سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al-salāmu'alaykum WBT.
Hai semua.. Adoi sekarang ni semakin menjadi-jadi perangai, dah asyik tak berkesempatan saja nak meng'update' blog. Huuu.. Maaf ye kengkawan semua, semua-semua ini bukan aku sengajakan tapi sememangnya aku mempunyai agenda yang lain yang lebih penting. Bukan korang tak penting tapi ada benda yang perlu aku hadiri dan lappy pula tak boleh/tak perlu dibawa bersama.
So dalam entri aku sebelum ini, aku ada mengatakan aku ada shooting modelkan? Jadi dalam entri ini aku akan paparkan beberapa keping gambar untuk hidangan pancaindra korang semua. Jikalau ada kekurangan atau pun penambahan sila lah ajukan, ya kengkawan semua. Sesungguhnya komen-komen anda amat saya hargai dan merupakan sokongan serta dorongan anda kepada saya secara tidak langsung. Terima kasih!
Sebelum tu, aku nak cerita sikit pasal Mini Outing ini. Okay pada 15 Mei 2011 bersamaan dengan hari Ahad, aku telah mengikuti satu Mini Outing bersama-sama dengan seorang photographer yang sangat berpengalaman dalam 'Model Photoshoot' iaitu Bro MNj atau nama sebenarnya Mohd Noh Jalaludin. Outing kali ini dinamakan sebagai 'Urban Outing' dimana kami akan shoot model-model ini di kawasan-kawasan bangunan bukan di taman-taman bunga sepertimana kebiasaannya. Bro MNj kata dia dah muak nak shoot kat taman-taman bunga.
Talent: Xuera Lildamsel |
Seramai 30 orang photographers yang memang sempoi dan tak sombong, serta 3 orang model yang memang cukup-cukup jelita terlibat dalam 'Urban Outing' kali ini. Photographer yang datang dari pelbagai peringkat umur dan genre masing-masing, semuanya bersatu dalam outing ini. Berkongsi ilmu serta pengalaman yang tidak ternilai harganya. Dan apa yang penting hubungan persahabatan yang terjalin dalam mini outing ini. Memang seronoklah! "Photography make us Family!!"
Talent: Nia Nadia Santos |
Ribuan terima kasih kepada Bro MNj atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga dapat dibuat lagi Mini Outing seperti ini di hari yang lain. Bro MNj memang seorang sifo yang sangat-sangat baik dan humble orangnya. Gua respect lu Sifo! Terima kasih atas tunjuk ajar dan silalah tunjuk ajar lagi. Terbaek Wok!!!
Talent: Siti Aisyah Masri |
Okaylah enjoy dulu 3 keping gambar ini. Insha'Allah saya akan update lagi gambar-gambar yang selebihnya dalam entri yang akan datang. Tapi anda juga boleh melihat gambar-gambar yang selebihnya di Facebook atau di Flickr saya. Silalah berbuat sedemikian rupa okay! Jangan lupa komen ye..
p/s: Nak tidur dulu.. Terasa amat-amat penat baru balik dari 'Kids Phootshoot Outing' sepatutnya tapi terpaksa buat 'Outing doBoh' dengan kawan saya Mork Kenji. Kenapa tukar 'Outing doBoh'?Haaa.. besok saya cerita.
p/s/s: Lepas 'Outing doBoh' saya keluar pula untuk 'Lawatan Tapak ke Tasik Cyberjaya' dengan Abang Pejai, shooting lagi!! Huu penat.. Tidur dulu ye kengkawan semua.. Daaa.. Selamat malam semua..
20 comments:
aiseyh, cantek r model2 tu suma.. HAHA
MySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?
@ZWAN SABRI
Model je la cantik??
Gmbr x cantik???
feeeeeuuuuwwww...
mantop la EB ^O^
style la gambar.
@eyqa amin
Fuhhh!!!
Hasil tunjuk ajar sifu ni..
Model pn smua jelita n bg pose yg terbaeekkk!!
Heehhe..
@storyfromme
Hehehe biasa² je ada lagi yg lebih style...
wah banyaknya keluar outing...nak ikoot hehe.
suka pic no.3..cantik :D
@Nurr Kasih
Jom jom...
Ko dmana skrg ni??
No.3 mesti mjadi pilihan hati sebab dia pakai tudung kn.. hehehe..
x aci..! nk EB amik gamba saya lak huhu...
@zOeY zAu YaH
Hehehe blh jer.. Xda hal la.. hehehe...
Nnti kita bt photoshoot k..
cantek-canteknye mereka
@::p0t pEt iLa::
Oh mereka mmg cantik² belaka..
Smua mmg pndi posing.. Mmg senang nak shoot mereka.. Mmg mberikan yg terbaik!!!
Mm gmbr eb ok x??
waahhhhh, cantiknyaaaa....ni yg jeles ni..hahahaa..keep up a gud work bro..;)
@SuFy
Hehehe biasa² ja ni.. Tu hari abg eb x smpt mau shoot kmu.. Xpa nnti abg eb balik kita shoot lagi ah.. Btw thank my cute lil cuzzy...
huhu.
kagum betul!
@zati embong
Huu biasa2 je ni Jat..
cantiknya gambar EB
model-model dan dress-dress mereka
Dia kata saya cantik TAPI saya..."
Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
@.::: Princess MOMOY :::.
Alaaa biasa² je..
Sifo eb lg cantik gmbr dia..
Jeles.. N nak bguru lg.. Best glr..
A'aa MUA pnya kerja smua ni.. Mmg cantik mereka jadinya..
suka sangat dress yang kaler kuning ijau tu
huhu...
@.::: Princess MOMOY :::.
Hehehe beli la 1 mcm tu.. pki ke majlis2..
Momoykn lawa.. Putih lg.. mesti sesuai sngt pki dress mcm tu.. hehehe..
Post a Comment