K A W A N

Thursday, September 29, 2011

GEMUK!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Dulu..
Dulu-dululah..
Aku gemuk!
Sangat gemuk!

Aku nak bagi kawan-kawan semua tengkok kegemukan aku.
Tapi dulu-dulu aku belum ada kamera lagi.
Jadi tak ada gambar untuk aku memperlihatkan kegemukan aku.
Takpe korang semua layan gambar masa aku dah kuruslah ye.

Zaman kegemilangan, waktu tua-tua dulu.
Gambar ini dirakamkan sewaktu aku belajar di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Aku first batch, Diploma in Electronic Engineering.
Berat badan cuma 60kg sahaja.
Ukur lilit pinggang cuma 30inci sahaja.

Dulu sewaktu dari sekolah rendah (tahun 4) sampai ke sekolah menengah (tingkatan 3),

Aku sering diejek.
Aku kena bahan.
Aku tak ada awek.
Aku comel dan gebu.
Aku sangat putih dan tembam sewaktu berada di sekolah rendah dan menengah.

Dari 77kg, berat badan aku turun ke 60kg.
Aku hilang dalam 17kg berat badan.
Boleh tahan banyak bukan?
Kenapa turun mendadak?

Ok semua ini adalah disebabkan oleh seorang awek yang aku tangkap cintan sewaktu aku berada di tingkatan 3 dulu.
Aku minat giler awek ni.
Maka aku bertanyalah kepada dia, yang dia ni suka lelaki macamana?
Dia cakap dia suka lelaki kurus, dia tak suka lelaki gemuk.

Bilamana dia cakap, dia tak suka lelaki gemuk.
Aku terus diet secara drastik.
Aku makan hanya sekali sehari iaitu pada waktu tengahari.
Makan sebungkus nasi lemak dengan kuah sup mangkuk besar. Hahaha..

Setiap hari aku akan pastikan aku hanya makan sekali sehari sahaja iaitu pada waktu tengahari dan aku tidak akan menjamah makanan selain dari waktu itu.
Pada waktu petang, aku akan ke padang untuk bermain bola. Dan kebetulan pada waktu itu aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Semua player dikehendaki menjalani latihan intensif selama 3 bulan berturut-turut bersama-sama dengan bebudak olahraga. Cabaran yang paling berat adalah pada waktu malam, mama selalu masak sedap giler waktu malam. Tapi aku hanya mampu melihat dan mengatakan pada mama "Mama EB dah kenyang.. Mama makanlah ye.." Lakukan ini semua berbulan-bulan. Perit tapi kena disiplin dan sabar.
Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat berat badan unggul, prefect shape selepas menjalani latihan intensif dan diet drastik itu.

Tapi lepas aku dah kurus.
Awek tu tak nak aku juga.
Dia dah ada pilihan hati yang lain. 
Tapi aku pun tak kisah sebenarnya. (Tipu!)
Yang penting aku sihat dan bahagia selepas itu.
Badan terasa ringan giler.
Dan aku juga memang nak kurus time tu.

Aku riakan kemenangan itu dengan.... SHOPPING!!!!
Aku beli baju baru.. Aku beli seluar baru..
Sebab semua baju dan seluar dan tak muat dah.
Aku beli baju semua yang ketat-ketat.
Oh happynya!!!!

Tapi beli bukan pakai duit akulah.
Pakai duit mama dan bapa.
Hahahaha.. sebab aku masih sekolah lagi time tu.
Mana ada duit lagi. hehehe..

Tapi itu dulu, sekarang dah kerja dah gemuk balik dah. Hehehe..
Tapi dari dulu sewaktu aku gemuk di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, aku selalu ingatkan pada diri sendiri dan berkata pada diri sendiri seperti ini;

"EB, JANGAN JADI GEMUK YANG LEMBAB!!!!"

p/s: Aku harap awek tu tak bacalah blog aku ni.
p/s/s: Aku kurus macam Aizatkan dalam gambar tu.. hehehe..


Wednesday, September 28, 2011

#WW10 | Wordless Wednesday #10


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Budak ni rabun tapi... tak ngaku rabun!

Mood: Happy puasa enam dan settle.. Alhamdulillah..


