K A W A N

Sunday, November 28, 2010

|Hitam|&|Putih| | Human Version









Salam...

Ok gambar ini telah di'tembak' semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2009. Gambar-gambar ini telah re-edit semula untuk saya masukkan dalam entri kali ini iaitu |Hitam|&|Putih|. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu kerana sebelum ini cuma ada sekeping gambar sahaja yang dapat dimuat turun. Bukan hanya memang ada sekeping gambar sahaja tetapi disebabkan internet line  pada masa itu memang teramat slow, maka hanya sekeping gambar sahaja yang dapat dimuat turun dan Alhamdulillah saya dapat mengemaskini entri ini pada waktu ini. So, kawan-kawan semua bolehlah enjoy dengan gambar-gambar ini dan komen-komen membina amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

Friday, November 26, 2010

Terlepas..

Salam..

"Terlepas..."

Apa yg terlepas?? Terlepas awek cun kah?? Terlepas makanan yang sedapkah?? Terlepas apa ni...
Saya terlepas untuk Solat Jumaat berjemaah di Rumah Allah, Masjid Putra, Putrajaya disebabkan flight saya pada jam 3.00 petang ini... Huhuhu.. sedihnya.. Terlepas pahala yang banyak ini...

Flight jam 3.00 petang ini menyebabkan saya kena berada di Lapangan Terbang seawal yang mungkin.. Juga disebabkan saya dah lama tak menggunakan penerbangan melalui AirAsia, saya takut ada masalah yang mendatang.. Huuu.. selalu naik MAS kali ini kena naik LCCT disebabkan MAS telah memberi tawaran harga tiket yang "cukup-cukup murah"sebanyak RM1100.00 untuk penerbangan pergi balik maka saya terpaksalah memilih AirAsia yang menawarkan harga tiket dalam RM600.00 untuk penerbangan pergi dan balik saya daripada KL ke KK..

Sedihnya tak dapat berjemaah bersama, tak dapat melalui lorong bawah tanah yang wajib saya lalui menjelang hari Jumaat.. Tidak dapat melihat bermacam ragam orang, ada yang melucukan, ada yang menyedihkan, ada yang membuatkan darah muda ini menyirap, ada yang memalukan dan bermacam-macam lagi.. Semoga Allah mengampunkan hamba mu ini... Amin... Ya Allah.. Mmm.. Ok la para sahabat semua, saya nak minta diri dahulu untuk kemas apa yang patut.. Saya akan tinggalkan kamu dengan koleksi |Hitam|&|Putih| saya sebelum saya balik ok.... Enjoy the photos..

Umat Akhir Zaman Sia-siakan Solat

Salam...
Selamat Pagi..

Pagi ini saya ingin berkongsi mengenai satu artikel yang saya terbaca di sebuah akhbar tempatan..  Artikel ini ditulis oleh seorang guru, dimana artikel  ini betul-betul boleh membuka minda dan banyak memberi pengajaran serta menyedarkan kita umat akhir zaman yang seringkali lalai  dan  sekiranya dihayati dan difahami sebenar-benarnya pasti kita akan beroleh hidayah Allah swt.. Bacalah dengan hati yang tenang, lapangkanlah minda dan renung-renungkanlah..

_____________________________________________________________________________________

SOLAT Subuh hanya dua rakaat tetapi fadilat dan ganjaran pahalanya amat besar. Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini, ramai umat Islam khususnya generasi muda sangat berat untuk bangun melaksanakan solat Subuh. Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering diberikan.


Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w.


Kata Nabi: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh.


Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah.


Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjemaah di masjid.


Rasulullah juga ada mengatakan solat berjemaah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.


Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jemaah semakin hambar.


Masjid hanya akan penuh ketika solat Jumaat atau solat Aidilfitri dan Aidiladha.


Bagaimana pada waktu Subuh dan Isyak? Adalah dua atau tiga saf, kebanyakannya terdiri daripada warga emas.


Di mana anak-anak muda kita? Masih berselimut jawapannya! Berikut dipaparkan sebuah kisah yang menggambarkan mukmin begitu menjaga solat berjemaah dan kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.


Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri, iaitu guru kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud menceritakan yang dia tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjemaah.


Katanya lagi: “Ditakdirkan Allah, pada suatu malam aku didatangi tetamu sehingga membuatku terlewat untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid.


Sesudah tamuku pulang, aku bergegas ke masjid di sekitar Basrah untuk meninjau kalau-kalau ada yang belum mengerjakan solat Isyak berjemaah.


Namun, aku kecewa kerana semuanya telah selesai mengerjakannya, malah pintu masjid pun sudah berkunci.


“Lantas aku pun pulang dengan perasaan hampa sambil dalam perjalanan pulang aku teringat satu peringatan Rasulullah yang berbunyi: “Sesungguhnya solat berjemaah itu 27 kali ganda darjatnya jika dibandingkan dengan solat seorang diri.” Kemudian sambung beliau lagi: “Sesampai di rumah, aku mendirikan solat Isyak 27 kali, selepas itu barulah aku tidur.


Ketika tidur aku bermimpi melihat ada sekumpulan manusia menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.


