سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Hai semua, aku baru balik dari jumpa Client tadi. Insha'Allah kalau ada rezeki adalah sesuatu yang best untuk aku kongsikan kat korang semua. Terutama sekali kepada yang perempuan. Benda ni baik punya. Mungkin tak segempak orang lain tapi gempak jugalah bagi diri sendiri dan Client. Insha'Allah bolehlah maju setapak lagi.
So malam ni apa pula nak kongsikan dengan korang?? Okay tajuk entri kat atas "I ♥ My Daddy" so mestilah mengenai Daddy/Abah/Ayah/Bapa/Baba/Papa/Abi atau apa saja panggilan bagi seorang lelaki yang sudah mempunyai anak. Mungkin ada bapa yang tak banyak cakap, ada yang garang gila, ada yang selalu tak ada kat rumah dan bermacam-macam lagi. Ada yang baik dan ada yang kurang baik, tapi semestinya semua cenderung ke arah kebaikan dan semuanya pasti yang terbaik!.
Pasar Tani | Sabar sayang, Ummi tak abis beli barang lagi.. |
Aku sangat merindui bapa ku tika menaip entri ini. Mungkin bapa ku tak macam bapa-bapa yang lain. Bapa aku sangat garang semasa aku kecil dulu. Apa saja yang aku minta tak akan mudah untuk dia tunaikan. Bapa aku tak bagi aku duit belanja yang banyak. Bapa aku tak sporting macam bapa orang lain. Bapa aku sentiasa mengawal gerak geri kami. Bapa aku tak suka kami berkawan dengan sembarangan orang. Bapa aku tak pernah belikan basikal walaupun aku dapat No.1 dalam kelas. Bapa aku tak pernah nak belikan HP. Bapa aku tak up to date macam bapa orang lain.
Pasar Tani | Ada 3 kerutan di dahi |
Tapi kini bila aku dah besar, barulah aku faham kenapa bapa aku bersikap sedemikian. Kenapa dia sangat-sangat garang? Sebab dia tak nak kami naik kepala, dia nak kami belajar erti hormat pada orang yang lebih tua. Kenapa dia tak nak belikan basikal? Sebab dia tak nak aku merempit macam budak-budak kampung yang lain. Lagipun kawasan rumah kami dekat sangat dengan jalan raya, jadi memang sangat-sangat merbahaya untuk berbasikal. Kenapa dia tak bagi kami kawan dengan sembarangan orang? Sebab dia tak nak kami terpengaruh dengan benda-benda buruk. Kenapa bapa aku nampak kedekut? Bukan kedekut sebenarnya tapi dia nak kami berusaha untuk mendapatkan sesuatu benda itu. Bukan dengan hanya meminta tapi perlu disertakan dengan usaha yang jitu.
Pasar Tani | Anak-anak ayah nak makan apa? |
Kini bila kita dah besar, dah boleh berfikir dengan bijak dan matang barulah kita tahu setiap apa yang ibubapa kita buat pasti ada hikmahnya. Banyak kesinambungannya, banyak maksud tersirat dan tersurat yang pada masa kecil dahulu kita tak pernah faham dan kini Alhamdulillah kita faham akan maksudnya "KENAPA TAK BOLEH?". Bagi aku bapa aku adalah bapa yang terbaik, tiada gantinya. Dialah segala-galanya. Semestinya dia yang TERBAIK sampai bila-bila.. I love you Daddy!!..
p/s: I miss my family..
p/s/s: Gambar okay tak? Candid Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya
22 comments:
i heart my daddy too!
:)
jom join segmen ni:
segment mengenali blogger
yeah. rasa bertuah ada bapa yg sentiasa tanya mana kita pergi, dengan siapa kita kawan, apa kita buat :)
@the landlord
I heart you too..
Hahaha.. Insha'Allah EB join..
Mm xda expired date kn??
@cik chopu
Betul2...
EB cukup stuju dengan semua itu..
Terasa bertuah gila.. Sbb klu x msti ada benda yg x baik terjadi.. Bukan nak -ve tp ada kebenarannya..
Sapa la yang tak sayang ayah.. Garang garang ayah teman, dia yang membesarkan teman.. Tanpa dia, entah hapa jadi dgn teman nih.. Entah2 tengah duduk bawah jambatan hisap dadah.. ^^
dil tringt, waktu dil kecik2 duluu, start kul 8-10 mlm, dil ngn kakak kena kurung dlm bilik stdy..mmg tiap2 mlm..slalu majuk2 ngan abah..rupanya ada hikmahnya.. alhamdulillah,sekarang, kakak dil, 2 org TESL, sorang lawyer n dil multimedia..kalau abah x buat mcm tu dulu, x mgkin ktorang bleh bjaya..kan eb..^^ sbb tu dil syg abah sgt2..
pernah tganggu emosi masa dil sem 2 dulu, abah kena operate tp dil xde kat sbelah dia..T_T
Eh, saya pon wt entri sal Abah.Hehe. Anyway gambar candid tu memang okkk! Gosh i love em so much even lokasi kat pasar tapi cantik! Dan memang sesuai dengan topic kebapaan gitu.
sengal. haha.
yup, xde expired date.
@Ayie
Tau xpe.. Setiap tindakan mereka pasti ada sebab musababnye.. Bukan hanya suka²...
Kalau mereka tak bertegas..
Mgkn sprti kata ko ayie.. Kita da hisap dadah..
Syukur Alhamdulillah..
@cik Dil
Mmm tau xpe.. Samalah mcm Bapa eb..
Kmi mmg x kna bg tngk TV langsung.. Bapa bg tngk berita je.. Lepas abis tngk brita saja dia tngk TV1.. kn rancangan tv1 smua x best.. Jd kmi pn x dpt la tngk tv.. Nak x nak kenala bljr.. hehehe...
@Alin Meli
Alhamdulillah..
Waaa nnti sya baca ye...
This is the power of candid street photography.. Moment yg mmg real dan bukan dibuat²..
Gambar yg sngt² jujur.. Dan ceritanya sampai.. Hehehe mcm mnyanyi jugakn..
Btw thanks ye...
@the landlord
X sengal bnyak sengal skit je... hehehe...
Ok ada masa eb bt ye...
ok!sgt suka tgk gambar2 2.mgkin sebab sgt sweet tgk lelaki2 dukung anak diorg.hihi
gambaQ 1 dan 3 x bley view...tenet problem kOt...gambaQ no.2 tu anak dia chumil betOi...ase nak cubit!
betol.. aku setuju.. kalo nak ikotkan susah nak pegang tugas sebagai bapak ni en.. aku sayang bapak aku..^_^
@zati embong
Hehehe bgsla.. Cpt² kawen Jat... hehehe... Thanks ye..
@mOon jOhari
Laaa yeke??
Xpe xpe.. nnti once intrnt da ok tngk la ye... Tu kwn eb actly.. hehehe.
@shezwan
Tau xpe..
Jadi bersedialah kita sebagai seOrg llki.. Aku pn syg bapak aku.. hehehe..
wah..tharu la nmpk post ni..huhu..anyway, nice pictures!:D
@nGiau
Terima kasih Ngiau.. hehehe..
love my daddy too <3
@storyfromme
Love him too.. Send my regards 'Assalamualaikum' to him..
Post a Comment