K A W A N

Monday, May 23, 2011

Happy Belated Birthday and Congratulation to My Lovely S.I.L

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hari ini barulah saya berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat kakak ipar saya, Butiwana Jalipen. Mohon maaf atas kelewatan ini, tapi ucapan ulang tahunnya saya sudah dahulukan melalui SMS, cuma entri khas buat akak ipar saya ini yang terlewat dibuat. Mungkin entri ini tak best sebab tak jatuh pada tarikh yang sesuai iaitu semasa birthday akak ipar saya.

Akak ipar saya telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun pada tarikh 18 Mei 2011 (Rabu) yang lepas. Dan apa yang lebih menyeronokkan adalah, akak ipar saya juga telah selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan yang sangat-sangat comel pada 17 Mei 2011 (Selassa) pada jam 6.00 pagi di Hospital Ranau, Sabah iaitu sehari sebelum Ulang Tahun Kelahiran akak ipar saya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki ini Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan semuanya buat Akak Ipar aku.



Saya telah mendapat message seawal jam 8.30 pagi daripada abang saya, Aminor yang berbunyi begini "Kakak kau sudah bersalin jam 6.00 pagi tadi.. Hohoho.. Baby perempuan yang comel.." Aku bingkas bangun dan mengucapkan tahniah kepada abang ku atas berita gumbira ini. Alhamdulillah.. Ini yang membuatkan aku rindu nak balik Sabah ni. 

Buat Khadijah Az-Zahirah, anak buahku yang 1st;

Cubaan membuat sign peace yang terpaksa dibantu ayahnya.. Hehehe..
Kakak, sekarang kakak dah ada adik baru dah. Kakak jangan nakal-nakal tau. Kakak kena jaga adik dah sekarang ni. Tak boleh nangis-nangis nak ikut uncle jalan. Tak boleh minta puji dah. Tak boleh lawan cakap Ummi dan Ayah. Kena jaga Ummi, ummi penat tau lahirkan adik. Kakak kena jadi contoh untuk adik tahu. Kakak dah ada adik perempuan baru dah. Nanti uncle balik kita buat photoshoot lagi okay! Tunggu uncle balik tau..

So guys itulah cerita pagi ni yang dah lama nak story dengan korang semua tapi asyik tak berkesempatan je.. Gambar tak ada lagi, tunggu saya balik Sabah dan saya akan adakan sesi photoshoot dengan anak buah saya ni.. Hahahaha.. Oh ya nama anak buah saya ni tak ada lagi, parents dia masih dok berbincang nak bagi nama yang terbaik buat anak mereka. Apa pun mesti gempak macam nama anak mereka yang pertama tu, Khadijah Az-Zahirah binti Mohd Aminor. hehehe.. Sesama kita nantikan okay, abang saya cakap "Sabar.. Tunggu kakak kau tetapkan dulu mana satu nama yang dia nak..".. So sama-samalah kita bersabar ye.. Aku pula yang excited!! Hahahaha..


p/s: Tak sabar nak balik Sabah.. Uwaaaa....

Sunday, May 22, 2011

Urban Outing with Bro MNj | Part II

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay memandangkan gambar model untuk event "AKAR & KUKUBESI MANIPULASI LIVE IN SHAH ALAM" tak siap edit lagi. Jadi untuk menunaikan janji aku sebelum ini yang mana aku pernah katakan bahawa aku akan publishkan lagi gambar-gambar yang selebihnya sewaktu Outing dengan Bro MNj. So malam ini aku akan hidangkan korang semua dengan gambar-gambar model sewaktu outing tersebut. Sekiranya ada sebarang komen, sila jangan malu, jangang segan tinggalkan pesanan di ruangan komen okay. Untuk gambar sebelum ini, anda boleh lihat dientri INI. Enjoy!

