K A W A N

Monday, June 6, 2011

3 Hari Lagi!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Aku kan pulang...
Ya! Dalam masa 3 hari lagi aku akan kembali ke kampung halamanku  iaitu di negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Kali ini aku akan menggunakan pengangkutan udara daripada Syarikat Kapal Terbang, FireFly. Terima kasih kepada FireFly kerana mengadakan promosi tiket yang amat murah hari tu. Penerbangan pergi dan balik aku daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hanya menelan belanja sebanyak RM57.00 sahaja. Murahkan?? Dan ini juga merupakan kali pertama aku menggunakan perkhidmatan mereka. Harap-harap semuanya okay dan urusan aku dipermudahkan.

Hati ini merasa teramat-amat gembira kerna dapat balik ke kampung halaman. Sudah hampir 6 bulan aku tidak balik ke Kota Kinabalu dek kerana kekangan masa dan bajet yang tidak mencukupi. So pada 10 Jun 2011 bersamaan dengan hari Jumaat aku akan pulang ke kampung halaman pada waktu penerbangan yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 9.00 pagi. Harap-harap tak miss flight lagi. Nampaknya aku kena pergi lebih awal ke Airport disebabkan ini kali pertama aku menggunakan perkhidmatan penerbangan daripada FireFly.

Bermacam-macam akitiviti sudah dirancang apabila tiba di Sabah nanti. Sesi photoshoot dengan anak buah aku yang ke-2, Fatimah Syarha Az-Zahra, Mini Outing with Focal Oblique Sabah, My Cousin Wedding Photoshoot, Street Candid Photoshoot, dan banyak lagi yang tak pasti sempat atau tidak dilakukan. Apa-apa pun kali ini aku balik dengan perasaan yang bercampur-campur. Ya aku gembira dan sangat-sangat gembira, tapi aku juga teramat-amat sedih kerna perancangan ku untuk berjumpa dengan seseorang akhirnya hancur berkecai. Tak apalah tak ada rezeki. Aku harus tabah!!

So korang pernah tak naik FireFly? Senang tak nak berurusan? Dekat KLIA kaunternya katner ek? Kalau barang berlebihan beratnya, kena cas mahal tak?? Waa bermacam-macam pertanyaan aku ni. Pendek kata kepada sesiapa yang punya pengalaman dengan Syarikat Penerbangan FireFly ni, bolehlah kongsikan dengan saya ye. Thanks so much!!


p/s: Korang nampak tak kapal terbang kat gambar tu??

Taman Saujana Hijau

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay di pagi yang indah ni, aku teringat sebuah tempat yang amat-amat seronok dikunjungi pada waktu pagi mahupun pada waktu petang. Di mana di kawasan ini amat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berjogging, berjalan kaki bersiar-siar, berbasikal secara solo mahupun secara duet, atau hanya duduk santai menikmati keindahan alam dan macam-macam aktiviti lagi. Dan apa yang menarik hati aku ialah pada waktu petang cahaya mentari yang perlahan-lahan tenggelam diufuk timur amat seronok untuk dilihat dan ditangkap gambarnya. Melihat mentari perlahan-lahan hilang ditelan kegelapan malam dari atas bukit berbeza dengan memerhatikan mentari ini tenggelam ditepian pantai.


Taman Saujana Hijau ini terletak di Presint 11, Putrajaya berdekatan dengan kawasan perumahan Pangsapuri Putra Damai, Presint 11. Juga berdekatan dengan Pusat Kejiranan, Presint 11 atau berdekatan dengan Pejabat Kesihatan, Presint 11. Jom kita kita lihat apa yang ada di Taman Saujana Hijau ni.

Jogging trek yang luas dan panjang.
Pre-Wedding / Wedding Photoshoot kat area ni pun bestkan!
Banyak pokok-pokok Ru (Pokok krismas) di sini yang sungguh menenangkan mata dan minda
Jogging trek yang luas ini juga sesuai untuk aktiviti berbasikal
Port yang best untuk melihat sunset!!
Sunset yang indah dan pasti tidak mengecewakan anda!
Tapi aku yakin ramai orang yang tidak mengetahui kedudukan taman ni, mahupun orang tu memang duduk kat area Putrajaya ini sendiri. Dan apatah lagi bagi mereka yang tidak tinggal di Putrajayakan? Ini disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari kawasan tumpuan seperti Taman Botani, Taman Wetland dan taman-taman lain yang ada di Putrajaya. Taman ini memang tak sepopular taman-taman yang lain tapi bagi aku taman ini still terbaik kerana bentuk geografi taman ini, di mana taman ini berada di kawasan yang tinggi.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak pergi sini bolehlah menghubungi saya diruangan komen dibawah ye. Heeeheehehe.. Oklah aku nak buat kerja sikit jap lagi aku update entri baru ok.. Daaa...


p/s: Aku dah lama tak jogging... Hmmm...