“Ketika saat hampir dengan kedudukan mereka, salah seorang daripada mereka itu berkata: “Kamu tidak akan mampu mengejar kami, sebab kami mengerjakan solat berjemaah di masjid sedangkan kamu hanya bersendirian di rumah.” Selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan orang itu, aku terjaga daripada tidur dan aku sangat susah hati.” Inilah secebis kisah bagaimana orang terdahulu begitu mengambil berat soal solat berjemaah.


Kita bagaimana? Adakah kita susah hati seandainya tertinggal solat berjemaah? Saya pasti ramai tidak berasa bersalah atau kecewa.

Sekarang mari kita baca dan renungkan kisah yang mungkin akan memberikan impak positif kepada daya fikir agar mendidik diri sentiasa mendirikan solat lebih-lebih lagi secara berjemaah.


Dikatakan pada suatu ketika, malaikat Jibril a.s.


datang menemui Rasulullah sambil mengatakan: “Bacalah.” Jawab Nabi: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?” Kemudian Jibril pun membaca ayat 59 Surah Maryam iaitu: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang lebih buruk, yang mensia-siakan solat dan menuruti hawa nafsunya, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.” Lantas Rasulullah bertanya: “Ya Jibril, adakah sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan umatku yang mensia-siakan solat?” Jawab Jibril: “Ya ada.


Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan waktu dari waktu yang ditentukan dan memperturutkan kehendak nafsunya.


Wang satu dinar baginya lebih berharga daripada solat.” Subhanallah, memang benar ramalan Jibril itu.


Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah umat Islam lebih sayangkan masa dengan menggembleng tenaga untuk mengejar kebendaan duniawi.


Kita sudah pun berada dalam zaman yang diperkatakan Jibril itu.


Kita boleh menilai kedudukan iman diri sendiri setakat mana tebalnya dengan melihat apakah hati kita sentiasa terpaut pada masjid bagi mengerjakan solat berjemaah.


Kita boleh juga jadikan kerajinan mengunjungi masjid atau surau bagi menunaikan solat berjemaah sebagai kayu pengukur kepadatan iman kita.


Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid bersolat berjemaah.


Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh.


Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).
Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.


Semoga kita semua dibukakan pintu hati dan digagahi semangat untuk solat berjemaah sama ada di masjid ataupun surau.


Insya-Allah kita semua mampu melakukannya.

Thursday, November 25, 2010

Fly Back to KK!

Salam..
Yeah! Yeah! Balik Kampung...
Yeah! Yeah! Balik Kampung...

Alhamdulillah, setelah tidak dapat kembali beraya bersama keluarga pada Hari Raya Qurban, akhirnya pada hari esok saya akan balik ke kampung halaman untuk bertemu keluarga, untuk melihat muka kedua orang tua ku.. (Tengok kedua wajah orang tua kita pun dah dapat pahala tau.. Indahnya Islam..) dan untuk menghadapi satu misi yang menentukan masa depan saya.. Hehehe...

Saya akan balik untuk menghadapi satu sesi temuduga di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 27 November 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, pada pukul 3.45 petang sehingga 4.30 petang.. Huu, bermacam perasaan yang ada sekarang ni.. Walauapa pun saya kena buat sehabis baik sesi temuduga ini.. Berkali-kali saya terlepas jawatan yang ditawarkan dan kali ini UMS menawarkan jawatan yang lebih baik buat saya.. Gambate!

Sekiranya saya berjaya mendapat jawatan yang saya pohon ini, Alhamdulillah bolehlah saya berada dekat dengan orang tua saya, dan adik-beradik saya.. Insyallah...  Saya akan lakukan sehabis-habis baik.. Mohon kepada anda semua, sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan, saudara-mara, sepupu-sepupu, makcik-makcik, pakcik-pakcik, datuk-datuk, nenek-nenek, yang mengenal dan tidak mengenali diri ini, doakanlah kejayaan saya.. Amin..

Semoga Allah akan mempermudahkan segala-galanya buat diri ini.. Semoga Allah akan memberikan kekuatan, kecerdasan, kebijaksanaan, ketenangan, dan apa sahaja untuk saya menghadapi temuduga ini.. Insha Allah.. Amin..

Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah.. 



Wednesday, November 24, 2010

Wonderful Words..

Salam, 
Night and Morning to all of you...
Just now I suddenly read a wonderful word from my Sister in Law Facebook info..
So that I would like to share to all you, the wonderful words.. Read it and feel it.. 
Allahhuakbar!!  Allahhuakbar!!  Allahhuakbar!! 

When I woke up this morning I asked myself: What are some of the secrets of success in life? I found the answer right there in my very room. The Fan said - Be cool. The Roof said - Aim high. The Window said - See the world. The Clock said - Every minute is precious. The Mirror said - Reflect before you act. The Door said - Push hard for your goals. And don't forget, the Carpet said - Kneel down & pray..

Tuesday, November 23, 2010

|Black|&|White|

My Black & White collections...

EB© | Hidup perlu diteruskan..


EB© | The Lonely Road


EB© | Dalam kegelapan pasti ada sinar mendatang..

EB© | Andai keindahan alam itu hilang..



|Hitam| & |Putih| K e h i d u p a n...

