سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
![]() |
| Orkid lah! Location: Inside Nadi Putra | Presint 11 | Putrajaya |
So malam ni saya nak kongsikan dengan anda semua seperti mana yang telah saya janjikan iaitu Siri ke-2 bagi entri saya sebelum ini, Sebutir Gandum!. Bagi sesiapa yang ingin membaca entri ini saya galakkan anda untuk membaca entri di Siri 1 terlebih dahulu supaya anda fahami sepenuhnya mengenai kisah yang saya tulis disini. So anda boleh klik di SINI untuk membaca entri Sebutir Gandum! ~ Siri 1. Ok selamat membaca dan fahami setiap bait kata sang semut.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Namun, alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati semut tersebut hanya makan setengah butir daripada gandum yang diberi sebulan dahulu dan bukan seperti yang diberitahu.
Melihat keadaan demikian, Nabi Sulaiman berkata, "Pembohong kamu! Sebulan yang lalu kamu memberitahu yang kamu perlukan sebutir sebulan tetapi setelah sebulan kamu sebenarnya hanya makan setengah butir sahaja!!"
Sang semut yang sentiasa jujur kepada dirinya dan orang lain terus memberitahu, "Benar, aku bukan pembohong dan aku tidak berbohong. Jika aku mencari di atas batu, maka aku pasti makan apa yang ada hingga menyamai jumlah sama seperti sebutir gandum selama sebulan. Ini kerana makanan ini datangnya daripada ALLAH dan DIA tidak pernah lupa padaku walau sesaat. Namun, apabila aku kamu letakkan dalam sebuah bekas yang ditutup, maka rezeki aku kini bergantung pada kamu dan aku tidak boleh percaya kepada kamu. Justeru itu, aku hanya makan setengah sahaja supaya ia dapat bertahan selama dua bulan. Aku takut kamu lupa tentang makanan aku."
Nabi Sulaiman a.s diam dan menginsafi dirinya. Betapa hebatnya seekor semut yang dapat memberi satu gambaran baru kepada nabi ALLAH dari perspektif kehidupan. Walau tubuhnya kecil dan tidak sebesar manusia dan walau akalnya tidak seperti manusia yang mampu berfikir, namun sang semut amat yakin akan kekuasaan ALLAH yang mencipta daan menjaganya.
Ini amat berbeza dengan manusia yang tubuh badan jauh berganda besar daripada semut malah dilengkapi akal untuk berfikir tetapi malangnya kebergantungan dengan TUHAN yang Maha Mencipta dan Maha Menjaga tidak langsung dipedulikan. Jika hidup ini tidak didahului dengan iman, rosak binasalah struktur yang dibina biar berjuta besi waja menjadi penahan... hilang binasa ditelan kemodenan yang tidak bertuhan.
p/s: Indah bukan kisah Nabi Sulaiman a.s ini. Sungguh membuka minda dan memberi banyak pengajaran. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Azhar Hj. Sarip untuk ilmu ini..









