K A W A N

Sunday, May 22, 2011

AKAR & KUKUBESI MANIPULASI EVENT!!

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Hai semua, aku baru saja balik dari AKAR & KUKUBESI MANIPULASI EVENT kat Shah Alam. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku, Mabai Abas dan Rizrikin aka Ekin yang menumpangkan budak gemuk ini di kereta mereka. Mula-mula Rizrikin ambik aku kat rumah dan tunggu Mabai kat Mamak Kembar Presint 9. Selepas itu, aku dan Ekin tumpang kereta Mabai pula ke Galeri Shah Alam dimana event ini diadakan.

Kedatangan aku ke event ini adalah untuk memberikan sokongan kepada sifu aku, MNj dan sahabat-sahabat yang lain dalam "Model Photoshoot | AKAR & KUKUBESI Event" yang diketuai oleh Bro MNj sendiri. Ada seramai 9 orang model untuk photoshoot kali ni. Tapi aku hanya sempat shoot 2 orang model sahaja. Model yang lain entah ke mana di bawa lari oleh rakan yang lain. Bertebaranlah mereka masing-masing mencari port-port yang menarik disekitar kawasan tersebut. 

Selain itu, banyak lagi aktiviti yang menarik dan menyeronokkan yang diadakan di dalam event ini. Contohnya phototalk dari abang Azlan, Ministry of Abnormal Mentality (M.A.M08) yang sangat-sangat best dan padat dengan info-info sertai ilmu-ilmu mengenai fotografi. Info-info yang dikupas dengan sedalam-dalamnya dan sangat membuka minda. Satule Abang Lan.

Juga ada persembahan puisi, nyanyian band-band indie, pameran gambar, photoshoot, jualan-jualan cenderahati, dan bermacam-macam lagi yang korang sendiri kena pergi tengok dan saksikan sendiri. Barulah korang akan dapat rasakan apa yang aku rasakan. Untuk menjeleskan korang, aku dapat tengok dan dengar Monoloque berlagu secara live! Yeah! Sedap gila suara dia, dan aku memang mengkagumi beliau kerna aku membesar dengan lagu-lagu ciptaan beliau dalam band mereka Butterfingers. Tapi aku terlupa nak ambik gambar sebagai bukti sebab aku segan nak keluarkan kamera cabuk aku. Hehehe.. Lagipun aku dah layan sangat lagu dia time tu. Sorry guys.

Okaylah guys! Aku nak rehat dulu. Di entri selepas ini, aku akan persembahan hasil kerja kami shooting talent kat dalam hutan. Aku baru transfer gambar dari kamera ke laptop, so tak sempat nak review satu per satu lagi, nak pilih yang terbaik untuk tatapan kepada anda semua. Semoga berjumpa lagi di entri yang akan datang. Selamat semua! 

p/s: Nak cas baterilah. Best giler main CLS tadi.. Huhuhu...

6 comments:

Dakulala said...

*salute

yeah! MAM terbaik! :)

EB said...

@ѼdakulalaѼ
Salute!

Idealogi dia mmg best glr!!

.::: Princess MOMOY :::. said...

mesti byk gambar2 yang cantik2 yang pamer kat situ.
urm...
macam menarik jer


Cara Test Kualiti Keyboard Komputer Korang"

Sufy said...

best ouh abg ebi kan..byk ja aktiviti n event slalu..jelesnyaaa..hehe

EB said...

@.::: Princess MOMOY :::.
Mmm bnyk sngt2 Momoy...
Tp x smpt nak ambik gmbr smuanya.. Ramai glr org dtg.. dkt 5k org dtg event tu... Mmg best la.. EB sibuk photoshoot model ja..

EB said...

@Sufy
Ya tu la.. Penat jg ni..
Minggu dpn smbt hari belia pula..
Waa jumaat - ahad tu.. huuu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...