Monday, November 22, 2010

Kamu Islamkah?

Salam,
Selamat Pagi semua.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Hari ini saya tidak datang bekerja disebabkan perut yang comel ini meragam tak tentu arah.. Sekejap-sekejap nak ke tandas.. Hmm.. Ini semua disebabkan makanan yang saya makan sesama memeriahkan majlis perkahwinan kawan saya semalam.. Hmm.. Mungkin perut ini terkejut dengan makanan yang mewah-mewah dan makanan yang perut ini jarang sangat-sangat merasa.. Apa boleh buat, maka terpaksalah saya menjadi penghuni setia tandas rumah bujang saya ni.. Maaf ye kawan-kawan yang merasa geli.. Saya cuma berlaku jujur.. Hehehe...

Ok pagi ini saya ingin bercerita mengenai tajuk entri di atas tu 'Kamu Islamkah?'...
Hmm agak kasar bunyinya soalan tu kan.. Hehehe tapi saya dah biasa dengan soalan seperti ini.. Kenapa dengan soalan tu.. Mesti kamu semua tertanya-tanyakan... Ok macam ni ceritanya.. Hari kelmarin, saya telah menghadiri Majlis Perkahwinan sahabat saya Wan Zayd Wan Khalid dengan pilihan hatinya Nor Baizura Aminuddin yang diadakan di Shah Alam Golf Club.. Sesampainya kami disana, saya dan kawan saya  Andy dan Hazrul bergerak masuk ke dalam dewan.. Sebelum memasuki dewan, kami telah diberikan buah tangan daripada pihak keluarga pengantin berupa Buku Yassin yang telah dicatatkan nama kedua-dua mempelai..

Tiba-tiba saya dihalang oleh seorang perempuan yang saya rasakan adik kepada pengantin yang juga merupakan sahabat saya Wan Zayd.. Adiknya bertanya kepada saya, "Kamu Islamkah??".. Begitu tegas mukanya bertanya dengan penuh sifat ingin tahu.. Pada mulanya saya berasa soalan tu agak kasar bunyinya dengan cara dia bertanya kepada saya.. Tapi saya balas soalannya dengan senyuman dan menjawab.. "Ya Islam.. Nama saya Mohd Asynor bin Junaidi".. adik sahabat saya ni terdiam.. "Jangan risau muka saya memang Chinese look, saya mixed.. tapi saya Islam".. saya menambah.. Hehehe.. Adiknya tersipu-sipu malu, mungkin sedar cara dia bertanya tu agak kurang sopan.. hehehe.. tapi takpa saya sudah biasa ditanya soalan seperti itu.. hehehe..


Is me EB


p/s: I'm Muslim and I Love Islam..




Musim Mengawan..

Zairey & Arinah Wedding | Akad Nikah

Musim Mengawan??
Apa tu musim mengawan.. Hehehe.. Apa yang saya maksudkan dengan 'Musim Mengawan' ini ialah 'Berkahwin'.. Hehehe.. Jangan salah faham kawan-kawan semua.. Hehehe.. Bulan November dan Disember ini, saya begitu banyak mendapat jemputan untuk ke Majlis-majlis Perkahwinan rakan-rakan saya.. Diseluruh pelusuk Malaysia ini sahabat-sahabat saya menjemput diri ini.. Tetapi begitu sukar untuk saya menghadiri semua jemputan tersebut.. 

Ada yang diadakan disemenanjung tapi bukan semuanya dekat-dekat.. Ada yang di negeri Kelantan, Terangganu, Pahang, Perak, Kedah dan lain-lain tempat lagi.. Di Sabah pun tak kurang hebatnya.. Walaupun di negeri sendiri tapi bukan semuanya dekat-dekat juga.. Ada yang di Sandakan mengambil masa 6jam untuk sampai daripada Kota Kinabalu, ada yang di Tawau mengambil masa 9jam perjalanan pula.. Aduh macamana ni?? Kalau tak pergi takut mereka kecil hati pula.. 

Dengan itu, buat sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan di masa terdekat ini... Saya memohon ampun dan maaf sekiranya saya tidak dapat hadir ke Majlis yang penuh bermakna buat anda.. Maafkan diri ini diatas kekurangan yang tidak dapat dielakkan.. Bukan maksud untuk tidak menghadirkan diri, bukan bermaksud diri ini sombong, bukan bermaksud diri ini malas.. Tapi lantaran kekangan waktu, wang ringgit dan bermacam masalah lagi yang tidak dapat dielakkan, maka saya tidak dapat hadir ke Majlis anda kawan-kawan ku.. 

Insha Allah buat Majlis Perkahwinan yang diadakan berdekatan dengan area tempat tinggal saya, saya akan datang untuk melantak juadah yang disediakan.. Hehehe.. Hari ini saya telah pergi 2 Majlis Perkahwinan.. 1st dekat area Subang.. Sebenarnya bukan kawan saya.. Tapi kwn kepada kawan saya Andy, so saya tumpanglah ke rumah rakannya Anuar yang berkahwin dengan pilihannya Mashitah.. Selepas itu, kami ke Shah Alam Golf Club untuk meraihkan Majlis Perkahwinan sahabat kami Wan Zayd dengan pilihan hatinya Nor Baizura.. Tahniah buat semua.. Buat pengantin, terima kasih kerana sudi menjemput kami.. Selamat Pengantin Baru..   

