سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Location: Di Teratak Sewa Ku |
Alhamdulillah hari ini aku berjaya menamatkan puasa sunat hari Khamis aku. Terasa seperti budak-budak kembali pabila berpuasa pada hari biasa yakni bukan pada bulan Ramadhan. Huu.. Terasa amat lapar. Perut berbunyi-bunyi minta diisi. Bau kopi kawan sebelah buat menusuk-nusuk ke lubang hidung. Anak tekak pula meronta-ronta minta dibasahkan. Tapi syukur Alhamdulillah aku berjaya menahan nafsu dan rajuk diri ku sendiri. Kalau tidak confirm burn puasa aku.
Aku akan mula berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis bermula dari hari ini. Berpuasa bukan sahaja sebagai diet tapi juga untuk melatih diri agar tidak terkejut di bulan Ramadhan nanti. So diatas itu adalah gambar sungkaian (juadah berbuka) aku sebentar tadi. Juadah yang serba ringkas, telur dadar, sardin dicampur dengan sayuran, nasi putih dan air oren. Alhamdulillah juadah ringkas yang menyebabkan aku kenyang dan perut terasa amat padat sekarang ini. Oklah aku nak rehat-rehat dahulu.
p/s: Korang dah ganti puasa belum? Tak nak try puasa? Kalau nak aku boleh kejutkan sebelum Subuh untuk sahur. Hehehe..
8 comments:
pandai jugak eb masak yee ;p
EB ada kt Sabah kan skrg? buka puasa dgn family ke?
Heart In A Cage .
@::p0t pEt iLa::
Masak yg simple2 je..
Pandai x pandai sangatla..
Klu kerajinan melanda dpt la mkn yg sdp2.. hehehe..
@Nini Hartini
Mmm x la kak.. Eb da smpi Rabu yg lepas..
Skrg da kat Putrajaya da ni kak...
Mgkn Raya ni baru balik Sabah...
Mm buka puasa sendiri2 je kak.. Solo2.. huuu...
seronoknya nikmat berpuasa =)
@zOeY zAu YaH
Yupp mmg seronok.. hehehe..
Thanks Zoey...
ya jom.... kitapun dah berjinak2 start dah....
@Bidadari Syurga
Jom jom..
Isnin ni nak puasa la utk kali ke-2..
Heehehe best pula rasanya..
Ptg balik sibuk2 nak masak..
Da rasa mcm Ramadhan da...
Post a Comment