K A W A N

Monday, September 12, 2011

Kembali!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Sehingga berjumpa lagi..
Location: Pekan Nabalu | Ranau
Alhamdulillah.. Akhirnya dapat bersiaran kembali..
Sebelum tu, rasanya masih tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan bloggers.. Juga selamat Hari Merdeka kepada anda semua yang memegang kad pengenalan yang menyatakan anda adalah warganegara Malaysia..

Maaf juga kerana sudah lama blog ini tidak diserikan dengan entri terbarukan?
Bila diri sudah berada di kampung halaman, sememangnya agak sukar untuk berblogging..
Line berukband tak mampu nak loading blog ni pun.. 
Bila dah macam tu niat nak berblogging serta merta dibatalkan..
Maka terbiarlah blog ini sepi selama berminggu.. Maaf ye..

Kini EB sudah berada di tanah semenanjung..
Semalam sampai di KLIA kira-kira jam 8.00 malam, flight daripada Labuan..
Alhamdulillah selamat sampai walaupun kabin pesawat terasa amat panas daripada biasa..
Sudahlah diberikan seat yang berada di belakang sekali..
Hmm mujur masih berada di tepi tingkap.. 
Bolehlah menikmati sunset.. 

Rasanya terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan..
Tapi terpaksalah dicerita satu per satu.. 
Juga ada banyak gambar yang ingin dikongsikan kepada semua...

Apa pun yang lebih penting adalah, EB ingin jasa baik semua sahabat bloggers untuk...
Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Atuk yang telah selamat pergi ke Rahmatullah pada 3 Syawal yang lepas.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. 

Arwah atuk sakit dah lama since bulan April lagi.. 

p/s: Masih dalam mood cuti lagi.. 


10 comments:

eyida said...

hai EB.. balik sdh dia..:)

EB said...

@eyida
Hai Eida..
Ya balik sudah sya.. hehehe...

SoLy SoLicious said...

semoga arwah atuk ditempatkan dalam kalangan org beriman ya EB..InsyaAllah... Al-fatihah :)

EB said...

@SoLy SoLicious
Ya Insha'Allah..
Terima kasih soly..

Nurr Kasih said...

Al-Fatihah..semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang soleh. Aamin..

Puteri said...

salam takziah..

*suka la gambar tu..background gunung..

EB said...

@Nurr Kasih
Syukran NK..
Insha'Allah..
Amin..

EB said...

@Puteri
Terima kasih puteri...

Hehehe eb pn suka.. Syukur sesngt timing cun time ni.. actly gunung x berapa nak nmpk jg sbb ada kabus.. hehehe....

Puteri said...

sbb tu cantik.. berkabus.. betingkat2.. cun la...

EB said...

@Puteri
Hehehe btul sudah tu.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...