Zairey & Arinah | Sanding

Dengan itu, saya panjatkan kesyukuran buat sahabat-sahabat ku yang bakal melangsungkan perkahwinan.. "Semoga ikatan sah yang terjalin antara kedua-dua mempelai akan berkekalan sehingga ke Akhirat nanti.. Semoga saling berkasih sayang, semoga saling mencintai sehingga ke akhir nanti, semoga saling memahami dan menghormati sesama mempelai, semoga saling bertolak ansur, semoga segala-galanya dipermudahkan Allah swt.. Semoga tabah menghadapi dugaan dan rintangan dalam ranjau kehidupan, semoga dikuatkan iman dalam hati, semoga dimurahkan rezeki, semoga diberikan zuriat yang baik-baik, semoga segala-galanya dirahmati lagi diberkati Allah swt.. Amin"..

p/s: Selamat Pengantin Baru semua... Aku cemburu melihat Photog tu dengan gear mereka D700!!!!

Sunday, November 21, 2010

Welcome Back Rooney

Salam,


"Glory Glory Man United!!"


Just finished watching Man United game against Wigan at Old Trafford Stadium..  Watching alone at  Kedai Mamak is not a problem for me to watch the game with full of focus... Hehehe.. Already asking my friend to join me, but then he didn't manage to come  to join me..  I'm  Man United die hard fan!! 

What a games from The Red Devils, Man United win the game with two goals nil.. Patrice Evra put the Reds in front just before half-time after a first 45 minutes that hardly set pulses racing.. But it was a rush of blood to the head for Antolin Alcaraz and Hugo Rodallega – both sent off within three second-half minutes – that ultimately sealed Wigan’s demise.

Great flying header from Evra


Substitute Javier Hernandez added a second with a little over ten minutes to go, but if there was to be one complaint on a relatively routine afternoon at Old Trafford, it was that the Reds didn’t make more of the numerical advantage for over half an hour of the game.



Hernandez celebrating his goal

Sir Alex recalled Wayne Rooney to his match squad for the first time in over a month, but the 25-year-old was named on the bench as he is being eased back into action. Welcome back Rooney!!


Wayne Rooney back in action


United were buoyed before kick-off by news of Tottenham Hotspurs’ dramatic, late 3-2 victory over Arsenal at the Emirates Stadium. The opportunity therefore presented itself to move above the second-placed Gunners, and later to go level on points with league leaders Chelsea, who lost at Birmingham. 

Glory Glory Man United!!

Friday, November 19, 2010

Kaya Di Dunia | Muflis Di Akhirat

Salam Jumaat semua...

"Kaya Di Dunia Tapi Muflis Di Akhirat"

Adalah merupakan tajuk Khutbah Jumaat yang dikupas pada hari ini... Khutbah Jumaat yang cukup membuka minda serta menginsafkan diri... Di dalam kita mengejar duniawi sememangnya kita kadangkala tersasar, terlupa, lalai serta bermacam-macam lagi alasan dalam melaksanakan ibadah kita sebagai seorang insan yang mengaku dirinya Islam.. Bukan nak menuding jari untuk mencari kesalahan seseorang, malah niat diri saya ini untuk berpesan dan mengingatkan diri saya sendiri serta kepada sesiapa sahaja di luar sana yang terbaca entri ini... Niat saya untuk sama-sama ingat mengingati, pesan memesan sesama kita kerana diri ini selalu sahaja lalai dan leka..

Sudahkah kita mengamalkan kehidupan cara Islam yang Allah swt redhai?? Ataupun kita sering sahaja terlupa dan lalai dalam memantapkan kehidupan kita sehari-hari.. Sudahkah kita bersyukur dengan segala rahmat dan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Pemberi, Allah Swt... Mungkin ada tapi sering tiada... Masyallah.. Maka dengan itu marilah kita sama-sama menyiapkan bekalan untuk menghadapi 'Alam Kubur'  kemudiannya 'Alam Barzah' dan seterusnya kehidupan di 'Alam Akhirat' yang kekal abadi.. Insha Allah.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal...




Awas Anda Sedang Diperhatikan!!

© EB | Kundasang War Memorial Park

Thursday, November 18, 2010

LayanStreet

Anda Layan Street???

Photographer photographer yang berada di Kota Kinabalu atau yang berada berdekatan 
area Kota Kinabalu bolehlah turun beramai-ramai layan KK Street Photowalk ni.. 
Tidak kisah anda dari mana aliran, group or team.. Semua boleh join.. 
Sama-sama cari ilmu dan tambah ilmu.. 






p/s: Turun je.. Tak rugi pun.. Kalau saya di Sabah, saya confirm pergi punya..  
        Ilmu beb ilmu.. Mofarad (Focal Oblique ada beb..)

Migraine

Salam,
Selamat pagi semua..