Tuesday, September 27, 2011

Hitam Putih


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Mount Kinabalu Sabah
"Ya Allah.. Ku mohon penyesalan ini adalah penyesalan yang benar-benar datang dari sanubari. Semoga penyesalan hari ini tidak menghalang sedikit kebaikan yang pernah aku lakukan ketika jahil dahulu. Jika KAU memandangnya sia-sia, maka sia-sia jugalah usiaku yang berlalu sebelum taubatku ini. Namun aku bersyukur kerana sempat bertaubat. Ya ALLAH, ku mohon jiwa ini hadir menghadap-MU dalam keadaan KAU redha kerana aku amat mendamba kebahagian yang abadi."



Mood: Susah hati..

Monday, September 26, 2011

Couple Photoshoot | Arul ♥ Mey


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Couple : Arul & Mey
Location : Tanjung Aru Beach, Sabah
Photographer : EBjunaidi



Alhamdulillah seperti yang aku janjikan sebelum ini, 'Couple Photoshoot' untuk tatapan anda semua. Couple photoshoot ini aku dedikasikan kepada adik aku yang no.4, Arul dan girlfriend dia si Mey (Mama aku panggil dia Memey). Photoshoot ini adalah hadiah buat mereka berdua yang sedang menghadapi PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Adik aku berada di Sabah manakala aweknya berada di semenanjung. Semoga dengan adanya album ini, dapatlah meredakan kerinduan antara mereka berdua. Semoga berkekalan hendaknya, abang mu mendoakan yang terbaik buat kamu berdua dan semoga hubungan ini terjalin dalam hubungan yang lebih serius selepas ini. Insha'ALLAH.

Mood: I'm happy for them!

Thursday, September 22, 2011

Kerinduan Abadi


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Location: Menumbok - Labuan | Labuan Ferry

Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seorang kekasih yang tidak jujur.
Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan.
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.



Mood: Rindu sahabat-sahabat lama....

Wednesday, September 21, 2011

#WW9 | Wordless Wednesday #9

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

“Don't become a victim of yourself. Forget about the thief waiting in the alley;
what about the thief in your mind?”
Location: Jalan Masjid India





Group Portraiture!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Group Portraiture!
Venue: Esplanade, Kudat 
Talents: EB | Keyla | Hamsa | Sitti | Zhul

Lihat kawan di sana..
Dari kiri ke kanan: Hamsa, Sitti, Keyla & EB
Ku lihat kamu..
Dari kiri ke kanan: Hamsa, Sitti, Keyla & EB

Frame the photo..
Dari kiri ke kanan: Zhul, Keyla, Sitti & Hamsa

Oraitss.. Tiga keping gambar ini, saya rakamkan sewaktu saya berhari raya di Tip of Borneo, Kudat pada Hari Raya ke-2. Kedatangan saya ke Kudat yang juga merupakan daerah kelahiran saya ini adalah atas ajakan sahabat dari kecil saya, Hamsa. Memandangkan sudah bertahun lamanya kami tidak bersemuka dan sudah bertahun lamanya juga saya tidak kembali ke kampung halaman, maka ajakan beliau untuk beraya di Kudat tidak saya bantah walau dengan sepatah ayat pun. Setelah mengatakn "Ya! Aku follow.." seraya itu juga aku bersiap. Hehehe aku semangat.


Kedatangan kami ke Kudat adalah untuk memenuhi jemputan rumah terbuka saudari yang berbaju oren di dalam gambar di atas. Selesai menjamah juadah di rumah Cik Keyla, dengan segera kami mencari tempat yang sesuai untuk merakamkan detik indah kami beraya bersama dengan Cik Keyla. Makanya, Esplanade, Kudat menjadi venue utama untuk kami merakamkan detik indah itu. Sebenarnya agak banyak juga gambar dirakamkan di dalam rumah Cik Keyla bersama ahli keluarganya tapi dek kerana gambar tersebut masih belum siap diedit maka gambar yang 3 di atas ini menjadi tatapan kita semua terlebih dahulu buat masa ini, okay.. Mak Cik Keyla sangat-sangat comel dan sporting.. Hehehe.. 


Okaylah aku nak rehat dulu, penat! Aku puasa hari ini, hari ni hari ke-2 aku berpuasa.


p/s: Adik aku tak ada dalam gambar ini, sebab dia yang ambik gambar aku.. Hehehe..

Tuesday, September 20, 2011

Eid Mubarak Portraiture!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Hai sahabat semua,
Hehehe.. Semakin lama semakin tidak terusai (terurus) keadaan blog ni.
Sungguh menyedihkan bukan? Maaflah kesibukan melanda terus menerus tanpa simpati..