Talent: Siti Aisyah Masri
Talent: Nia Nadia Santos
Talent: Xuera Lildamsel
So cukup tiga keping gambar ni dulu, nanti kalau letak banyak-banyak lambat pula nak loading gambar-gambar tu. Nanti susahkan korang nak scroll ke bawah lagi. Insha'Allah di entri yang seterusnya akan aku hidangkan korang dengan gambar yang seterusnya pula. Insha'Allah aku akan update gambar semasa 'Sukan Perbendaharaan' dan 'AKAR & KUKUBESI Manipulasi Event Live In Shah Alam' pula. Oh tidak lupa juga untuk gambar kat Taman Botani. Sebab ramai yang suka tengok benda-benda hijau ni kan. So guys semoga bertemu lagi di entri yang akan datang. Love you all.. ^^v

p/s: Mata tak tahan dah menghadap laptop ni daripada pagi tadi.
p/s/s: Malam ni nak tengok MU pula, last game EPL. GGMU - 19 Champions!!!

AKAR & KUKUBESI MANIPULASI EVENT!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua, aku baru saja balik dari AKAR & KUKUBESI MANIPULASI EVENT kat Shah Alam. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku, Mabai Abas dan Rizrikin aka Ekin yang menumpangkan budak gemuk ini di kereta mereka. Mula-mula Rizrikin ambik aku kat rumah dan tunggu Mabai kat Mamak Kembar Presint 9. Selepas itu, aku dan Ekin tumpang kereta Mabai pula ke Galeri Shah Alam dimana event ini diadakan.

Kedatangan aku ke event ini adalah untuk memberikan sokongan kepada sifu aku, MNj dan sahabat-sahabat yang lain dalam "Model Photoshoot | AKAR & KUKUBESI Event" yang diketuai oleh Bro MNj sendiri. Ada seramai 9 orang model untuk photoshoot kali ni. Tapi aku hanya sempat shoot 2 orang model sahaja. Model yang lain entah ke mana di bawa lari oleh rakan yang lain. Bertebaranlah mereka masing-masing mencari port-port yang menarik disekitar kawasan tersebut. 

Selain itu, banyak lagi aktiviti yang menarik dan menyeronokkan yang diadakan di dalam event ini. Contohnya phototalk dari abang Azlan, Ministry of Abnormal Mentality (M.A.M08) yang sangat-sangat best dan padat dengan info-info sertai ilmu-ilmu mengenai fotografi. Info-info yang dikupas dengan sedalam-dalamnya dan sangat membuka minda. Satule Abang Lan.

Juga ada persembahan puisi, nyanyian band-band indie, pameran gambar, photoshoot, jualan-jualan cenderahati, dan bermacam-macam lagi yang korang sendiri kena pergi tengok dan saksikan sendiri. Barulah korang akan dapat rasakan apa yang aku rasakan. Untuk menjeleskan korang, aku dapat tengok dan dengar Monoloque berlagu secara live! Yeah! Sedap gila suara dia, dan aku memang mengkagumi beliau kerna aku membesar dengan lagu-lagu ciptaan beliau dalam band mereka Butterfingers. Tapi aku terlupa nak ambik gambar sebagai bukti sebab aku segan nak keluarkan kamera cabuk aku. Hehehe.. Lagipun aku dah layan sangat lagu dia time tu. Sorry guys.

Okaylah guys! Aku nak rehat dulu. Di entri selepas ini, aku akan persembahan hasil kerja kami shooting talent kat dalam hutan. Aku baru transfer gambar dari kamera ke laptop, so tak sempat nak review satu per satu lagi, nak pilih yang terbaik untuk tatapan kepada anda semua. Semoga berjumpa lagi di entri yang akan datang. Selamat semua! 

p/s: Nak cas baterilah. Best giler main CLS tadi.. Huhuhu...

Friday, May 20, 2011

Hari Wesak Ku!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Bersempena cuti Hari Wesak yang lalu, aku telah dijemput di Facebook untuk menyertai sebuah outing yang bertajuk "Kids Photoshoot Outing" di Taman Botani, Putrajaya anjuran saudara Adhadi Mohd. Malangnya dek kerna aku tidak mempunyai kenderaan sendiri dan aku terlambat untuk mendapatkan geng untuk pergi bersama-sama ke Outing tersebut, maka terlambatlah aku sampai ke lokasi tersebut. Sedih! Sampai kat sana outing tu dah nak habis dalam 30 minit saja lagi. Nak call pihak penganjur pun dah segan, so aku dan member aku, Mork Kenji outinglah berdua shoot kat dalam Taman Botani tu.