Huu... Apabila jam yang saya kunci berbunyi pada jam 6.15 pagi, saya pun terjagalah dari tidur yang lena itu... Tapi apabila celik saja mata ini dan bila nak angkat kepala ni dari bantal.. Perrrgghhh sakit gila kepala ni... Terasa berat gila kepala ni hendak diangkat dari bantal.. Tengkuk terasa amat amat berat.. Aduh, napa ni?? Takkan dari semalam tak ok ok lagi... Sakit kepala ini saya mulai rasa daripada malam semalam lagi sebelum saya melelapkan mata.. Kepala ni terasa beratnya mengalahkan 5kg beras.. Aduh... Sakitnya... Napa ni??

Migraine?? Migraine tu apa?? Apa binatangkah migraine ni???
Sakit kepala ini migrainekah?? Argghh... Semalam dalam pening-pening tu boleh lagi saya melantak nescafe pekat.. Lebih kurang selepas 10 minit minum saya mula rasa benda disekeliling saya berpusing-pusing... Saya cuba fokus pada skrin MacBook saya ni.. Tapi tak boleh juga.. Saya cuba untuk baring sekejap... Mmm.. terasa okay sedikit daripada tadi..

Tapi bila saya nak fokus kembali pada skrin Lappy saya ni, keadaan berpusing-pusing tu datang kembali.. Hiss.. gambar ni tak siap edit lagi ni... hati saya mengeluh.. Tapi dalam keadaan kepala yang terasa seakan berpusing-pusing tu saya teruskan juga untuk siapkan editing pada gambar yang saya nak postkan di Facebook..

Selepas lebih kurang 10 minit bertahan akhirnya gambar tu siap.. Gambar ini ada gambar sempena Hari Raya Qurban.. (nanti boleh tengok gambar tu kat entri Hari Raya Qurban ok..) Sedih tak dapat balik Raya Qurban ni.. Tapi takpa yang penting keluarga di Sabah sihat sentiasa... Amin..

Disebabkan migraine ni, saya telah sampai ke office jam 9.00 pagi... huhuhu.. sangat-sangat lewat ni.. Tapi tak menjadi masalah saya datang lewat ke office pagi ni.. Sebab hari ini semua bos-bos saya bercuti.. Tapi kelewatan saya ini juga disebabkan ketiadaan bas ke laluan ke tempat kerja saya.. Bas semuanya ke Putrajaya Sentral.. Hmmm... Isap gam tul! Nasib baik ada jg bas dalam jam 8.45am td...
So now I'm inside the office already updating my blog.. Hehehehe.. Hopefully the migraine will go away soon.. Hehehe.. Adios..

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya AidilAdha

Salam,
Selamat Malam semua...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua warga Malaysia yang beragama Islam..
Buat keluarga yang berada jauh di Sabah.. Maafkan anakanda tak dapat balik beraya bersama..
Semoga keluargaku bergumbira di pagi Raya Qurban ni nanti..
Ampun Maaf dipinta daripada anak mu yang jauh diperantauan...

© EB | Ibadah Qurban

Tuesday, November 16, 2010

Esok Raya Haji

Salam,

Selamat petang semua...
Terkejut saya dibuatnya setelah selesai sahaja solat takala melihat Kak.Jemm (Pembantu Khas Jusa) sudah siap sedia nak balik rumah setelah mendapat green light  dari boss untuk balik awal, dengan tanpa rasa segan silu terus sahaja balik tanpa sebarang bantahan.. hehehe.. Boss dah bagi green light beb... Tengok jam baru menunjukkan jam 2.30 petang... Perrrggghhh awal gila nak balik.. Hehehe.. Mana tidaknya, setelah diberi green light kan, tak kan nak tolak kot.. hehehe.. Kena-kena lagi Boss ada meeting pula, takkan nak stay office kot.. Saya pun nak balik oi.. hehehe...

Kak.Jemm siap pesan lagi dengan saya... "Alaa.. kau tak payah balik awal.. Kau bukan nak masak pun".. Hahaha saya balas kata-kata Kak.Jemm dengan gelak ketawa... Mmm.. Mmg saya tak balik untuk masak pun.. hahaha.. Tapi saya memang masak sendiri pun.. Terus teringat nak masak apa malam.. Malam semalam dah masak Ayam Masak Kicap.. Malam sebelum semalam dah masak Ayam Masak Blackpepper... Hmm.. Muaknya asyik makan ayam ja... So balik nnti plan nak makan ikanlah pula... Tapi ikan kat dalam peti ais tinggal seekor ja.. Tu pun kalau roomate saya tak goreng pagi tadi... So petang ni saya kenalah turun pergi Pasar Tani untuk beli ikan segar dari Kuala Selangor.. Dah tanya Kak.Jemm ikan-ikan tu tak ada jual di waktu seawal ini.. Hmm.. kenalah tunggu sampai jam 4.30 petang baru dapat beli ikan.. Sanggupkah aku tunggu??

Oklah, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan kawan-kawan yang beragama Islam.. Ampun Maaf dipinta, andai ada terkasar bahasa, tersilap tingkah laku, termakdal (makan dalam), termakan dan terminum..

