn xpe...
cantik..ceria je replika katak tu..x ada plk aku ambil heee.
* cerita yg memotivasikan :)
@Nurr Kasih
Hehehe.. Sbb aku teringat cerita pasal katak ni tu yg aku ambik tu...
Yupp sangat bermotivasi... baca la lg..
Post a Comment