Aku selalu mendengar mengenai keindahan Taman Botani, Putrajaya ini. Taman ini memang akan menjadi pilihan ramai photog untuk buat photoshoot. Namun aku tidak pernah melihat sendiri akan keindahan yang selalu diuar-uarkan. Tapi ternyata Taman Botani ini bukan hanya indah pada khabarnya saja, tapi sememangnya sangat-sangat indah. Keindahan alam ciptaan Allah ini memang mengasyikkan. Memandangkan kami berdua tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana maka keterujaan melanda kepada kami berdua sepanjang berada di dalam taman tersebut.

Kelihatan ramai orang menghabiskan masa seisi keluarga di taman tersebut. Ada yang berbasikal, ada yang berjogging, ada yang duduk bersantai beramai-ramai di tepi tasik, ada yang ber'photoshoot' dan bermacam-macam aktiviti lagi. So untuk mengambarkan keadaan disana ketika itu aku terjemahkan bicara aku ni dalam bentuk gambar ye kengkawan semua. Tapi aku ingin memohon maaf sebab untuk entri kali ini aku tak dapat letak banyak gambar sebab aku tak bawa laptop. Insha'Allah sekembalinya aku di rumah aku update gambar dalam entri ini ok. So enjoy mana yang ada dulu okay.. Sorry guys.. ^^


Taman Paku Pakis | "Mereka Juga Perlukan Mentari"


p/s: Sabar ye nanti saya update lagi gambar dalam entri ini. Sorry.. T_T
p/s/s: Nak tengok "Kids Photoshoot Outing" hari tu sila klik SINI.

Anak Kucing Bermata Satu!!


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Sumber : Harian Metro

p/s: Dajal??

Thursday, May 19, 2011

Pesta Sukan Perbendaharaan | Part 1

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu entri "Aku Dah Tak Putih Lagi" aku kupas lagi buat korang semua dalam entri kali ini. Seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ini, aku telah menangkap gambar (macam pelik bunyinya kan.. Hmm lantak ah..) bagi Pesta Sukan Perbendaharaan kali ke-21 di UKM, Bangi pada hari Ahad yang lalu.

Setiba di sana cuaca agak mendung, kelihatan awan hitam mulai datang ke kawasan balapan. Aku menjangka hujan akan turun dengan melihat pada keadaan awan yang sedikit gelap. Sah hujan turun tapi sekejap cuma, cukup sekadar membasahkan trek, kemudian hujan berhenti. Syukur Alhamdulillah, trek tidak terlalu panas untuk acara seterusnya iaitu acara 100M saringan lelaki. Bolehlah aku baring atas trek.

Ketika acara saringan 100M ini, aku belum lagi mengeluarkan kamera. Aku melihat disekeliling padang ramai orang dengan compact camera dan tak kurang juga DSLR masing-masing. Tersenyum melihat aksi mereka mengambil gambar, masing-masing tercari-cari angle yang terbaik. Nampaknya mereka pun juga akan turut serta dalam Pertandingan Fotografi sempena Kempen Senyum, Perbendaharaan. Hadiah wang tunai menarik perhatian semua, bagi tempat pertama, wang tunai sebanyak RM300, tempat kedua RM200 dan tempat ketiga sebanyak RM100. Cukup lumayan, bagi tema yang simple iaitu "Senyum".

So untuk tatapan semua beberapa keping gambar aku hidangkan. Semua terhibur. Oh sebelum itu, gambar ini bukan yang aku pertaruhkan untuk pertandingan fotografi tersebut. Ini merupakan gambar sepanjang Pesta Sukan Perbendaharaan kali ke-21 tersebut. Enjoy!

I'm Free!! | Launching Ceremony 
"Pain is Temporary, Pride is Forever!"
Ku Berlari Kencang, Sekencang-kencangnya..
Biar Kalah, Janji Kita Senyum!!
Okay cukup sampai disini dulu buat entri kali ini, takut korang semua muak dan boring tengok gambar-gambar yang aku upload ni. Korang boringkah tengok gambar aku?? Apa-apa pun nantikan entri di bahagian ke-2 pula okay.. Insha'Allah lebih banyak gambar selepas ini. Daaa.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...