Buat keluarga saya yang berada di Sabah dan Labuan...
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.. Maafkan EB, EB tak dapat balik Hari Raya Haji ini disebabkan oleh harga tiket yang mahal hingga mematahkan semangat untuk balik.. Insyallah lau ada rezeki EB balik hujung tahun ini untuk meraihkan Hari Ulangtahun Kelahiran Mama.. Insha Allah... Semoga kamu semua sihat sentiasa.. Selamat Hari Raya... 

p/s: Saya pun mahu balik awal... huhuhuhu.. Nak balik Sabah... Ada tak nak sponsor tiket flight??








School Break Promotion

Assalammualaikum wbt...
Hai semua.. Hari ini saya nak promote 'Outdoor Portrait' yang adik saya Adznor buat sempena Cuti Sekolah sepanjang Disember 2010 ini.. Jika anda berminat anda bolehlah klik pada link kat bawah ni untuk lihat sendiri apakah pakej-pakej yang ditawarkan beliau.. Ok, Jom layan.. Hehehe.. 


Monday, November 15, 2010

Kampung Halaman | Kg. Terolobou, Ranau

Salam, selamat pagi semua...
Ok, entri hari ini saya ingin bercerita mengenai kampung halaman datuk saya iaitu Kg. Terolobou... Hehehe.. Mesti ada semua rasa pelik dengan nama kampung ni kan... Yupp.. Memang  benar itulah namanya Kg. Terolobou... Kampung ini adalah kampung halaman atau kampung asal Atuk saya  iaitu bapa kepada Ayahanda saya... Kampung ini terletak di Sabah iaitu lebih kurang 85km daripada Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu dan 10km daripada Kinabalu Park, Ranau.. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai ke kampung ini dengan menggunakan pacuan empat roda.

Nama kampung ini memang agak pelik dan melucukan bagi siapa yang kali pertama mendengar nama kampung saya ni.. Nama kampung ini berasal daripada kisah nenek moyang  dulu-dulu, ringkasnya nama kampung ni didapati daripada cerita "Air sungai yang jernih menjadi keruh disebabkan oleh babi hutan yang melintas di kawasan sungai tersebut".. Yupp dulu-dulu memang banyak babi hutan kat kampung saya ni.. Sekarang dah takda dah.. Hehehe... Sebenarnya bukan sahaja babi hutan yang ada tetapi banyak lagi binatang-binatang yang singgah ke sungai tersebut untuk minum... Sungai tersebut memang jernih, dan sampai sekarang kejernihan sungai tersebut masih terpelihara.. Alhamdulillah..

© Jalan ke Kg. Terolobou, Ranau

Penduduk di kampung ni tidaklah seramai penduduk kampung yang berdekatan, terdapat tidak lebih daripada 15 buah rumah di kawasan kampung ini.. Kampung ini juga tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik.. Oleh itu, penduduk kampung hanya menggunakan kemudahan 'Generator' yang mana minyak diesel untuk mesin tersebut dibeli secara kongsi.. Bekalan elektrik melalui 'Generator' tersebut hanya dibekalkan bermula daripada jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam..

Bagi bekalan air pula, kampung saya ni tidak mempunyai masalah untuk mendapatikan bekalan air yang bersih, kerana sistem paip graviti telah diguna pakai untuk menyalurkan bekalan air bersih yang sedia ada melalui sungai yang ada di kampung ini.. Bestkan air free.. Bukan sahaja bekalan air percuma malah kebersihan air ini memang tidak perlu dirisaukan, sehinggakan anda boleh terus sahaja minum air tersebut.. (serius saya dah pernah try masak maggi dan nescafe semasa saya dan kawan saya Ansar dan Bob, mandi dan bersantai ditepi sungai menikmat keindahan kampung saya ni.. Best giler....)


© Beras Bukit




Friday, November 12, 2010

Jumaat Prayer

Jom solat...

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.."

Hari ini Hari Jumaat (12/11/10)

Salam, Selamat Pagi semua...

Pagi Jumaat saya hari ini dimulakan dengan hujan renyai-renyai sewaktu saya dalam perjalanan ke hentian bas untuk menaiki bas. Akibat kehilangan payung biru kesayangan saya maka terpaksalah saya meredah hujan renyai tu. Nasib baik hujan renyai, kalau tak habis lencunlah saya jadinya.

Dalam keadaan hujan dan bas yang berhawa dingin ni, mata mula merasa berat dan keinginan untuk melelapkan mata amat meluap-luap.. Huuuu.. Tapi disebabkan bas yang saya naik hari ni bas model lama, keadaan dan kedudukan kerusi bas yang kurang selasa dan agak sempit menyebabkan mood saya untuk tidur hilang.. Hahahaha.. 

Sambil menikmati keindahan bumi Allah ini dibasahi dengan hujan renyai, kotak fikiran saya sedikit terganggu dengan kerinduan saya terhadap keluarga saya yang berada jauh di negeri Sabah dek dipisahkan oleh Laut China Selatan. "Mama, bapa, abang, kakak ipar, adik-adik dan anak buah ku.. EB doakan agar kamu semua sihat walafiat dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah Swt".. Amin..

Selepas lebih kurang 15 minit, akhirnya sampailah saya ke destinasi yang dituju. Setelah loceng dibunyikan, bas 401 ni berhenti betul-betul dibawah sign "Kementerian Kewangan Malaysia" aka Ministry of Finance... Alhamdulillah...