Saturday, June 4, 2011

1MAFO Model Photoshoot with MNj

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ok hari tu pernah tulis nak kongsikan dengan korang semua pasal "1 MAFO Model Photoshoot with MNj" kat entri INI kan. So malam ni aku nak kongsikan dengan korang semua pasal event hari tu. Actually event ni dibuat sempena Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya hari tu. Maaflah sebab agak lambat nak update pasal benda ni. Maaf ye kengkawan disebabkan kekangan masa semua benda terlambat nak diupdate. Semalam aku ada event lagi kat Taman Tasik Titiwangsa, "Youth Unity Model Photoshoot with MNj". Haa yang event ini pula aku akan update di entri yang akan datang okay.

Ok berbalik kepada "1 MAFO Model Photoshoot with MNj", outing ni diadakan pada hari Ahad, 29 Mei 2011 yang mana juga merupakan hari terakhir sempena sambutan Hari Belia Negara. Tapi apa yang lucunya, aku telah tersilap hari pergi outing ini. Aku pergi pada hari Sabtu, dah lah aku lambat, cuak lagi sebab aku tak jumpa-jumpa booth MAHA'Youth ni. So bila tak jumpa-jumpa juga, hati kecewa sebab kononnya tak dapat join, aku tukar plan untuk buat Candid Street Photography pula. Merakamkan gelagat manusia-manusia yang hadir membanjiri Putrajaya ketika itu. Tapi gambar-gambar candid ni, aku kongsikan di entri yang akan datanglah ye. Malam ni nak story pasal outing ni dulu okay.


So mari kita lihat sesama gambar-gambar model yang telah aku rakamkan ketika itu. Seramai 12 orang model yang terlibat dalam outing ini. Gambar ada banyak so mungkin aku akan buat Part 2. Apa-apa pun korang tengoklah dulu gambar-gambar kat bawah ni ye. Salah silap ada kekurangan semuanya datang dari diri saya sendiri bukan dari korang. Yang indah, yang cantik, yang sempurna semua itu datang dari Allah SWT. So enjoyss..

Talent: Nia Nadia Santos
Talent: Erwina Balkish
Talent: Ferya Yahaya
Talent: Neyu Shah
Talent: Qys Iryn
Okay tu dia 5 keping gambar buat tatapan anda semua. Gambar yang selebihnya Insha'Allah aku akan updatekan di Part yang ke-2. So aku nak sambung edit gambar untuk outing "Youth Unity Model Photoshoot with MNj" pula okay. Semoga berjumpa lagi. Daaa..

Dari Dapur Bujang

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Ikan Masin Masak Lada Putih
Okay hari ini nak buat entri pasal makanan yang aku masak untuk makanan tenghari aku hari ini. Walaupun sudah agak lama tak beraksi di dapur bujangku ini, akan aku usahakan resipi untuk memasak Ikan Masin Masak Lada Putih ini atas permintaan Pn. Farah Amin. Aku tak adalah terer mana dalam hal masak memasak ni tapi boleh-bolehlah untuk makan sendiri atau member-member bujang. Hehehehe.. tapi tak salah untuk hidangkan sekali kepada seisi keluarga. Ok mana yang baik datangnya daripada Allah swt, yang buruk semuanya datang dari diri saya sendiri.

Okay tanpa membuang masa mari kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:
Ikan Masin (potong dalam saiz yang sederhana)
Bawang merah + bawang putih
Cendawan
Daun bawang
Tomato
Sos Tiram

Bahan-bahan yang hendak dicampurkan terpulang pada citarasa anda sendiri. Terpulang pada anda untuk tentukan apa yang anda hendak campurkan dan makan. Oh terlupa nak bagitahu yang aku tak gunakan garam sebab ikan masin dah masin dah.

Cara untuk memasak:
Panaskan minyak kemudian goreng ikan masin dalam api yang sederhana.
Setelah agak garing, angkat dan toskan minyak.
(Ok aku guna 2 kuali, 1 untuk goreng ikan masin dan 1 lagi untuk tumiskan dengan semua bahan-bahan tadi.)

Panaskan kuali, kemudian masukkan sedikit minyak.
Setelah panas masukkan bawang merah dan bawang putih sekali.
Kemudian masukkan lada putih dan tomato serentak. Bila dah agak layu masukkan ikan masin tadi. Gaul dan sebatikan buat beberapa minit. (Masa ni asyik bersin dek kerana lada putih tu). Bila agak kering masukkan sedikit air.