Okaylah sebelum aku melalut bercerita pasal benda lain, mari kita ke tujuan utama kenapa aku post new entri hari ni. Tujuannya mungkin korang dah tahu melalui tajuk utama entri ini. So sepertimana yang aku janjikan di entri sebelum ini, aku akan publish gambar-gambar sempena Hari Raya Aidilfitri family aku untuk tatapan anda semua.

Tapi sebelum itu aku ingin memohon maaf andai ada kekurangan pada gambar-gambar aku. Juga untuk makluman anda, ada gambar ahli keluargaku tiada dalam entri ini. Tak sempat nak shoot sebab camera buat hal pula. Lagipun this year my brother beraya dengan family mentua dia, so dia tak ada kat tempat kejadian. Tapi Insha'Allah I put his photo too. So lets us enjoy the photos.

My Beloved Mama
The 3rd & The 4th
The 3rd & The 4th again!
The Oldest ~ My Brother
Okaylah sampai disini sahaja entri kali ni.
Insha'Allah kita bersua semula dientri yang akan datang.
Gambar adik bungsu dan ayah tak ada dalam entri ini.

p/s: Siapa nak tengok gambar 'Couple Photoshoot'?? Angkat tangan...


Thursday, September 15, 2011

Masih MOod Raya Lagi!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Ku Lihat Hijau!
Location: Karambunai Beach Resort | Sepanggar | Sabah


Hari ini aku berbaju melayu hitam, siap bersongkok dan bersamping keemasan..
Hampir serupa seperti gambar di atas, cuma orangnya saja bukan diri ku, itu adikku..
Aku ada gambar serupa itu, tapi harus membuka Facebook untuk mendapatkannya..
Facebook pula tidak boleh diakses ketika bekerja..
Makanya gambar adik menjadi mangsa.. Hahaha..

Kenapa hari Khamis yang lazimnya kaki dan tangan Kerajaaan akan memakai batik tapi aku pula memakai baju melayu siap bersamping, bersongkok bagai ni?
Haaa harus diingat hari ini masih lagi dalam bulan Syawal.. 
Suasana Hari Raya masih mekar menguntum di kawasan Office ini..

Hari ini di MOF ada majlis sambutan Aidilfitri bersama YAB Perdana Menteri.. YAB PM akan bersama-sama meraihkan Aidilfitri dengan semua kaki dan tangan di Perbendaharaan ini.. Jadi maksudnya ada makan free lah.. Hahahaha... Hari ini terus tak breakfast pagi kerna perut perlu distokkan untuk melantak semahu-mahunya tengahari nanti.. Hahaha..

Makan-makan akan bermula pada jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada jam 2.00 petang (tapi rasanya sampai jam 5.00 petang kot.. hehehe) Apa pun saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB PM kerana sudi meluangkan masa dan sudi belanja kami semua makan-makan.. Alhamdulillah.. Syukran..

Okaylah aku nak bersihkan lens kamera jap.. Korang ronda-rondalah dulu ye.. Semoga ceria dan berbahagia selalu buat korang semua.. Sayang korang bertubi-tubi.. muah!!

p/s: Aku tak mula lagi puasa 6 ni.. Bilalah nak mula ni?? Adoi.. EB! EB!

Wednesday, September 14, 2011

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un ~ "Mati itu PASTI"

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Inna lillahi wa inna ilahi raji'un..

My late grandfather... Al-Fatihah

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya di dunia, dengan rumah yang lebih baik di akhirat, serta gantilah keluarganya di dunia, dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu dan lindungilah ia dari seksaan kubur atau seksaan api neraka."


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Atuk, atau kami semua adik beradik panggil dengan panggilan "Yaya", telah kembali ke Rahmatullah pada 5 Syawal 1432H bersamaan dengan 3 September 2011. Atuk disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu selepas waktu Zuhur di kawasan Kota Kinabalu, Sabah.

Atuk menghembuskan nafas terakhir di wad Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan bukannya di rumah, kerana Atuk sudah lama ditahan di wad yakni seawal bulan April yang lepas lagi. Saya difahamkan ayah bahawa hati atuk tidak berfungsi lagi dan terpaksa dibuang, ini menyebabkan makanan yang dimakan dan diminum Atuk tidak dapat dicernakan dengan baik. Oleh itu, makanan tersebut akan menyebabkan perut Atuk mengembung dan makanan tersebut perlu dibuang dengan menebuk lubang pada perut Atuk. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya. Selain itu paru-paru Atuk juga gagal berfungsi dengan baik.