Punch card saya ketikkan pada punch clock tepat jam 7.50 pagi. Saya singgah sebentar ke pantri, panaskan air sebelum ke meja saya. "Lepas ni nak buat nescafe pepanas", hati saya berkata...
Segelas nescafe pekat telah saya siapkan.. Perrgghhh.... Pagi yang dingin, pekena segelas nescafe panas memang terasa nikmatnya.. hehehe.. '1Now 1Nescafe'...

Sambil menikmati kepekatan nescafe, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi pembesar suara.. Orang itu berkata, "Bacaan Doa Pagi"... Kepekatan nescafe, saya lupakan sebentar.. Kedua-dua tapak tangan ni saya tadahkan dan hati serta mulut saya mengaminkan dengan penuh harapan.. Bacaan doa selesai.. Ya Allah perkenankanlah permohonan hamba-Mu ini... Amin Ya Robbalallamin..  

Tapi.... Sebelum Ustaz yang membaca doa pagi ini menamatkan amanatnya.. Sekali lagi saya disentap dengan berita yang menyedihkan di mana salah seorang hamba Allah (yang mungkin pernah bersua muka tapi saya tak mengenali dia) Ayahanda tercintanya telah kembali ke Rahmatullah.. Inalillahwainalillahhirojiun... Sekali lagi kedua tapak tangan ini saya tadahkan dan saya bacakan Al-Fatihah... "Semoga roh arwah ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman"... Amin.. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan Allah ini dan redha dengan pemergian Ayahanda tercinta mereka.. Insha Allah...

Mendengar pemberitahuan perginya seorang hamba Allah dari dunia yang fana ini, lagi membuatkan hati saya bertambah rindu kepada ahli keluarga ku.. Sempatkah saya membalas jasa kedua orang tua ku?? Sempatkah ku menjaga dan membahagiakan mereka?? Sempatkah?? Nauzubillah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui...  

Doa ku...
"Ya Allah, Ya Tuhanku... Engkau panjangkanlah umur kedua orang tua ku.. Engkau sihatkanlah tubuh badan mereka.. Jauhkanlah mereka dari penyakit yang berbahaya, penyakit yang berjangkit... Engkau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku semasa aku kecil... Engkau berkatilah mereka dan berilah kebahagian kepada kedua orang tua ku Ya Allah.. Amin..."

Ok now is time for me to start my job..
See you later guys.. Daaaa....
Salam... Selamat hari Jumaat...

My Siblings | P-ka, Arul, Me and Anor


Mama & Bapa | My Brother (Minor), My Sis in Law (Kak Buty) and Khadijah Az-Zahirah (My Niece)

Thursday, November 11, 2010

Maliau Basin | Sabah Lost World

© EB Junaidi | Air Terjun Maliau Basin

Maliau Basin or also Maliau Basin Conservation Area, is a region in Sabah, Malaysia, which represents a geological catchment surrounding the Maliau River. Located around the center of Sabah in the Sandakan Division, it was designated as a conservation area by the Sabah Foundation (Yayasan Sabah) in 1981. Later in 1997 the Sabah State Assembly gazetted the Basin as a Protection Forest Reserve (Class I) with a total area of 588 square kilometres. The region also features Mount Lotung (1667 metres), Maliau Falls, and Lake Linumunsut. Efforts are underway to nominate the area as a World Heritage Site.




Wednesday, November 10, 2010

Tonga De Futsal

Salam,

Petang ni saya akan bermain Futsal...
Huu.. dalam seminggu ni sudah banyak kali saya bertanya kepada kawan saya bila lagi nak main futsal...
Hmm... Rasanya berkali-kali juga saya bertanya.. Bukan apa hati ini rasa geram sangat petang dan tak ada buat apa-apa pun...

So petang ni pada jam 6.00 - 8.00pm saya akan bermain futsal di gelanggang Futsal Presint 18 atau lebih dikenali sebagai Gelanggang Mohktar Dahari... Harap ramailah yang datang.. Kalaulah futsal ini boleh main seorang-seorangkan... hehehe..

Oklah nak solat asar luk.. See you'll soon..

Masalah!

Salam, 
Selamat Pagi semua.. Pagi ini saya ingin berkongsi mengenai 'Masalah'. 
Oleh itu, mari kita sama renung-renungkan apa yang telah diperkatakan oleh Ustaz HasrizalAbdul Jalil.
________________________________________________________________

Masalah Kita

Teringat kepada Masjid kita. Rumah Allah yang tidak mengalu-alukan si anak kecil. Budak-budak sering menjadi sasaran kemarahan jemaah di masjid. Malah ada pula papan tanda 'Kanak-kanak tidak boleh melepasi garisan ini'.

Ada yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan membahaskan tentang hukum - apa hukum yang berkaitan khususnya dengan kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan dan sebagainya. Bagi saya, layanan buruk terhadap kanak-kanak di masjid bukanlah kerana hukum. Tetapi kerana cara kita memandang kanak-kanak.

Air Asia juga sudah tidak lagi memberikan prioriti kepada mereka yang menaiki pesawat dengan kanak-kanak, sebaliknya anda perlu membayar duit untuk mendapat prioriti dalam barisan semasa masuk ke kapal terbang.

