K A W A N

Friday, December 30, 2011

Selamat Ulang Tahun Mama!



سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Ku capai telefon bimbitku..
Ku dail nombor itu berkali-kali..
Namun sedih, tak terjawab..
Aku dail dan dail lagi..
Namun hasilnya tetap sama..

"Mungkin Mama tengah berjualan.." aku memujuk hati yang risau.

I My Mama | 28.12.2011

Mama..
Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku nyawa
Kau memberikanku kasih sayang
Kau berikan segalanya

Tulusnya cintamu
Tulusnya sayangmu
Putihnya kasihmu
Takkan pernahku terbalaskan

Aku rindu akan hangat dakapanmu
Aku rindu akan belaianmu
Aku rindu akan marahmu
Aku rindu akan suaramu

Kau memberikan aku kedamaian
Kau memberikan aku kebahagaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernahku terlupakan

Oh mama..
Terima kasih untuk segala-galanya
Terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Terima kasih untuk tulusnya cintamu yang tak pernah lekang
Terima kasih untuk rindumu yang tak pernah kurang

Oh mama..
Semoga Allah memberikan kedamaian dalam hidupmu
Semoga Allah memberikan kebahagiaan dalam hidupmu
Semoha Allah memberikan keceriaan di setiap harimu
Semoga Allah mengisahmu sepertimana kau mengasihiku
Kasihmu kan abadi dalam hidupku


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.. 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin..

Jumaat Yang Terakhir..


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Suatu ketika dahulu..
Pada tarikh 07.01.2011, merupakan Jumaat yang pertama dalam tahun 2011.
Hari ini 30.12.2011, merupakan Jumaat yang terakhir pada tahun 2011.


Maka pada hari ini..
Seluruh umat Islam akan menunaikan Solat Jumaat yang terakhir secara berjemaah.
Selamat menunaikan Solat Jumaat kepada seluruh muslim dan muslimat.
Tajuk Khutbah Jumaat kali ini:-
"Integriti Teras Kekuatan Ummah"


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Begitu cepat masa berlalu.
Dulu kita ternanti-nanti tahun 2000.
Membayang-bayangkan akan tahun 2000 itu sepertimana.
Sedar tak sedar kini kita sudah dipenghujung tahun 2011.
Tahun 2012 bakal tiba sejenak lagi.


Begitu banyak benda yang terjadi disepanjang tahun 2011 ini.
Sama ada suka mahupun duka.
Sama ada salah mahupun betul.
Apa pun itu semua sudah direncanakan Allah.
Terpulang..


Ya terpulang pada diri untuk mentafsirkan mengenai agenda-agenda yang Allah telah rencanakan untuk diri masing-masing. Tapi harus sentiasa ingat, Allah tidak pernah membebankan umat-Nya dengan bebanan yang tidak termampu untuk umat-Nya tanggung. Setiap perkara pasti ada hikmahnya dan yakinlah setiap perkara itu ada kebaikannya. Yakinlah Allah sentiasa sayang akan kita. 


Jangan bersedih... Yakinlah Allah sentiasa bersamamu.


p/s: Maafkan diri yang kerdil ini, andai ada yang pernah tergusir atau diguris disepanjangan perkenalan kita. Sama ada secara maya mahupun realiti. Maafkan kekhilafan itu. Maafkan aku.. 

Tuesday, December 27, 2011

Bila Aku Mencinta..

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Kekadangku gusar.
Kekadangku risau.
Bukanku tak percaya.
Bukanku mencari salah. 

Cuma aku bosan.
Aku bosan dengan penat.
Aku bosan dengan hubungan yang tak pernah nak lekat.
Aku bosan dimainkan dengan ligat.
Aku bosan hanya menjadi peneman singkat.

Bila,
Bila aku sudah mencinta.
Bila aku sudah memilih.
Bila aku sudah menyayangi.
Bila aku sudah merindui.

Aku,
Aku akan memberi.
Memberi sepenuhnya cinta.
Memberi sepenuhnya kasih.
Memberi sepenuhnya sayang.
Memberi sepenuh-penuhnya.

Jadi,
Bila aku sudah memberi dengan ikhlas.

Hargailah perasaan itu.
Hargailah perasaan yang tak mudah untuk aku terbitkan ini.
Hargailah kerna aku perlu kekuatan untuk semua ini.
Hargailah cinta dan diri ni,
Kerna itu sudah memadai buat diri ini rasa dihargai.


p/s:
Pada keyboard huruf 'A' lagi dekat dengan huruf 'S'..




Monday, December 26, 2011

Sampai Saat Ini..

Al-salāmu'alaykum WBT.


