K A W A N

Thursday, March 31, 2011

Poco-Poco Pada Pandangan Dr.MAZA

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




"TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS"
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Antara pandangan Dr. MAZA mengenai hal ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.

ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).

Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.

iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada Hari Raya, baginda menegaskan: Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. “Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.

iv. Atas asas ini, (pada pandangan Dr.MAZA) tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.

v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, tae-kwondo dan pelbagai lagi.

vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, Dr.MAZA menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.

Sumber: Minda Tajdid

Kelab Siang & Poco-Poco

سم الله الرحمن الرحيم

bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ya aku suka menari. Kamu? Mesti kamu pun sukakan. Di waktu zaman tua-tua ku dulu, yakni pada zaman kegemilangan Satria Baja Itam. Aku selalu jugalah tertewas dengan pujuk rayu rakan-rakan seotromen aku untuk menghadirkan diri di "Kelab Siang". Aku yang tidak ingin dikatakan ketinggalan zaman tanpa berfikir panjang bersetuju dengan ajakan mereka supaya aku "Up To Date".

Wang hasil kutipan derma ikhlas pelajar-pelajar yang berada di Sekolah sebanyak RM50.00 aku jadikan bekalan ke Kelab itu. Aku memang bijak dalam hal "meminta" derma ni, memang kepakaran akulah (cakap dengan wajah sombong..) Mengenai transpotation? Haa jgn risau, sahabat aku yang berjiwa hitam ni memang pakar dalam bidang meloloskan kunci kereta milik bapanya. Kereta akan kami free gearkan dahulu dan kami sorong bergotong-royong ke tempat yang selamat, kemudian barulah kami hidupkan enjin kereta. Apa yang penting?? Kerjasama!! Hahaha kami memang bijak!!

Bila berada di tengah-tengah malam si Pakcik Putih dan si Pakcik Biru sudah tiada lagi. Jalan pasti clear kerana mereka semua suda beradu di Rumahku Bukan Rumahmu. Kesempatan ini akan kami gunakan sebaik-baiknya untuk memandu dengan cermat iaitu dalam kelajuan 100 - 120 KM/J. Dulu budak lagi mana berani nak bawa laju. Penumpang pun agak ramai adalah dalam 5 - 6 orang 1 kereta. Penumpang yang ramai diperlukan untuk mendapatkan wang yang mencukupi. Jangan tanya kenapa.

Tiba di Kelab barulah kami berjimba-jimba, berjoget sakan tapi jangan risau walaupun aku pernah ke "Kelab Siang" aku tak pernah meneguk air kencing si Setan! Setan tetap Syaitan tahu. Tiada apa yang menarik melainkan si Gadis yang berpakaian seksi dan menari dalam keadaan mabuk dan si lelaki yang suka mengambil kesempatan yang terhidang. Aku hanya mampu duduk di kerusi dan mengoyangkan kepala lutut mengikut rentak muzik ketika berada di dalam itu kerana aku memang tak reti nak menari. Aku lebih suka memerhatikan orang. Itulah pengalaman aku ke "Kelab Siang" tiada apa yang menarik melainkan dosa semata. 'Up to Date' lah sangatkan.

Tapi tarian ini aku pandai. Poco-poco hahaha. Setelah berlatih dengan serius tarian ini selama lebih kurang sebulan akhirnya aku pandai sepandai-pandainya. Tapi sekarang Poco-poco dan tak boleh ditarikan lagi. So janganlah kita pandai-pandai menghalalkan yang haram. Eh HARAMkah? Yupp haram. Demi mengukuhkan kata-kata ini, aku sertakan sekali dengan surat dari Jabatan Mufti Negeri untuk makluman kita semua. Harap maklum dan sila ambik perhatian. (Ayat skema kan..)



p/s: Sebenarnya nak cerita pasal poco-poco tapi tak tahu pula sampai ada cerita kelab siang ni. Nanti aku cerita lagi detaillah pasal pengalaman aku ke Kelab Siang okay...
p/s/s: Pakcik Putih = Polis Trafik | Pakcik Biru = JPJ/Polis
p/s/s/s: Kini aku dah "Up To Date"

Wednesday, March 30, 2011

Guitar!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Gitar atau dalam bahasa Inggerisnya Guitar. Mesti kaworang semua tahu apa tu gitarkan. Tak kisahlah gitar yang kayu mahupun gitar letrik. Gitar merupakan salah satu instrumen terpenting dalam menghasilkan lagu. Dengan hanya sebiji gitar mampu menghasilkan lagu dengan petikan yang betul. Sepertimana adik NajwaLatip dia hanya perlu menyanyi dengan bertemankan gitar sahaja tapi dia mampu memaku mata kita untuk melihat dia berlagu. 

Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah mengenai sebuah video yang saya dapat daripada YT mengenai gitar. Mungkin kita semua mampu memetik gitar, tak kisahlah sama ada hanya tahu memetik secara rambang, mampu memetik dengan baik ataupun dengan cara yang luar biasa. Untuk cara yang luar biasa sila lihat video dibawah ini.


Lihatlah kepantasan beliau bermain gitar, sungguh membuatkan aku teruja dan mungkin juga anda yang melihat video ini. Beliau bernama Tiago Della Vega merupakan seorang pemain gitar yang berasal daripada Brazil. Dilahirkan di Caxias de Sul, dia mula bermain gitar akustik ketika berusia 5 tahun. Selepas setahun, dia mulai mengenal gitar elektrik dan dia merasakan gitar eletrik sangat-sangat mengujakan dan mula belajar dengan lebih serius selepas itu. Dia belajar bermain gitar selama 14 jam sehari.

Tiago della Vega bermain gitar untuk kumpulan After Dark dan Fermatha. Pada ketika ini, dia mengajar melalui bengkel di serata dunia. Dia juga merupakan pemegang Guinness World Record bagi gelaran "Pemain Gitar Terpantas di Dunia". Memainkan lagu The Flight of The Bumblebee by Nikolai Rimsky dengan kepantasan 340 bpm (beats per minute). Beliau menggunakan gitar yang mempunyai 7 -strings di mana mempunyai 24 frets.


p/s: Kalau saya tak boleh mustahil anda semua tak boleh kot... hahaha..
p/s/s: Aku mau pergi main futsal luk.. Daaaa...

Jom Join Bloglist ChilaBaey's Spot!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

©ChilaBaey's Spot | 2nd Batch: Blogger Bloglist Mac - April 2011
Lihatlah banner sebesar-besar alam yang cantik menarik dan memang de'Boom ni. Haa kalau rajin sila cari benda yang tersembunyi. Sweetkan banner ni. Kaworang tak jeleskah? Hahaha tak jeles? Silalah jeles. Kalau tak jeles pun buat-buatlah jeles. Hehehe. Okay kepada sesiapa yang nak gambar profile dan nama blog anda ada dalam banner macam kat atas tu silalah merajinkan diri anda untuk ke terjah ke blog Abang Muzafar ~ ChilaBaey's Spot.

So apa fikir lagi, marilah kita sebagai blogger yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, beramai-ramai memeriahkan bloglist Abang Muzafar. Bagi memudahkan anda semua untuk turut serta dalam bloglist beliau, anda boleh klik link ini -> "2nd Batch: Blogger Bloglist Mac - April 2011" atau klik saja banner di bawah ini.



Abang Muzafar atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dalam dunia blogging ini sangat humble orangnya. Beliau juga sangat-sangat peramah dan sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada bloggers yang baru mulai berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Lihat saja pada petikan ayat beliau ini:-

"Blog aku bukanlah blog yang menjadi pilihan orang, lagi² blogger² yang dah lama dan ramai followers.... Cuma kebanyakkan mereka yang baru berjinak2 dengan dunia blog sahaja... Biasalah blog picisan luahan rasa yang nak dikongsi bersama sahaja... Bukan blog cari duit atau business... Lagi satu aku tak promote pun blog aku kat Facebook ker, YM ker atau seangkatan dengannye..."

Selain itu juga, saya juga amat-amat meminati karya-karya daripada lensa beliau. Sangat-sangat cantik dan menarik. Para photog yang baru nak berjinak dalam dunia photography bolehlah berkongsi ilmu dengan Pak Ngah. Beliau tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu serta pengalaman beliau dalam bidang fotografi ni. Oh Ya! Untuk melihat hasil lensa beliau anda boleh klik di sini - ChilaBaey's Sentral. Berani janji kat kaworang memang tak menghampakan mata anda.

