bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Ikan Masin Masak Lada Putih |
Okay hari ini nak buat entri pasal makanan yang aku masak untuk makanan tenghari aku hari ini. Walaupun sudah agak lama tak beraksi di dapur bujangku ini, akan aku usahakan resipi untuk memasak Ikan Masin Masak Lada Putih ini atas permintaan Pn. Farah Amin. Aku tak adalah terer mana dalam hal masak memasak ni tapi boleh-bolehlah untuk makan sendiri atau member-member bujang. Hehehehe.. tapi tak salah untuk hidangkan sekali kepada seisi keluarga. Ok mana yang baik datangnya daripada Allah swt, yang buruk semuanya datang dari diri saya sendiri.
Okay tanpa membuang masa mari kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahannya:
Ikan Masin (potong dalam saiz yang sederhana)
Bawang merah + bawang putih
Cendawan
Daun bawang
Tomato
Sos Tiram
Bahan-bahan yang hendak dicampurkan terpulang pada citarasa anda sendiri. Terpulang pada anda untuk tentukan apa yang anda hendak campurkan dan makan. Oh terlupa nak bagitahu yang aku tak gunakan garam sebab ikan masin dah masin dah.
Cara untuk memasak:
Panaskan minyak kemudian goreng ikan masin dalam api yang sederhana.
Setelah agak garing, angkat dan toskan minyak.
(Ok aku guna 2 kuali, 1 untuk goreng ikan masin dan 1 lagi untuk tumiskan dengan semua bahan-bahan tadi.)
Panaskan kuali, kemudian masukkan sedikit minyak.
Setelah panas masukkan bawang merah dan bawang putih sekali.
Kemudian masukkan lada putih dan tomato serentak. Bila dah agak layu masukkan ikan masin tadi. Gaul dan sebatikan buat beberapa minit. (Masa ni asyik bersin dek kerana lada putih tu). Bila agak kering masukkan sedikit air.
Seterusnya masukkan cendawan dan sebatikan dengan bahan-bahan yang lain.
Bila semua dah sebati masukkan sedikit sos tiram, kemudian gaul bagi rata.
Kalau kelihatan agak kering dan tidak berkuah, jangan lupa masukkan sedikit air.
Akhir sekali, bila semua bahan dan sebati barulah masukkan daun bawang sebagai haisan.
Daun bawang akan cepat layu, jadi amat sesuai bila diletakkan dipenghujung masakan.
Dah siap dan boleh dihidangkan dan makan!! ^^v
p/s: Resipi simple tapi membuatkan aku 2 kali tambah nasi juga. hehehe..
20 comments:
wallawehhh.. sedapnyerr..
sabahan's favourite!! :D
memang sedap niii .. hoho
...nak jugak...nak EB yg masak...nak ase air tangan org bujang... :)
Wah EB!Jat sangat kagum ok!
wah siap ada resepi lagi..terbaik :)
2 kali tambah??
ok la tu..nnti boleh masakkan tuk dil nyer..^^
@MiSs F.A
Confirm sedap da la mlm smlmnya kpenatan photoshoot.. Pgi bgn mmg lapar gila.. huhuhu..
@Aweyn
Yes you are!! hehehe..
Balik ni mau masak utk mama.. hehehe..
@Inspirationalefeks
Hahaha confirm...
@mOon jOhari
Blh saje xda hal la...
Nak masakan apa lg.. Smua blh..
Tp eb reti masak yg kampungan pnye je..
Yg bandar2 n western ni x brapa sngt.. hehehe..
@zati embong
Hehehe napa Jat kagum??? ^^v
@Nurr Kasih
Entri ini dbuat khas bersama resipi sebb ada org marah eb letak gmbr kat fb tp xda resipi.. hahaha.. so demi memuaskn hati bt la entri ni..
@cik Dil
Hehehe ye 2x..
EB lapo.. smlm x mkn tau.. huhuhu..
EB mkn roti je spnjg photoshoot..
Mmm blh jer khas bt kmu dear..
walaaaaaaaaaaaaa... nak trylah... mcm best aja tu. kalau ada sos tiram terbaik wei.... thanks... nak cuba esok lunch...
bahan2nya pun ada dalam peti ais... weeeeeeeeeeeeeeeeeeee
@Cik Bidadari
Hehehe ni mesti suke makan sos tiram ni kn..
Tp jgn letak bnyk sngt tau..
@Cik Bidadari
So amcm da try lunch td???
sabah favorite old time! fuhhh na masak ni mlm ni .. hehehe
@Fizilynn
Hehehe masak jgn ndak masak..
Sya teda suda bekalan ikan masin ma lada putih jd x dpt suda sya masak sdp2 mcm ni ni.. tpksa sya tukar menu ni.. ikut tmpt...
Post a Comment