سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Waa.. Maafkan aku sahabat-sahabat kalian, aku baru berkesempatan mengemaskini EB's Wall ini. Tuan punya blog sangat-sangat menghargai cuti yang diberi, menikmati dengan seenak-enaknya cuti sempena Hari Buruh. Oleh itu, secara langsung menyebabkan blog beliau turut dicutikan. Maaf ye kengkawan semua. Mohon maaf sesangat.
Jadi ke manakah destinasi anda semasa cuti 3 hari yang lepas? Mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman bukan? Berjumpa dengan Ibubapa yang sudah lama tidak bersua muka, hanya sempat bercerita di telefon bimbit sahaja pasti tidak memadai. Tapi tidak pada aku, aku belum berkesempatan untuk bersua muka. Hanya teknologi yang mendekatkan aku dengan keluargaku buat masa ini.
Bercuti ke tempat-tempat yang indah pastinya menjadi alternatif terbaik untuk menenangkan tekanan semasa bekerja mahupun tekana semasa belajar bagi yang masih menuntut ilmu. Ada yang masih gigih mengingat formula mahupun fakta kerana peperiksaan tak habis lagi dan ramai juga yang sudah berjimba-jimba menikmati berakhirnya peperiksaan.
Aku pula? Aku tidak ke mana-mana. Masih berada di bumi Allah. Masih berpijak di kawasan Putrajaya. Mengusung beg galasku yang sarat dengan kamera dan laptop ke mana saja ku pergi. Niat hati nak saja ditinggalkan di dalam rumah, tapi bila teringat rumah member yang dipecah masuk. Azamku mengalas beg itu ke sana-sini lebih kuat dari Encik Azam (bukan nama sebenar). Akan ku usung ke mana jua kerna ku tak sanggup berputih mata.
Taman Saujana Hijau | Menanti Sore |
Tapi dengan melihat gambar di atas, aku merasakan kegigihan dan susah payahku mengusung beg yang berat itu ke mana sahaja, sungguh berbaloi-baloi. Tidakkah begitu sahabat-sahabatku?? Apa pendapat anda?
12 comments:
berbaloilah daripada hilang mcm tu ja kn..;)
@aeda
Betul sudah tu.. AIks ada pula ko disini ni..
Mana ko pnya link blog bg la...
cantiknya gambar EB...nak EB amik gamba saya boleh? mai lah utara nih..
@zOeY zAu YaH
Hehehe.. blh je.. Yg pting ada mkn..hehhee..
Insha'Allah EB mai utara EB habaq noh..
sangat cantik !!!!
Subhanallah !
berbaloi baloi :)
@nelly
Hehehe terima kasih Cik Nelly..
Nnti dtg la sini blh tngk sunset..
Jogging.. Best kat sini mmg x mghampakan...
@cik chopu
Hehehe tau xpe..
cantik2 bha gambar yang ko ambil EB..huhu..
@nGiau
Hehehe biasa2 ja ni..
Bagusla kalau ko suka.. hehehe..
sgt3 suka gambaQ ni...uuuuu....jatuh cinta suda..!
@mOon jOhari
Heee thanks moon..
Jth cinta juga la.. hehehe..
Post a Comment