So apa tunggu lagi terjahlah. Heee... ^_^


p/s: Thanks Pak Ngah for the wonderful and super awesome banner..
p/s/s: Semoga Pak Ngah diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Aku BENGANG!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

©EB | Mesilau Nature Resort | Miss you my friends..
Pasti anda semua rindu berjimba-jimba dengan rakan-rakan baik anda bukan. Begitulah juga  dengan tuan punya blog ni. Dulu.. Berjimba-jimba dengan sahabat adalah menjadi kemestian di setiap hari dan menjadi lebih liar tika cahaya bulan mulai menggantikan mentari. Tapi kini aku sendirian kesunyian dikala semua sahabat-sahabat ini berada jauh nun di Borneo sana. Ada juga yang berada di sini tapi semuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing. Aku faham..

Bercakap mengenai sahabat, aku ingin bercerita mengenai perihal yang berlaku dirumah sewa. Cerita yang ingin aku kongsikan bukan untuk mengaibkan tapi hanya sedikit luahan hati yang merasa kurang senang dengan perangai mereka. Lantas menggunakan alternatif blog ini sebagai media perkongsian dengan anda semua. Banyak yang ingin aku coretkan namun akan ku kurangkan demi kesenangan bersama.

Aku telah menyewa rumah ini semenjak 2 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Sebagai rekod aku tidak pernah bersua muka pun dengan tuan rumah semenjak kali pertama menyewa rumah ini. Dua tahun yang lepas, dengan berbekalkan nombor telefon daripada Abang Wan jiran aku sekarang ni. Aku menghubungi penyewa yang hanya tinggal sendirian dirumah itu. Kini dia telah berpindah dan akulah yang bertanggungjawab menjaga rumah ni bagi pihak tuan rumah. Setakat ini sudah 8 orang penyewa bertukar ganti menyewa pada 2 lagi extra bilik yang ada di rumah ini.

Bermacam-macam ragam yang aku dapat lihat dan perhatikan daripada penyewa-penyewa ini. Ada yang suka menyendiri di dalam bilik, tak keluar-keluar. Keluar pun hanya untuk mandi dan makan. Ada juga yang menjadikan rumah ini hanya sekadar tempat untuk melelapkan mata dan sepanjang masa tidak berada di rumah. Kemana pergi? Wallahualam. Bermacam-macam perangai lagi lah, kalau nak disenaraikan satu persatu rasanya tak cukup satu entri ni.

Tapi apa yang aku kesali ialah mereka tidak menjaga kebersihan dan sangat mementingkan diri. Setiap peralatan yang ada di rumah ini adalah kebanyakannya milik aku, yang aku beli hasil dari titik peluh ku sendiri. Contohnya peti ais, dapur gas, tong gas, mesin basuh, iron/iron board, periuk nasi, pinggan mangkuk dan bermacam-macam lagi. Boleh dikatakan semua peralatan yang ada di rumah ni milik aku kerana tuan rumah langsung tidak menyediakan apa-apa kemudahan pun di rumah ini.

Pinggan mangkuk tinggal kat singki tak cuci kekadang sampai berhari-hari (kalau aku tak tolong cucilah). Aku membuat satu ujian dengan tidak mencuci gelas yang telah digunakan si Polan ini. Untuk rekod peribadi, gelas itu tidak bercuci sehingga 2 minggu. Anda bayangkan sendiri keadaan gelas itu. Sampah tak pandai nak buang ke rumah sampah, hanya letak kat dapur (apa korang ingat dapur tu tempat pembuangan sampah??) Suis lampu, kipas kat ruang tamu tak pandai nak off (Itu ruang tamu. Bilik sendiri??). Lepas pinjam kiwi kasut aku tak pandai nak tutup balik kiwi tu. Bila kiwi kasut tu dah keras aku kena lagi beli baru. Nak harapkan mereka beli? Nauzubillah. Nak makan apa-apa yang ada kat dapur tu, sila-silakanlah aku halalkan tapi janganlah balun sampai habis. Tinggalkan sisa pun takpe kawan.