Seterusnya masukkan cendawan dan sebatikan dengan bahan-bahan yang lain.
Bila semua dah sebati masukkan sedikit sos tiram, kemudian gaul bagi rata.
Kalau kelihatan agak kering dan tidak berkuah, jangan lupa masukkan sedikit air.
Akhir sekali, bila semua bahan dan sebati barulah masukkan daun bawang sebagai haisan.
Daun bawang akan cepat layu, jadi amat sesuai bila diletakkan dipenghujung masakan.

Dah siap dan boleh dihidangkan dan makan!! ^^v

p/s: Resipi simple tapi membuatkan aku 2 kali tambah nasi juga. hehehe..

Friday, June 3, 2011

Kawan Tapi Bukan Sahabat!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Go Green!!
Hai semua.. Selamat hari Jumaat buat anda semua. Hari ini dah 3 Jun 2011, kita telah berada dipertengahan tahun 2011. Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah bulan Jun dah. Masa memang pantas berlalu. Bermacam-macam benda telah dilalui disepanjang Januari hinggalah sekarang ini Jun. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam, dan ada yang pedas. Tapi walau apa pun yang berlaku hidup perlu diteruskan berlandaskan syariat agama.

Okay hari ini aku ingin meluahkan sesuatu. Aku sememangnya suka berkawan dan aku suka menjadi kawan kepada sesiapa pun. Aku menggunakan prinsip ini dalam berkawan "Biar menjadi kawan, jangan mencari kawan". Ini adalah prinsip yang aku praktikkan daripada sebuah buku motivasi yang aku baca suatu ketika dulu (maaf aku dah lupa tajuk buku itu). Alhamdulillah buku itu banyak mengajar erti sebenar persahabatan dalam kehidupan.

Aku mempunyai seorang kawan yang suka bergurau dan mem'bahan' orang lain. Suka memerli dan suka mengejek. Dan tidak dinafikan aku juga begitu orangnya tapi still dalam batasan bergurau yang betul. Tapi tidak dinafikan juga adakalanya terlebih gurau, tapi dengan segera mengingatkan diri sendiri untuk berpada-pada. Yalah dikala kita sudah leka bergelak ketawa, syaitan pasti ikut serta dan akan menghasut dan menambah rencah dalam gurauan tersebut.

Tapi apa yang aku kecewa adalah bila sahabat ini boleh mem'bahan' kita tetapi bila dia pula menjadi 'bahan', dia melenting! Tak cukup dengan kata-kata pencarutan ditambah pula dengan perbuatan dalam bentuk tindakan (pukulan) yang menyakitkan kawan. Minta maaf kawan, aku tak boleh terima perbuatan seorang sahabat yang sanggup menyakiti rakan. Tangan kamu mudah untuk menghukum perbuatan. Hati kamu penuh dengan amarah! Nilai sabar dalam pergaulan langsung tidak ada. Maaf perbuatan mu sungguh mengecewakan, bagi aku kamu bukan kawan yang boleh dibuat sahabat. 

Kata-kata maaf langsung tidak pernah terbit dibibir kamu, hanya muka angkuh yang dapat kamu berikan, tanda kamu langsung tidak bersalah dan kamu sentiasa BETUL!! Tidak apalah kawan, diri ini masih mampu memujuk memaafkan tindakan kamu, demi menjaga keharmonian dalam persahabatan. Tapi satu dari aku, "Kamu adalah kawan yang tidak sesuai dibuat SAHABAT!!"


p/s: Hati kecewa dengan manusia yang bergelar kawan. Tapi hati masih bisa memaafkan kerna hati memahami erti sebenar PERSAHABATAN...

Thursday, June 2, 2011

Heliza Helmi | Panggil Nama Aku!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.


Actually aku dah benar-benar ngantuk sekarang ni. Walaubagaimanapun, demi tidak mengecewakan semua orang dan tidak menyebabkan followers dan bloggers yang lain tak mau singgah ke  blog aku. Maka sebelum aku beradu, aku nak korang teka apa yang special dalam gambar kat bawah ni. Siapa yang dapat menjawap dengan tepat, aku akan berikan hadiah. Apakah hadiahnya? Nanti esok pagi aku beritahu apakah jawapannya okay? Tunggu hadiahnya sangat-sangat special tau. Hehehe.. So korang layanlah dahulu gambar kar bawah ni okay.. Jangan lupa cari apa yang special tu okay..




p/s: Selamat Malam semua!! ^^v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...