سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Location: Putra Damai | Presint 11 | Putrajaya |
Selamat pagi semua, Alhamdulillah kenyang setelah selesai bersarapan dengan menu Nasi Goreng Cina + Ikan Bilis + Telur Mata, Mak Cik Cafe Mee Jawa Sri Perak. Haa namanya memang panjang, jangan marah ye. Pagi ini agak kelaparan sebab semalam ketika diri begitu bersemangat untuk memasak bihun goreng pada pukul 11.00 malam tetiba gas pula dah tamat riwayatnya, Innalillahi wainana ilaihi roji'un. Bersabarlah si comel yang sedang kelaparan ini, diteguknya air sebanyak mungkin kemudian tidurlah dia dengan perut yang lapar.
Di pagi yang indah ini pula, sewaktu aku menanti driver aku untuk datang ambil aku kat bus stand. Aku tersenyum apabila terlihat suatu kejadian yang cukup-cukup indah. Terharu hati ini apabila melihat seorang ibu mencium kedua-dua belah pipi ketiga-tiga orang anaknya dan kemudian memeluk erat anak-anaknya seorang demi seorang anak-anaknya, sebelum anak-anaknya memasuki perkarangan sekolah. Huuu such a sweet moment..
Melihat akan kejadian itu, diri merasa sangat rindu kepada kedua orang tua. Sudah lama rasanya tidak bersalaman dan mengucup tangan kedua orang tuaku. Dek kerana jarak yang begitu jauh, mereka di tanah Borneo aku di tanah Melayu. Maafkan anakanda, tapi jangan risau ayahanda dan bonda doaku kepada kamu tidak pernah lekang di bibir juga di hati ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan urusan ibubapa kita. Insha'Allah.
"Ya Allah ampunkan dosaku.. Dosa kedua ibubapa ku.. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku semasa aku kecil... Amin Ya Allah.."
Doa ini adalah doa yang sering aku baca sebelum aku salam dan kucup tangan ibu dan bapa ku, ketika hendak keluar rumah atau ke sekolah...
p/s: Aku rindu zaman kanak-kanak ku...
14 comments:
Amin!
btw, so sweetlah mak kanak2 tuu.. ;)
MySuaraBlog: Nak Peluk Kamu!
@ZWAN SABRI
Amin...
Yupp mmg sngt² sweet..
Buat aku rindu..
amin...
nice photo la EB (:
@Anisa Hang Tuah
Amin...
Syukran Nis..
Alhamdulillah.. Bgsla klu kmu suka.. Just a simple photo with a heavy meaning..
amin...
kau buat aku rindu ngan beliau aku la EB.. T_T
amin!! =) nice pic btw.. ^_^
@nong
Amin..
Mmg aku tngh merindu.. Dan aku tau ko pn rindu juga.. hehehe.. Xpa yg pting kita sntiasa mdoakan mereka disana.. Itu sahaja yg termampu...
@najatulanirah
Amin..
Syukran Naja...
Ciptaan Allah semuanya indah²..
cantik pic 2 eb.
xpe,nnt peluk cium anak2 eb plak k.jgn biarkan diorg rasa semua 2 even dalam kesbukan kita berkerja.
@zati embong
Syukran Jat.. Suka gmbr eb..
Mmm Insha'Allah..
Pastinya akan memberikan yang terbaik buat anak² suatu hari nanti..
Jat pn tau...
nice pics EB..mereka sts dalam doa kita :D
@Nurr Kasih
Heee thanks Nur Kasih...
Ya btl sentiasa...
EB sgt sweet..ank yg baik..=)
@zOeY zAu YaH
Oooo.. wajib menjadi anak yg baik dan sweet... Baru la blh bjimba2 dgn kedua org tua...
p/s: td mama eb kol tnya eb katner... pastu mama siap ulas pasal bola Mlysia vs Chelsea.. Ulasan pnjg lebor sbb eb x tngk bola td.. eb p men futsal.. Mama eb mmg suka tngk sukan.. hehehehe..
Post a Comment