Untuk mereka housemate ku, aku nak bagi korang tahu aku bukan bibik kaworang, bukan juga amah kaworang. Juga bukan orang gaji kaworang. Mungkin kamu tidak pernah tinggal menyewa seperti ini dengan orang lain, tapi BELAJARLAH!! 

p/s: Lu orang bikin gua HOT!! Banyaklah nak cakap tapi.. cukuplah.. Takut jadi lain pula dari niat asal entri ni.

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
"I seek forgiveness from Allah"

My 500 Spartans!!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sorry aku baru terupdate blog tengah malam buta ni. Di waktu siang tadi aku terlalu sibuk "Berkhidmat Untuk Negara" dan sebentar tadi baru sahaja selesai mempraktikkan skill Zlatan Ibrahimovic. Tetapi merasa sangat tidak berpuas hati bilamana kawan yang menguruskan penyewaan gelanggang Futsal hanya membuat tempahan selama sejam. Arrgghh gantung siot! Namun aku bersyukur kerana dapat juga aku mengeluarkan peluh daripada langsung tidak berpeluh, tak begitu kawan-kawan ku?

Bercerita pasal Futsal ni, tanpa disedari (padahal sedar) aku telah mempunyai followers yang ke-500 pada hari kelmarin. Insan yang sudi menjadi follower aku yang ke-500 ini juga mempunyai minat yang sama seperti aku iaitu GILA FUSTAL!! Ya! Kami memang gila Futsal dan kami mempunyai hobi yang sama iaitu menonton skills yang terdapat di YT kemudian mempraktikkan di atas gelanggang Futsal nanti. Yeah! Ini adalah salah satu cara yang berkesan dan membuatkan anda sentiasa ingin maju dalam sukan ini.

Beliau juga merupakan seorang yang sangat meminati Korean Variety Show. Ini kerana beliau merasakan ianya adalah sangatlah lawak dan mencuit hati. Yupp! Sama seperti aku yang juga meminat drama-drama dan filem-filem daripada Korea. Sekali lagi, FILEM-FILEM dan DRAMA-DRAMA dari Korea. Bukan orang yang berlakon pada filem tapi nilai yang ada pada filem-filem dan drama-drama itu sendiri. Ok tanpa membuang masa jom kita tengok orang yang bertuah menjadi follower EB's Wall yang ke-500.

©EB | My 500 Followers | Klik untuk add beliau..
Ya! Inilah dia Mr. TaQiyue follower EB yang ke-500. Jutaan terima kasih buat Taqiyue yang sudi menjadi follower EB yang ke-500. Sesungguhnya aku memang tidak terbalas jasa baik anda semua yang sudah untuk mengikuti setiap perkembangan dalam blog ini. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi buat Mr. Taqiyue. Aku menghargai itu semua dan aku doakan semoga kau terus success dalam apa juga bidang yang kau ceburi. Semoga kita sentiasa diberikan rahmat daripada Allah SWT.

©EB | My 500 Followers | Thanks TaQiyue!!
Terima kasih buat Mr. Taqiyue kerana sudi memberikan kerjasama untuk aku menjayakan entri ini dengan memberikan aku beberapa keping gambar yang tidak boleh disangkal lagi tentang kehenseman anda. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan penuh untuk aku menjahanamkan gambar kacak anda. Semoga hasil yang hina ini bisa membuatkan kamu tersenyum puas. Insha Allah. Thanks Bro.

©EB | My 500 Followers | Hensemkan? Berminat add lah kalau berani..
Buat gadis-gadis comel yang dok usha-usha blog mamat henseng, ibu-ibu yang sentiasa sibuk mencari calon menantu, bapa-bapa yang mencari imam kepada anak perempuannya, pria-pria tampan yang dok cari bakal adik ipar/abang ipar yang gan'teng-gan'teng, anda bolehlah mengenali lebih rapat Mr. Taqiyue ni dilaman blog beliau ~ Taqiyue's Blog. Mungkin beliau memenuhi semua kriteria yang anda ingin, manalah tahukan. Hahaha. Jangan marah bro.

Ok kawan-kawan semua mari kita sama-sama memeriahkan blog beliau:- 
 Taqiyue's Blog 
Blog yang simple tapi menarik!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...