K A W A N

Thursday, June 9, 2011

In The Mood of Balik Kampung!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Yahoo.. Besok aku dah nak balik ke Sabah dah. Malam ni aku kena packing barang-barang yang patut dibawah bersama. Kena buat checklistlah gamaknya. Korang kalau pergi travel buat checklist tak? Huu dulu-dulu aku memang haram jadah nak buat checklist bagai ni. Tapi bila tak buat macam-macamlah benda nak tinggal meninggal. Tu yang aku berubah menjadi baik dan membuat checklist setiap kali aku pergi mana-mana, lagi-lagilah dalam jarak perjalanan yang jauh.

Tapi kali ni aku hanya membawa barangan asas saja. Kalau ikutkan hati banyak benda nak bawah balik ni tapi kang terlebih kopak juga wallet ni nak membayornye. Aku sedang mencari-cari sling beg yang sesuai untuk aku isikan pakaian dalam aku. Satu lagi beg dah penuh dengan barang-barang kamera dan laptop yang beratnya dah macam melebihi 5kg. Aku tak meminta perkhidmatan luggage sebab agak tinggi bayaran perkhidmatannya. So semua benda aku kena hand carrylah jawapnya. Takpelah tawakal je.

Apa pun tak sabar nak balik.. Rindu kat family semua.. Rindu nak makan beramai-ramai.. Rindu nak tengok muka mama dan bapa.. Aku sengaja tak tengok wayang-wayang yang baru keluar beberapa minggu ni sebab aku nak tengok dengan adik-adik aku. Kira nak belanjalah ni. Lagi pun tengok wayang kat sana lebih murah berbanding tengok kat   panggung sini. So bolehlah dimanfaatkan lagi duit gaji aku ni untuk adik-adik aku. Betul tak?

Hmm balik ni nak kena arrange pula dengan cousins yang cantik, cute dan rupawan untuk ditembak. Harap-harap mereka semua mempunyai kelapangan masa. Tapi yang lebih penting nak shoot si Fatim montel. Dia antara tujuan utama aku nak balik Sabah. Fatimah Syarha Az-Zahra tunggu uncle balik ye.. 

Oklah korang doakan saja aku selamat pergi dan selamat kembali ya. Doakan juga agar dipermudahkan segala urusan aku nanti. (Aku rasa macam aku pergi Haji pulak dah) hahaha.. Oh sebelum tu, aku nak inform kat korang semua, disepanjang hari percutian aku nanti aku mungkin tidak berkesempatan untuk mengupdate entri dek kerana kawasan perumahan aku masih tidak mempunyai akses internet. Ntah bilalah TM akan selesaikan permasalahan ini. Sabar je la. Tapi Insha'Allah kalau broadband adik aku tidak meragam dapatlah aku update entri dari masa ke semasa. 

15 comments:

Nalisa Syahira said...

Waaaa , untung lah adik adik , abang nak belanja tengok wayang , AHHA .

EB said...

@Nalisa syahira
A'aa blh kuar sesama.. Lps tu shoot sesama jg.. hehehe...

:: Mrs.SyahNia :: said...

ohh..ohh balik kg..
prasaan utk blik kg tu
mmg excited sgt kan..

walau kg ain hanya 1 jam
pjlanan tp kgmbiraan nk jmpa
family tu mmg besttt..tak sbr!

nanti beli ole2 buah salak yea
peberet tu..adakan kat sabah?

Bunga said...

semoga perjalanan sentiasa dilindung..

EB said...

@*Miss Syahnia*
A'aa EB balik kg..
Tau xpe... EB pun x lama actly just 2jam lbih je.. tp jarak kalau ikut km mmg jauh.. pastu kena naik kapal terbang.. Family adalah segala²nya kn..

Ada mestila ada.. Mustahil xde...
Nak ke? Insha'Allah kalau berkesempatan eb belikn k...

zati embong said...

harus plus wajib buat checklist tau Eb.hihi.

ejulz said...

balik sabah bro.. haHa.. shoot jgn x shoot.. haHa

EB said...

@zati embong
Yupp mesti mesti..
Lbih² klu xda org nak uruskn..
Biasala bujang lg kn..

Ok checklist pasti dbuat Cik Jat..

EB said...

@ejulz
Yeah itu sudah menjadi kemestian..
Mlm ni mau cas batry and emptykn memory... Jd bla mau jmpa ni.. Blh tnjk ajar sya nnti....

Nurr_Rahmah said...

bestnya balik kg..smga dipermudahkan dlm perjalanan :)

EB said...

@Nurr Kasih
Terima kasih Nur Kasih..
Ko suda kembali ke semanjung ka??
Hehehe kini giliran sya pula... hehehe..

Bidadari Syurga said...

yeahhhhhhhhhhh... akhirnya dpt balik kg gak yeakkk... semoga selamat balik dan pergi okey....

EB said...

@Cik Bidadari
Finally Cik Bidadari..
Amin.. Insha'Allah semoga dipermudahkan...

Unknown said...

slmt bercuti

EB said...

@khairul
Thanks bang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...