Sampai saat ini,
Rasaku bertahan disini..
Rasa yang tak akan hilang oleh waktu..

Apa yang harus aku lakukan..
Untuk membuat kau menyayangiku..
Inilah aku yang memilih kau untukku..

Ku berjuang dalam hidupku..
Untuk selalu mengembirakanmu..
Seumur hidupku, setulus hatiku..
Hanya untukmu.


p/s:
Cintai aku dengan hatimu..
Seperti aku mencintaimu..
Sayangi aku dengan kasihmu..
Seperti aku menyayangimu..

Wednesday, December 21, 2011

#WW17 | The Ride Worthwhile


Al-salāmu'alaykum WBT.



p/s:
Happy Birthday to 'you'..
Semoga kamu gembira selalu..
Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan..
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga dimurahkan rezeki..
I'm happy for you..

Tuesday, December 20, 2011

Mata Melihat | Mata Menjeling

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Kadang-kadang kita hanya mampu melihat..
Kita berdiam.. tapi bukan bermakna kita mengalah..
Tapi kita tawakal dan berserah kepada Allah..
Setelah kita usahakan sebaik-baik mungkin..


p/s:-
Buat rakan-rakan bloggers..
Di kesempatan ini, terdetik hati ini untuk memohon ampun dan maaf andai ada janji-janji yang belum saya tunaikan sepanjangan waktu saya berblogging, maaf juga andai saya pernah terkasar bahasa ketika membalas dan memberi komen di blog saya sendiri mahupun di blog anda masing-masing. Sesungguhnya kekhilafan dan kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, sama ada urusan di dunia mahupun di akhirat sana.. Insha'Allah.. Amin..

Wednesday, December 14, 2011

#WW16 | Sayang..


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.





Senyum bila dipanggil sayang..
Seronok bila menyayangi..
Indah bila disayangi..
Sempurna bila dihargai..






Mood: Tenang..


Wednesday, December 7, 2011

#WW15 | Musim Mengawan!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Terima kasih kepada kedua mempelai (Zahrul♥Emma) kerana memberi kepercayaan kepada diri ini untuk merakamkan detik-detik indah ketika kamu berdua disatukan dalam sebuah hubungan yang halal.

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan!
Semoga berbahagia sehingga ke akhirat nanti..
Insha'Allah. Amin.


p/s: Banyak giler gambar wedding nak kena edit! -_-

Friday, December 2, 2011

The Shades!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


"Life is like a good black and white photograph, there's black, there's white, and lots of shades in between."

p/s: Selamat Hari Jumaat!! 

Monday, November 28, 2011

#WW14 | Syazwani Outdoor Convocation Day!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

The Graduate | Syazwani
Location | Putrajaya
Photographer | EB Junaidi
Lighting Assistant | Hazrul Hazreen





p/s: Congratulation Wany!!

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia ILYSM!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Garuda sudah tidak bisa terbang tinggi...

Jika mereka ada Garuda Muda..
Kita ada Harimau Muda..

Kita menang sebab kita ada Muslim..
Kita menang sebab kita ada Thamil..
Kita menang sebab kita ada Apek..
Kita menang sebab kita ada Guru..
Dan;
Yang paling penting..
Kita menang sebab kita ada ONG lah!!

Hahahaha...
Tahniah MALAYSIA!!!
Sayang MALAYSIA!!!
Cinta MALAYSIA!!!

Saturday, November 19, 2011

Kawan Aku Dah Kawen!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Fuhh!! 
Inilah rekod terlama aku tak ter update blog kesayangan hamba ni kan.
Sungguh lama.. Kawan-kawan kalau setakat habuk atau sawang-sawang labah-labah tu okay lagi kot.. Aku rasa ini lebih dari itu dah.. Dah berlumut kot!!

Apa pun malam ini aku punya kelapangan dan memandangkan aku ada benda nak share dengan korang semua, maka aku pun rajinkanlah diri ini menekan keyboard hitam aku ni. At least terupdatelah juga blog ni kan. 

Okay straight to the point, korang masih ingat tak gambar ni:-


Bagi mereka yang sudah mengikuti EB's Wall lebih awal, mungkin ingat akan gambar ini. Bagi mereka yang tak pernah melihat gambar ini. Untuk pengetahuan anda, gambar ini telah memenangi RM100 dalam "Contest Gambar Hitam Putih Paling Cool" yang dianjurkan oleh Cik Siti Fatimah.

