سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Orkid lah! Location: Inside Nadi Putra | Presint 11 | Putrajaya |
So malam ni saya nak kongsikan dengan anda semua seperti mana yang telah saya janjikan iaitu Siri ke-2 bagi entri saya sebelum ini, Sebutir Gandum!. Bagi sesiapa yang ingin membaca entri ini saya galakkan anda untuk membaca entri di Siri 1 terlebih dahulu supaya anda fahami sepenuhnya mengenai kisah yang saya tulis disini. So anda boleh klik di SINI untuk membaca entri Sebutir Gandum! ~ Siri 1. Ok selamat membaca dan fahami setiap bait kata sang semut.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Namun, alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati semut tersebut hanya makan setengah butir daripada gandum yang diberi sebulan dahulu dan bukan seperti yang diberitahu.
Melihat keadaan demikian, Nabi Sulaiman berkata, "Pembohong kamu! Sebulan yang lalu kamu memberitahu yang kamu perlukan sebutir sebulan tetapi setelah sebulan kamu sebenarnya hanya makan setengah butir sahaja!!"
Sang semut yang sentiasa jujur kepada dirinya dan orang lain terus memberitahu, "Benar, aku bukan pembohong dan aku tidak berbohong. Jika aku mencari di atas batu, maka aku pasti makan apa yang ada hingga menyamai jumlah sama seperti sebutir gandum selama sebulan. Ini kerana makanan ini datangnya daripada ALLAH dan DIA tidak pernah lupa padaku walau sesaat. Namun, apabila aku kamu letakkan dalam sebuah bekas yang ditutup, maka rezeki aku kini bergantung pada kamu dan aku tidak boleh percaya kepada kamu. Justeru itu, aku hanya makan setengah sahaja supaya ia dapat bertahan selama dua bulan. Aku takut kamu lupa tentang makanan aku."
Nabi Sulaiman a.s diam dan menginsafi dirinya. Betapa hebatnya seekor semut yang dapat memberi satu gambaran baru kepada nabi ALLAH dari perspektif kehidupan. Walau tubuhnya kecil dan tidak sebesar manusia dan walau akalnya tidak seperti manusia yang mampu berfikir, namun sang semut amat yakin akan kekuasaan ALLAH yang mencipta daan menjaganya.
Ini amat berbeza dengan manusia yang tubuh badan jauh berganda besar daripada semut malah dilengkapi akal untuk berfikir tetapi malangnya kebergantungan dengan TUHAN yang Maha Mencipta dan Maha Menjaga tidak langsung dipedulikan. Jika hidup ini tidak didahului dengan iman, rosak binasalah struktur yang dibina biar berjuta besi waja menjadi penahan... hilang binasa ditelan kemodenan yang tidak bertuhan.
p/s: Indah bukan kisah Nabi Sulaiman a.s ini. Sungguh membuka minda dan memberi banyak pengajaran. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Azhar Hj. Sarip untuk ilmu ini..
8 comments:
suka ayat 2 perenggan yang last tu.. ^^
Secara personal, momoy suka blog EB yang cantik semua gambar2, ada nur Islam dan kadang2 buat momoy terasa insaf.
MOmoy perasan kesumua entry EB ni humble.
ayat2 dalam entry tenang je bila baca
Tahniah EB
blog sangat2 bermutu dan berkualiti
@Fay
Alhamdulillah.. Bgsla klu Fay suka..
Tu smua ayat2 yg perlu kita fikirkn dan perlu kita adaptasikn dlm khidupan..
@.::: Princess MOMOY :::.
Alhamdulillah...
Syukur klu Momoy dpt sesuatu yg bermakna dr blog atau penulisan Eb ini.. Eb jjurnyala.. Eb x nak blog eb ni menjadi luahan perasaan yg tidak bertamadun.. Eb x mau bila org baca org akan mdpt dosa.. Biarla apa yg eb baca ni ada nur dan smua org blh beroleh pahala..
"Klu dosa blh disebarkan dengan cpt n tangkas.. knapa pula pahala tak boleh kn..."
Tp eb minta maaf bebnyk kat Momoy, sbb eb slalu on9 blog ni kat ofc.. tp once eb kat ofc eb x blh buka blog yg domainnya guna dot.com trutama sekali blog.. so eb mmg jarang da ke blog momoy.. sorry ye..
Apa yg baik dtgnya dr Allah..
Yg bruk smuanya dtg dr diri EB sndiri...
Syukran Momoy..
itulah,bnyak lg ksah2 nabi yg jat xtahu rupanya.setiap kisah 2 ada pngajaran dia kan,
@zati embong
A'aa mmg bnyk lg.. Insha'Allah klu ada ksempatan eb kongsikn lg k..
byk perkara boleh kta amik pengajaran dari kisah sebutir gandum ni.
@wa khairul onggon
Sangat² bnyk pok...
Mmg mbuka minda.. Hanya seekor semut pnya pasal... Tp impaknya sangat² besar...
Post a Comment