K A W A N

Thursday, September 29, 2011

GEMUK!!


سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.


Dulu..
Dulu-dululah..
Aku gemuk!
Sangat gemuk!

Aku nak bagi kawan-kawan semua tengkok kegemukan aku.
Tapi dulu-dulu aku belum ada kamera lagi.
Jadi tak ada gambar untuk aku memperlihatkan kegemukan aku.
Takpe korang semua layan gambar masa aku dah kuruslah ye.

Zaman kegemilangan, waktu tua-tua dulu.
Gambar ini dirakamkan sewaktu aku belajar di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Aku first batch, Diploma in Electronic Engineering.
Berat badan cuma 60kg sahaja.
Ukur lilit pinggang cuma 30inci sahaja.

Dulu sewaktu dari sekolah rendah (tahun 4) sampai ke sekolah menengah (tingkatan 3),

Aku sering diejek.
Aku kena bahan.
Aku tak ada awek.
Aku comel dan gebu.
Aku sangat putih dan tembam sewaktu berada di sekolah rendah dan menengah.

Dari 77kg, berat badan aku turun ke 60kg.
Aku hilang dalam 17kg berat badan.
Boleh tahan banyak bukan?
Kenapa turun mendadak?

Ok semua ini adalah disebabkan oleh seorang awek yang aku tangkap cintan sewaktu aku berada di tingkatan 3 dulu.
Aku minat giler awek ni.
Maka aku bertanyalah kepada dia, yang dia ni suka lelaki macamana?
Dia cakap dia suka lelaki kurus, dia tak suka lelaki gemuk.

Bilamana dia cakap, dia tak suka lelaki gemuk.
Aku terus diet secara drastik.
Aku makan hanya sekali sehari iaitu pada waktu tengahari.
Makan sebungkus nasi lemak dengan kuah sup mangkuk besar. Hahaha..

Setiap hari aku akan pastikan aku hanya makan sekali sehari sahaja iaitu pada waktu tengahari dan aku tidak akan menjamah makanan selain dari waktu itu.
Pada waktu petang, aku akan ke padang untuk bermain bola. Dan kebetulan pada waktu itu aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Semua player dikehendaki menjalani latihan intensif selama 3 bulan berturut-turut bersama-sama dengan bebudak olahraga. Cabaran yang paling berat adalah pada waktu malam, mama selalu masak sedap giler waktu malam. Tapi aku hanya mampu melihat dan mengatakan pada mama "Mama EB dah kenyang.. Mama makanlah ye.." Lakukan ini semua berbulan-bulan. Perit tapi kena disiplin dan sabar.
Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat berat badan unggul, prefect shape selepas menjalani latihan intensif dan diet drastik itu.

Tapi lepas aku dah kurus.
Awek tu tak nak aku juga.
Dia dah ada pilihan hati yang lain. 
Tapi aku pun tak kisah sebenarnya. (Tipu!)
Yang penting aku sihat dan bahagia selepas itu.
Badan terasa ringan giler.
Dan aku juga memang nak kurus time tu.

Aku riakan kemenangan itu dengan.... SHOPPING!!!!
Aku beli baju baru.. Aku beli seluar baru..
Sebab semua baju dan seluar dan tak muat dah.
Aku beli baju semua yang ketat-ketat.
Oh happynya!!!!

Tapi beli bukan pakai duit akulah.
Pakai duit mama dan bapa.
Hahahaha.. sebab aku masih sekolah lagi time tu.
Mana ada duit lagi. hehehe..

Tapi itu dulu, sekarang dah kerja dah gemuk balik dah. Hehehe..
Tapi dari dulu sewaktu aku gemuk di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, aku selalu ingatkan pada diri sendiri dan berkata pada diri sendiri seperti ini;

"EB, JANGAN JADI GEMUK YANG LEMBAB!!!!"

p/s: Aku harap awek tu tak bacalah blog aku ni.
p/s/s: Aku kurus macam Aizatkan dalam gambar tu.. hehehe..


24 comments:

Unknown said...

malas maw ngaku..tp ya la kut.. :p

EB said...

@nong
Mls mau ngaku apa?

Unknown said...

tang kurus cam aizat tu la..

EB said...

@nong
Dulu ba..
Dulu..
Bukan skrg.. Adoi!!

Unknown said...

ya la pakcik. yg dolu la ba kena sarita ini.. nda apa la.. nda la ceta.. T_T

EB said...

@nong
Hahahaha.. mana btg buruk!

Unknown said...

siap da..tunggu kena ambik jak..

EB said...

@nong
Waaaaaaaa!!!!
Biar betul???

Unknown said...

heeee..

EB said...

@nong
Ba nnti kta meet up okay..
Ko sihat jg? teda sakit²?

Unknown said...

okeii..
hurm..sia terima takdir diri sia..
sila jangan hairan dengan keadaan sia.. T_T
Last nite hdung sia bdarah oo eb.. hadapi dengan tenang sak la..

EB said...

@nong
Mmm..
Apa-apa pun, jaga diri baik-baik...
Sakit tu apa leh buat tp cuba hindari.. Yupp redha tp kena usaha...
Ya mesti tenang selalu..

Unknown said...

TQ..TQ..^_^

zati embong said...

alala semua 2 xpentingla Eb,hati yg penting.org kalau da syg,semua 2 dah x penting.

afiqahsamsuddin said...

: kenapa ta boleh jadi malas yang lembab ? hee soalan cepumas ni ehem ehem

EB said...

@zati embong
Hehehe xdala..
Is okay.. At least kerna dia pernah jg eb merasa diet dan kurus.. skrg ni nak kurus tp disiplin x kuat.. x tabah..

EB said...

@phee ungu
Kenapa ek?
Jawapan dr hati eb..
MEMALUKAN!

EB said...

@nong
Afwan Nong...

anamizu said...

wahhh dah hensem pon xde yg nak ek? hehe..AWEK tu saje nk test kot :P




cik ana.

EB said...

@anamizu
Nmpk gaye mcm tu le..
Hensem?? Awww jauh skali Ana..
Biasa² je.. comel je.. hahaha...

Bidadari Syurga said...

dari dulu lagi saya suka tgk lelaki chuby yang putih... hahahaha my ex pun dulu chubylah juga n putih... now bila sendiri dah agak chuby... dpt bf kurus plak... adoi terasa masa berputar begitu dan begini...

p/s: rasanya kalau diberi pilihan me lebih suka lelaki yg chuby... sebabnya? haish.... awek yang lari yang tanak kamu tu bagus gak sebenarnya... dia berikan kamu motivasi secara -ve... tapi +ve buat kamu secara jangka panjang...

EB said...

@Bidadari Syurga
Hehehe sya suka pempuan yg comel.. Yg sedang2 je.. Sedap mata memandang.. Nak vogue sngt nnti sya rendah diri sbb awek vogue glr.. huhuuhuuhu...

Hehehe xpela.. Biasala tu.. Klu x GF gmuk BF yg gmuk.. hehehe..

Yupp stuju.. Lps tu dia x suka pn, no regret jg.. I love myself then.. ehhehe.. Thanks akak...

SoLy SoLicious said...

pergh..cm aizat tuh..hahah

EB said...

@SoLy SoLicious
Macam Aizat tu yg x tahan tu kn.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...