Dan yang lebih manis adalah, pasangan di dalam gambar tersebut telah sebulat suara untuk menggunakan gambar di atas sebagai gambar hiasan di dalam Kad Jemputan Perkahwinan mereka. Alhamdulillah akhirnya gambar tersebut terpampang juga di dalam kad jemputan  mereka. Aku bersyukur mereka telah selamat diijabkabulkan pada tarikh 29 Oktober 2011 (Sabtu), yakni sehari sebelum Hari Lahir Tuan Punya Blog di Dewan MPKajang. Alhamdulillah akhirnya mereka bersatu juga. Syukur ke hadrat Ilahi.


Tapi apa yang melucukan pada Majlis Persandingan mereka, aku yang sepatutnya mengambil gambar persandingan mereka telah diminta untuk menjadi pengapit mereka  pula. Kawan punya pasal aku turutkan sajalah. Lagipun memang aku yang menjadi saksi permulaan cinta mereka, jadi aku berbesar hati untuk mewarnai hari bahagia mereka. Hehehe... 

Alhamdulillah semoga ikatan halal yang terjalin ini akan berkekalan sehingga ke akhirat sana. Semoga dipermudahkan urusan kamu berdua, semoga berbahagia selalu, sayang-sayang selalu. Jangan gaduh-gaduh!! Syahir jaga Zanna baik-baik!!

p/s: Selamat Pengantin Baru!! Sayang korang dua!! 

Wednesday, November 9, 2011

#WW13 | I Wanna Hold Your Hand


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




p/s:-
Kepada mereka yang sedang berkasih sayang, semoga bahagia selalu dan semoga kebahagiaan itu diberkati Allah SWT.. 

p/s/s:-
11 - 12 Nov 2011 (Wedding Jobs)
13 Nov 2011 (Model Photoshoot)
Good Luck EB!


Sunday, November 6, 2011

Eidul-Adha | Minal Aidin Wal Faizin

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)



p/s: Happy Eidul-Adha to all of you...



Wednesday, November 2, 2011

#WW 12 | Happy Belated Birthday To Me!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran EB!
-30 Oktober 2011-

YA ALLAH, YA TUHANKU... 
Dosaku terlalu banyak. Aku berasa malu. 
Namun, dengan penuh keinsafan aku merayu, kumohon KAU memberiku dua perkara.
Aku ingin memohon keampunan-MU. Aku pernah mendengar mereka berkata, 
ENGKAU Maha Pengampun. Rahmat-MU juga Maha Luas. 

Aku juga ingin memohon kesempurnaan usia. 
Aku berjanji ya ALLAH... dalam keinsafan dan kesempatan usia ini untuk menjadi hamba-MU yang baik. 
Aku ingin menebus dosa-dosaku yang lalu. Aku ingin menjadi insan baru, yang tahu bersyukur kepada-MU. 
Kumohon KAU tidak mencabut nyawaku dalam kemurkaan.
Kumohon KAU mencabut nyawaku dalam iman...


p/s:-
Terima kasih untuk lebih kurang 400 ucapan "Selamat Hari Lahir" daripada rakan taulan di Muka Buku sana. Terima kasih yang terhingga dan mohon ampun dan maaf jika ada wishes yang tidak terbalas dek kesibukan ku ini. Semoga dipermudahkan semua urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat daripada yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan. Insha'Allah.. Amin.. 

Terima Kasih! Sayang kamu semua!!!

Thursday, October 20, 2011

Talian Bebas Tol


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.




Hai semua sahabat bloggers...
Saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada sahabat-sahabat yang setia menanti entri-entri ataupun gambar-gambar terbaru daripada saya. Ketika ini saya amat-amat sibuk dengan Belanjawan 2012. 

Unit saya telah diberi tanggungjawab untuk mewujudkan talian bebas tol kepada para rakyat untuk menghubungi kami untuk bertanyakan apa sahaja kemusykilan mengenai Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri kita baru-baru ini.

Jadi untuk sebulan ini saya akan sibuk dengan tugasan ini. Oleh itu, saya ingin meminta maaf sekali lagi andai ada sebarang komen atau pesanan-pesanan yang ditinggalkan tidak lagi terjawab oleh saya. 

Andai ada antara anda semua yang musykil mengenai Bajet 2012, anda bolehlah menghubungi talian di bawah:-

Talian Bebas Tol Bajet 2012 : 1-800-88-2012 
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)

Mood: Damn busy!!

Friday, October 14, 2011

Wish You Were Here

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


"And I remember all those crazy thing you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.."


Wednesday, October 12, 2011

#WW11 | ACCEPTANCE!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Taman Saujana Hijau | Putrajaya


"Acceptance. It is the true thing everyone longs for. The one thing everyone craves. To walk in a room and to be greeted by everyone with hugs and smiles. And in that small passing moment, you truly know you're loved, needed, and accepted."