Dengan ini, saya dengan rasa rendah dirinya, memohon jasa baik sahabat-sahabat bloggers yang membaca entri ini untuk menyedekahkan ummul-kitab, Al-Fatihah kepada arwah Atuk saya, Maidin bin Batui @ Abdullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Terima kasih semua. Semoga Allah membalas jasa baik anda semu.. Amin..

"Ya Allah, ampunilah Atukku, Maidin bin Batui@Abdullah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."
Amin...

p/s: Ini adalah salah satu sebab juga kenapa saya tak dapat nak update blog baru-baru ini.. Tahlil arwah atuk selama 7 hari berturut-turut wajib kami lakukan supaya dipermudahkan urusan arwah atuk nanti.. Insha'Allah..

Tuesday, September 13, 2011

JIWA KACAU!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Semalam,
daripada pagi,
sampai ke tengahari,
hinggalah ke petang,
tak ada selera makan..
Entah mengapa, entah kenapa..

Bila senja, perut sudah meragam kelaparan..
Sampai di rumah sewa bukan rumahku,
Lantas melihat stok beras.. Oh ada lagi.. 
Maka niat suci untuk memasak diteruskan..
Telur dadar dan sosej goreng menjadi santapan si perut yang mengigil..
Makan sewaktu Maghrib terasa diri sedang berpuasa..
Kenyang.. Alhamdulillah..

Hari ini hari Selasa...
Kalau tak silap,
hari ini bebudak sekolah tahun 6 sedang menghadapi peperiksaan UPSR..
Good luck to all of you guys..

Aku tak berapa busy hari ni..
Tapi banyak lagi gambar sewaktu raya dan Tahlil arwah Atuk yang tak convert and edit..
Cousins and friends pun dah balik-balik tanya pasal gambar mereka..
Ah lantaklah.. Aku up once da siap.. Sabar je la..

Ni cara aku pakai kasut dan stokin..
Location: Labuan Ferry
Rasanya macam dah kurang orang bertandang ke blog aku biarpun masih lagi di bulan Syawal.. Hmm.. Takpelah nak buat caner dah 2 minggu lebih blog ni tak ada pengisian apa-apa kan.. Tak boleh nak salahkan bloggers lain pula.. Semua ni salah aku tak update blogkan.. Hehehe.. Apa-apa pun lepas ni nak aktif kembali.. Cumanya aku tak pasti nak mula dari mana.. Huu macam bercintalah pula.. Hahahaha.. 

Aku jiwa kacau sikit sekarang ni.. Fikiran agak bercelaru.. Hmm tak tahu nak cerita caner.. Insha'Allah kalau dah okay sikit aku mulailah bercerita okay.. Oh ya! Siapa yang nak tengok gambar-gambar sempena Hari Raya Aidilfitri saya?? Nanti bila saya dah siapa edit, saya uploadkan untuk tatapan semua okay.. Tunggu ye..

Mood: Sama macam si Soly Solicious, nak tayang kasut.. hahahaha...


Monday, September 12, 2011

Kembali!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sehingga berjumpa lagi..
Location: Pekan Nabalu | Ranau
Alhamdulillah.. Akhirnya dapat bersiaran kembali..
Sebelum tu, rasanya masih tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan bloggers.. Juga selamat Hari Merdeka kepada anda semua yang memegang kad pengenalan yang menyatakan anda adalah warganegara Malaysia..

Maaf juga kerana sudah lama blog ini tidak diserikan dengan entri terbarukan?
Bila diri sudah berada di kampung halaman, sememangnya agak sukar untuk berblogging..
Line berukband tak mampu nak loading blog ni pun.. 
Bila dah macam tu niat nak berblogging serta merta dibatalkan..
Maka terbiarlah blog ini sepi selama berminggu.. Maaf ye..

Kini EB sudah berada di tanah semenanjung..
Semalam sampai di KLIA kira-kira jam 8.00 malam, flight daripada Labuan..
Alhamdulillah selamat sampai walaupun kabin pesawat terasa amat panas daripada biasa..
Sudahlah diberikan seat yang berada di belakang sekali..
Hmm mujur masih berada di tepi tingkap.. 
Bolehlah menikmati sunset.. 

Rasanya terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan..
Tapi terpaksalah dicerita satu per satu.. 
Juga ada banyak gambar yang ingin dikongsikan kepada semua...

Apa pun yang lebih penting adalah, EB ingin jasa baik semua sahabat bloggers untuk...
Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Atuk yang telah selamat pergi ke Rahmatullah pada 3 Syawal yang lepas.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. 

Arwah atuk sakit dah lama since bulan April lagi.. 

p/s: Masih dalam mood cuti lagi.. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...