سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Hai apa khabar semua? Alhamdulillah akhirnya di pagi Isnin ini, aku punya peluang untuk menconteng kembali dinding kesayangan aku ini. Masih banyak ruang-ruang kosong yang harus aku penuhkan, masih banyak idea-idea, ilmu-ilmu, info-info, luahan perasan yang ingin dikongsikan. Mohon sejuta kemaafan andai ada yang merindui diri ini atau lebih tepat lagi entri terbaru daripada blog ini. Harus menyedarkan diri, mana mungkin ada yang merindui diri ini. Ok.. Ok.. Sebelum menyimpang lebih jauh, ingin aku memperjelaskan kenapa ada kesunyian melanda beberapa hari ini.
Dek kerana terlupa membayar perkhidmatan interent yang aku "sewa" daripada P1wimax, maka mereka pihak yang berwajib telah memutuskan perkhidmatan tersebut untuk sementara waktu. Pengajaran bagi diri ini, jangan memperlambat-lambatkan pembayaran. Wajib dibayar apabila sampai waktunya. Akhirnya aku telah terputus hubungan dengan dunia selama 3 hari. Masa yang singkat namun memberi impak yang cukup besar kepada diri sendiri.
Hidup bagaikan nak gila tanpa kemudahan akses internet. Ditambah lagi dengan rumah yang tidak mempunyai Televisyen. Ingin sahaja diusung laptop mahal ini ke Mc'D. Aku mention laptop mahal sebab ianya memang mahal dan disebabkan ianya terlalu mahal maka aku terlalu malu untuk membawanya ke kedai Pak Mc'D. Risau ditertawakan orang, malu andai ada orang mengatakan begini, "Laptop mahal tapi online kat Mc'D". Huu.. akhirnya membatalkan niat suci yang difikirkan sebentar tadi.
Akhirnya aku telah menghabiskan drama ini dalam masa 2 hari tanpa henti:-
Setelah lama aku tak berkesempatan untuk menonton series ini akhirnya selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad aku telah melangsaikan series ini sekali harung. Kesimpulannya, drama yang banyak info dan ilmu yang berlandaskan realiti pengalaman sehari-hari dalam kehidupan kita. Aku suka akan hubungan dan kemesraan mereka dalam sebuah kejiranan, walaupun bermacam-macam ragam yang harus mereka hadapi daripada ramai orang samaada sahabat mereka, jiran mereka dan juga diri mereka sendiri. Aku suka drama ini!
Berita gumbira ini aku ingin kongsikan kepada anda semua dan juga diri aku sendiri, kemudahan akses interent, Insha'Allah akan pulih semula pada hari ini setelah 2 hari aku menanti agar disambung kembali. Namun diri harus positif agar tidak menyalahkan mana-mana pihak malahan aku harus menyalahkan diri sendiri atas kelalaian ini. So kepada anda semua, Insha'Allah EB's Wall akan bersiaran kembali seperti biasa.. (Dah macam station TV dah aku rasa..) Hehehe..
p/s: Kalau aku nak story pasal cerita cinta, korang nak baca tak??
10 comments:
Btol tu btol, mmg tak boleh hidup tanpa internet.. Rasa macam something wrong somewhere je kan..
owh.. suka tgk crita desperate housewife ek? ;)
MySuaraBlog: Kunyah Untuk Kurus
@ZWAN SABRI
Hehehe tau xpe...
Nasib baiklah ada lg benda yg blh dibuat.. Tp mmg malas nak kuar rumah.. ehehe..
Mmm sya layan semua movie n drama yg best².. Dan cuba cari apa mksd tersirat yg ingin dkongsikan dlm sesebuah cerita itu...
hahahahaha !!! len kali lupa lae bayar r bro .. buat pngajaran suma 2 ... jgn suka mlmbat2kn sesuatu hal .. nnty smua bnda mw dlmbatkn tw .. :P .. btw , love story ???? ce cite ce cite .. hihihi
@Idayu MZilysm
Hahahaha... tu la kn.. pdn muka...
Hehehe mau dngr ka? Hehehe tp nnti ada yg nangis.. nnti la.. Abg eb stok utk mlm k..
x blh idup tanpa tenet kan hehe..dan EB dh ingatkan saya psl bil tenet blum dibayar T_T
baca2!storylah eb.
jat pn nk blik kg ni,cam x berupdate la jwabnya.
Eb tgk full episode kt mana eh??... ermmm akk dh nk dpt adik ipar ke? hehehehhehe
@zOeY zAu YaH
Blh idup lg.. tp blh gila la.. hahahaha..
Sbb eb tau c Zoey rindu eb.. hahahahaha gelak lg.. hahahahaha... gelak lg.. hahahaha...
@zati embong
Alaaa x nak la story.. Jat x baca nnti.. huuu..
@Nini Hartini
EB tngk kat umah je kak..
Dr extrnal hdisk.. hehehe.. da lama peram baru dpt tngk.. hehehe..
Adik ipar?? Hmm blh lg kak.. Ni nak story kisah lalu ni.. Harus mengeluarkan semua dada seblum Ramadhan agar x dbelenggu perasaan.. hehehe..
Post a Comment