Masalah ini bukan masalah dan hukum, tetapi kita datang daripada sebuah masyarakat yang memandang rendah kepada kanak-kanak. Semuanya bersifat satu hala. Komunikasi satu hala, dan arahan satu hala. Kita memandang kanak-kanak tidak lebih daripada sekadar 'separuh manusia' yang jesteru itu dilayan 'separuh manusiawi'. Apatah lagi masjid kita adalah kelab warga pencen yang secara tidak sedar memegang polisi 'For Members Only'. 

© EB Junaidi | Masjid Putra, Putrajaya

p/s: Renungkan dan lihatlah dalam kehidupan kita di akhir zaman ini....






Tuesday, November 9, 2010

Waspada!

Salam,
EB nak share pasal perkataan saban hari yang kita guna rupa-rupanya ada yang menjadi  duri dalam daging.. Mungkin benda ini kamu semua sudah pernah dengar.. Tapi suka EB untuk mengingatkan kembali.. Ok renung-renungkan dan ambil ikhtibar..


Jangan guna Bye”  kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
Jangan guna A’kum”  kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
Jangan guna “Semekom”   kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”
Gunakan perkataan “Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
Tolong forward  kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa yang tidak disengajakan.


Tulis “Makkah tetapi jangan tulis “Mekah” coz “Mekah” = House of Wine.
Tulis “Masjid tetapi jangan tulis “Mosque” coz “Mosque” = Mosquitos.
Tulis “Allah” jangan tulis “4JJI” coz “4JJI” = For Judas Jesus Isa Al-Masih.
Tulis “Salam” jangan tulis “Ass” coz “Ass” = Donkey / Ass.


Ia semua terpulang pada kamu semua untuk menggunakan sesuai satu atau bukan, tetapi jika anda mencintai Islam kemudian menggunakan salah satu.. Maka Terpulang...
Wallahualambissawab.


p/s: Marilah kita sama-sama beringat dan beramal..

Cinta Tanpa Syarat

Salam,


Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. 


Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. 


Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat?  
Mungkin ada, tapi sering tiada.


Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. 


Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.


My Beloved Mummy | Mdm. Rosna Awuat@Aloat
My Beloved Daddy | Mr. Junaidi Maidi

Bohong Orang Tua

Salam,


"Abah, abah Rizal dapat result teruk untuk PMR," kata si anak cuba 'menipu' untuk mengusik Abahnya.
"Itu bukan muka orang gagal. Abah tahu kamu dapat Lapan A Satu. Dari Makkah lagi Abah dah rasa," kata Abah.
Si Anak terdiam. Wajah si Anak dibahasi dengan air muka yang terlalu mudah untuk seorang bapa membacanya. 

Tidak mungkin anak boleh membohongi bapa, walaupun sekadar gurauan.




p/s: I love you Daddy...

Nasihat Ayah kepada Anaknya

"Dengar sini, kamu jangan bergaduh dengan orang bodoh. Nanti kamu yang bodoh. Orang bodoh itu dinding batu. Kamu baling dengan bola ping pong, dia berpatah balik kena dahi kamu. Lawan orang bodoh, bodoh! Lawan orang gila, gila!"

Ayah dan Anak


p/s: dipetik dari nasihat seorang ayah yang telah lama pergi ke rahmattullah kepada anaknya.. 

Monday, November 8, 2010

Kahwin Awal

Cerita ini saya dapat dari Blog seorang gadis yang bernama Syarifah Nornazrah Al Yahya.. Cerita ini amat menarik, jadi saya nak share la dengan kamu semua ok.. Selamat membaca... 
_______________________________________________________________________________________________________________________

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


p/s: Ada tak lagi perempuan macam ni skrg ni??

Monday, November 1, 2010

Futsal!!

Salam,
Hai semua...

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu hari ini....
Ok hari ini nak story pasal Futsal plak...
Skrg ni lelaki, perempuan semua pun suka main futsal...

Saya mula berkecimpung dalam sukan futsal ni since dari sekolah menengah lagi... Rasanya masa sekolah rendah dulu belum ada lg futsal.... Tapi masa di zaman sekolah dulu sukan futsal ni belum ada lg.. Saya bermula dari Street Soccer... Hehehe.. KtOrg men di gelanggang sepak takraw.. Saya masing ingat lagi pada waktu itu bola futsal takda lagi.. So bola padang saiz 5 tu la yg digunakan utk bermain street soccer.. Tp bola padang saiz 5 tu dikurangkan anginnya spya lau ditendang kuat pun takda la bola tu melambung tinggi dan jauh..

Selepas itu baru la datangnya era street soccer moden  iaitu Futsal... Since sukan ni da mula digemari semakin ramai la peminat² futsal ini.. Saya ada salah seorang drpdnya... Tp saya dgn rakan² saya masih mengekalkan game ini kat jalan raya... Kasut mmg x tahan la.. Tapak mesti cpt je nak tanggal..  hahaha.... Tp skrg ni dah canggih.. Gelanggang futsal merata tmpt ada.. Ada yg karpet, ada getah n ada yg simen.. Ada outdoor n ada indoor... 

So jom layan futsal.. hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...