Sunday, October 9, 2011

Alam Ghaib!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Talent : Mey
Location : Tanjung Aru Beach | Sabah


Semalam hari Sabtu dan hari ini hari Ahad.
Semalam aku cuti, orang lain pun cuti juga.
Ada yang tak cuti, nasiblah.


Semalam hari Sabtu, aku ke Jalan Semarak.
Member aku, Ridzal bawa aku shoot Ghotic Theme Photoshoot.
Aku free, jadi aku follow jer lah.


Tapi yang tak bestnya cuaca tak berapa nak elok.
Lebih kurang jam 11.00 pagi tu dah hujan.
Jadi tak dapat nak guna available light.
Terpaksa guna Speedlight.


Shoot punya shoot, tukar-tukar talents.
Tetiba dengar dari seorang photog ni cakap ada talent perempuan kena kacau.
Oh ya lupa nak bagi tahu, kami shooting kat rumah buruk dekat area Jln. Semarak.


Talent tu kata ada benda lalu kat belakang dia masa dia tengah duduk.
Lepas tu, dia nangis dan dia kata nak balik.
Dia lemah semangat.


Jadi sesi photoshoot terpaksa dihabiskan awal.
Jam 2.00 petang, kami dah beredar dari rumah buruk tu.
Kesian budak perempuan tu asyik desak kami semua balik.
Mungkin jin tu tak nak kami keluar di situ kot.
Mungkin dah kacau tempat dia kot.


Alhamdulillah semuanya selamat.
Aku dengan member aku pergi ke destinasi seterusnya pula.
Kami nak shoot kat studio.
Jin tu tak ikut kot pergi studio tu.
Hopefully...


Dan aku habis shoot kat studio kira-kira jam 10.00 malam.
Dan aku sampi rumah dalam jam 1.00 pagi.
Aku tidur dah dekat jam 4.
Sebab aku layan movie lagi.
Layan 'The Switch'.


Dan sekarang aku penat.
Tadi aku shoot lagi kat atas bukit depan rumah.
Aku tak nak sia-siakan cuaca yang cerah hari ini, hari Ahad.


p/s: Kita berkongsi alam dengan jin dan syaitan, tapi percayalah Allah SWT itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa atas sesuatu.
p/s/s: Gambar perempuan kat atas tu bukan talent yang kena kacau..





Friday, October 7, 2011

Jam 4.00 Petang!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.



Gaji naik 40%..
Dapat bonus sebulan gaji..
Cukai rokok naik..
Itu tambah, ini tambah..
Projek situ, projek sini..
Bla..Bla.. Bla.. Bla..

Itu semua orang yang kata..
Bukan saya yang kata..

Ya saya memang kerja di Kementerian Kewangan..
Tapi bukan semua benda saya tahu..
dan..
Bukan semua benda boleh bagi tahu..

Yang aku pelik, kawan-kawan dari Kementerian lain, lagilah tahu macam-macam..
Hmm entahlah.. 

1 info dari saya..

SABAR..

Tunggu sahaja PM kita bentangkan Bajet 2012 petang ni..
Jam 4.00 nanti semua akan diberitahu..
Jadi bila jarum jam dah tajam pukul 4.00 petang, duduklah depan TV..
Tontonlah, dengarlah, hayatilah dan fikir-fikirkanlah..

Dan untuk makluman semua selagi Bajet ini tak dibentangkan sendiri dari mulut PM kita.
Selagi tu apa yang kawan-kawan semua dengar dari mana-mana sumber, tak sahih lagi..
Jadi tunggu je lah ye..
Tunggulah dengan sabar..

Buat bajet ni bukan buat benda main-main..


Mood: Tunggu nak solat Jumaat..

Thursday, October 6, 2011

Lapang Sebelum Sempit

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Location: Desa Dairy Farm. Kundasang


Aku sibuk!
Sibuk dengan kerja.
Sibuk dengan Bajet 2012.
Sibuk dengan Boss baru.
Sibuk dengan urusan Boss baru.
Sibuk dengan pegawai lain.
Sibuk dengan kereta.
Sibuk dengan pembekal.
Sibuk dengan mesyuarat.
Sibuk dengan minit.
Sibuk dengan maklum balas.
Sibuk dengan pembetulan yang berulang-ulang.
Sibuk dengan dokumen.
Sibuk dengan folder dan fail.
Sibuk dengan alat tulis.




Kesimpulannya aku memang sibuk!!




Mood: Aku ingin berada di sana.. Di sana.. Di gambar itu...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...